wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HT T4B1 TAMADUN MESIR PURBA

Total questions: 26

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

SPMU 2018

Gambar 1 adalah tulisan hieroglif.

Tulisan tersebut dicipta oleh masyarakat dalam tamadun T4 B1 ms 20 [ P4 B1-B3 ]

a)

Mesopotamia

b)

Mesir Purba

c)

China

d)

Indus

2.

SPM 2011

Apakah sumbangan Imhotep terhadap Tamadun Mesir

Purba? T4 B1 ms 21 [ P2 B5 ]

a)

Memperkenalkan teknik pembinaan bangunan

b)

Memajukan teknologi bidang pertanian

c)

Menggubal undang-undang

d)

Mencipta sistem tulisan

3.

SPM 2010

Maklumat berikut berkaitan dengan sistem tulisan dalam Tamadun Mesir Purba.

Berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi

Apakah sistem tulisan tersebut? T4 B1 ms 20 [ P4 B3 ]

a)

Hieroglif

b)

Ideogram

c)

Cuneiform

d)

Piktograf

4.

SPM 2007

Antara yang berikut, yang manakah sumbangan tamadun Mesir Purba? T4 B1 ms 21 [ P4 B3 ] ms 22 [ P3 B14 ]

I Kolar kuda

II Pedati beroda

III Sistem kalendar

IV Tulisan hieroglif

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

SPM 2006

Pada tahun 1922, pengkaji Mesir Purba Howard Carter menemui mayat Tutankhamun II yang diselaputi emas.


Merujuk pernyataan di atas, apakah kesimpulan yang dapat dibuat? T4 B1 ms 20 [ P3 B7 ]

a)

Upacara pemujaan semangat

b)

Konsep kehidupan selepas mati

c)

Percaya kepada kelahiran semula

d)

Amalan penyembahan nenek moyang

6.

Andaikan anda seorang pedagang dalam tamadun Mesir Purba. Apakah barang dari Mesir Purba yang akan anda eskport ke luar negara?

a)

kertas dan tekstil

b)

ubat-ubatan dan kayu

c)

emas dan batu permata

d)

hasil pertanian dan sutera

7.

Apakah sumbangan tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia?

a)

Penciptaan kertas

b)

Pembentukan empayar

c)

Pembinaan bandar terancang

d)

Pengenalan undang-undang bertulis

8.

Apakah bukti kemajuan bidang perubatan dalam tamadun Mesir Purba?

a)

proses memumiakan mayat

b)

pengenalan pelbagai jenis ubat

c)

pembinaan hospital di negara kota

d)

penemuan mayat Tutankhamun II

9.

Apakah tanggunjawab firaun dalam masyarakat Mesir Purba?

I Ketua Hakim

II Ketua Hamba

III Ketua urus niaga

IV Ketua Pahlawan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Setiap Tuhan masyarakat Mesir Purba dikaitkan dengan unsur alam seperti berikut.

  • Re [Tuhan Matahari]
  • Ra-Atum [Tuhan Langit]
  • Amun [Tuhan Angin]


Apakah kesimpulan yang boleh dibuat tentang kepercayaan tersebut?

a)

Hukum karma

b)

Kitaran semula jadi

c)

Konsep politeisme

d)

Konsep keakhiratan

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan kepercayaan orang Mesir Purba.

  • Mayat disimpan dan dijaga dengan teliti
  • Mayat diiringi barangan serta kelengkapan harian.

Apakah kepercayaan tersebut?

a)

Unsur yang melengkapi

b)

Kehidupan selepas mati

c)

Keseimbangan alam

d)

Kelahiran semula

12.

Apakah jasa Imhotep yang paling besar terhadap tamadun Mesir Purba?

a)

Mencipta kertas

b)

Menulis hieroglif

c)

Membina terusan

d)

Membina piramid

13.

Pernyataan berikut berkaitan sumbangan seorang tokoh dalam Tamadun Mesir Purba.

"Beliau telah membina terusan dan berjaya menukarkan padang pasir kepada tanah pertanian yang subur".

Siapakah tokoh tersebut?

a)

Imhotep

b)

Tutankhamun II

c)

Firaun Hatshepsut

d)

Firaun Senuusret III

14.

Mengapakah golongan bangsawan memainkan peranan penting dalam membantu pentadbiran Firaun

I. mengagihkan makanan negara

II. menjaga keamanan

III. membina terusan

IV. membina bandar terancang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Dalam masyarakat Mesir Purba, wanita mampu memerintah serta memiliki status yang tinggi. Namakan firaun tersebut.

a)

Hatshepsut

b)

Snuusret III

c)

Djoser

d)

Tutankhamun

16.

X

  • menyatukan nome menjadi kerajaan
  • mengasaskan pentadbiran di Thinis, Memphis dan Thebes


Siapakah X

a)

Raja Sargon

b)

Firaun Menes

c)

Tutankhamun II

d)

Imhotep

17.

Apakah kepentingan tulisan dalam Tamadun Mesir Purba?

a)

Mencatatkan hal ehwal agama

b)

Mengawal kejadian banjir Sungai Nil

c)

Mencatat sejarah ketamadunan firaun

d)

Mencatatkan rekod pertanian dan cukai

18.

Tamadun Mesir mengalami kejatuhan akibat penguasaan pemerintahan oleh orang asing. Namakan kuasa asing tersebut?

a)

Yunani

b)

Rom

c)

Mesopotamia

d)

Aryan

19.

Apakah yang dimaksudkan dengan Firaun?

a)

Kuasa yang digeruni

b)

rumah yang agung

c)

Jelmaan tuhan Horus

d)

Pembentukan nome

20.

Mengapakah sistem pendidikan penting diberikan kepada kanak-kanak keluarga atasan?

a)

Melahirkan insan yang seimbang

b)

Mewujudkan kestabilan sistem ekonomi

c)

Melahirkan pegawai kerajaan yang terlatih

d)

melahirkan ketamadunan yang kekal abadi

21.

Mengapakah ilmu matematik dititikberatkan dalam sistem pendidikan Mesir Purba?

a)

Melahrikan pegawai yang terlatih

b)

mencatat proses memumiakan mayat

c)

menukar padang pasir menjadi kawasan pertanian

d)

mengawal banjir Sungai Nil yang berlaku setahun sekali

22.

Mengapakah Imhotep penting individu berpengaruh dalam masyarakat Mesir Purba

a)

membina piramid Sakkara

b)

Mempunyai kemahiran ilmu perubatan

c)

Merancang sebuah bandar yang sistematik

d)

Menukar padang pasir kepada kawasan pertanian

23.

Maklumat di bawah menunjukkan perkembangan sistem tulisan dalam tamadun Mesir Purba.


HIEROGLIF==> X ==> DEMOTIK


Apakah tulisan X?

a)

Piktograf

b)

Hieroglif

c)

Ideogram

d)

Cuneiform

24.

Pernyataan berikut menggambarkan kepentingan Sungai Nil

"Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil"


Apakah kepentingan Sungai Nil terhadap tamadun tersebut?

a)

Membekalkan sumber protein

b)

Membangunkan sistem pengangkutan

c)

Menyuburkan tanah untuk pertanian

d)

Mengukuhkan pertahanan negara kota

25.

Perkembangan ilmu matematik telah dimanfaatkan oleh masyarakat Mesir Purba. Apakah manfaat tersebut?

a)

Mencipta kereta kuda

b)

Mengawal keadaan banjir

c)

Membina bandar terancang

d)

Memajukan teknologi pembajakan

26.

Maklumat berkaitan dengan tamadun Mesir Purba

  • Perkembangan ilmu matematik
  • Pengetahuan bidang astronomi

Apakah sumbangan kemajuan tersebut?

a)

Mencipta kincir air

b)

Membina bandar terancang

c)

Memperkenalkan sistem kalendar

d)

Menggunakan penanaman bergilir