WorksheetsSEJARAH KBSM TINGKATAN 4 | BAB 1
Total questions: 21
Worksheet time: 21mins
Apakah kerajaan Melayu yang terawal sekali wujud di Asia Tenggara ?
Kerajaan Funan
Kerajaan Angkor
Kerajaan Singhasari
Kerajaan Sukhotai
Kawasan berikut banyak menghasilkan bijih timah untuk dibekalkan ke kawasan luar.
'Sungai Tembeling, Pahang'
Apakah kegunaannya ketika itu ?
Menghasilkan arca
Menghasilkan senjata
Menghasilkan gendang
Menghasilkan syiling
Apakah kegiatan utama kerajaan yang berikut untuk memajukan ekonominya ?
'Kerajaan Sungai Merah (Vietnam)'
Membina kapal
Membina terusan
Memungut hasil hutan
Memajukan pelabuhan
Maklumat berikut berkaitan dengan pembentukan kerajaan awal Asia Tenggara.
Kerajaan : Taruma
Negara : Indonesia
Di manakah lokasi kerajaan tersebut didirikan ?
Kawasan pulau
Lembah sungai
Kawasan berbukit
Lembah pertanian
Maklumat berikut berkaitan dengan petempatan masyarakat awal di negara kita.
Lokasi X : Merupakan petempatan terawal di kawasan sungai-sungai utama di Asia Tenggara.
Lokasi X merujuk kepada petempatan di
Gua Sireh, Sabah
Gua Niah, Sarawak
Lembah Bernam, Perak
Lembah Klang, Selangor
Bilakah bermulanya penanaman padi di Asia Tenggara ?
Zaman Logam
Zaman Neolitik
Zaman Mesolitik
Zaman Paleolitik
Kerajaan maritim juga dapat dibina di kawasan kepulauan. Hal ini dapat dibuktikan melalui perkembangan Kerajaan
Fo-lo-an
Tiumah
Dvaravati
Gangga Negara
Tindakan berikut telah dilakukan oleh pemerintahan kerajaan Angkor, Raja Indravarman I pada tahun 877 M.
Membina baray
Apakah kesan daripada tindakan tersebut ?
Mampu menampung beras
Menggalakkan kemasukan imigran
Melaksanakan penggiliran tanaman
Memperkenalkan budaya Hindu-Buddha
Senarai berikut merupakan pelabuhan pembekal di Asia Tenggara.
- Klang (Selangor)
- Kuala Berang (Terengganu)
Apakah barangan yang dijual oleh kedua-dua buah pelabuhan tersebut ?
Emas
Rotan
Sarang burung
Kulit kura-kura
Apakah faktor utama yang mempengaruhi kedatangan pedagang asing ke pelabuhan Asia Tenggara ?
Binaan candi
Logam emas
Sistem beraja
Kesuburan tanah
Maklumat berikut adalah tentang catatan sejarawan asing berkaitan dengan pembentukan kerajaan maritin di Asia Tenggara.
Sejarawan X : Mencatat nama Golden Khersonese yang bermakna Semenanjung Emas.
Siapakah X ?
Ptolemy
I-Tsing
G. Coedes
Tome Pires
Semasa kerajaan awal di Asia Tenggara, bahasa Melayu dituturkan dalam urusan perdagangan.
Apakah buktinya ?
Artifak kerajaan Angkor
Batu Bersurat di Srivijaya
Catatan kerajaan Peng-keng
Undang-undang di Pulau Tiumah
Maklumat berikut berkaitan dengan kerajaan maritim di Asia Tenggara.
Kerajaan X : Kerajaan maritim yang terulung pada abad ke-13 Masihi
Apakah kerajaan X ?
Funan
Champa
Srivijaya
Kedah Tua
Senarai berikut membuktikan kemahiran masyarakat maritim.
- Peninggalan perahu layar abad kelima Masihi di Kuala Pontian, Pahang.
- Peninggalan perahu abad ke-18 Masihi di Kuala Ketil, Kedah.
Apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang masyarakat maritim ?
Mampu berdagang di kawasan yang jauh
Mengetahui kaedah menggunakan bintang
Menjalinkan hubungan dengan kerajaan Yunani
Membina angkatan tentera yang kuat
Jadual berikut berkaitan dengan tindakan Kerajaan Srivijaya.
Tahun : 682 - 685 S.M.
Peristiwa : Srivijaya menakhluki kerajaan Kedah
Apakah kesan tindakan itu ?
Menghindari ancaman lanun
Menjadi pusat pengumpulan hasil
Mampu membina angkatan perang
Menghalang peluasan pengaruh luar
Pernyataan berikut berkaitan dengan penemuan bukti sejarah di pelabuhan Kedah Tua.
Penemuan tembikar China yang dihasilkan pada Abad ke-7 Masihi.
Tembikar itu dihasilkan oleh
Dinasti Maurya
Dinasti Tang
Dinasti Ming
Dinasti Song
Maklumat berikut berkaitan dengan hubungan yang wujud antara kerajaan awal di Asia Tenggara.
Kerajaan agraria <-- saling bergantung --> Kerajaan maritim
Melalui perhubungan tersebut kerajaan agraria memperoleh
tembikar China
kapal untuk belayar
bekalan tenaga kerja
tukang batu yang baik
Kemasukan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara juga dapat dilihat berdasarkan peninggalan data arkeologi.
Apakah ciri yang terdapat dalam pembinaan candi Angkor ?
Agama Hindu
Agama Buddha
Agama Hindu-Buddha
Agama Buddha-animisme
Senarai berikut merupakan binaan candi yang terdapat di Asia Tenggara.
- Candi Lembah Bujang, Kedah
- Candi Padang Lawas, Sumatera
Apakah persamaan yang ketara antara kedua-dua buah binaan tersebut ?
Dipengaruhi unsur India
Dipengaruhi unsur tempatan
Dipengaruhi unsur India dan tempatan
Dipengaruhi unsur India dan Tanah Melayu
Bagaimanakah golongan Vaisya menyebarkan agama Hindu dan Buddha di Asia Tenggara ?
Melalui persuratan
Melalui perdagangan
Melalui peperangan
Melalui pendakwahan
Maklumat yang berikut berkaitan dengan kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara.
- Jumpaan seni arca yang kasar
- Ikatan tali kulit harimau
Maklumat tersebut merujuk kepada peninggalan kerajaan
Kedah Tua
Srivijaya
Champa
Takuapa
