wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

1. Seminar Pemerkasaan Hukum Permasalahan Ibadah Haji dan Umrah

Total questions: 18

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Adakah sah Haji seseorang yang menggunakan wang pampasan insuran?

a)

Tidak Sah hajinya

b)

Sah Hajinya

2.

Seseorang perempuan yang masih didalam iddah talaq raji'e, adakah diwajibkan meminta izin darii bekas suaminya untuk menunaikan fardu Haji?

a)

Ya, wajib meminta izin bekas suami

b)

Ya, wajib meminta dari Mahkamah Syariah

c)

Tidak perlu

d)

Tidak Wajib meminta izin bekas suami

3.

Apakah hukum dan perbezaan membayar upah haji melalui cek dan kad kredit?

a)

Diharuskan bayar melalui wang tunai sahaja

b)

Diharuskan membayar melalui agen upah haji yang sah sahaja

c)

Diharusnya membayar upah haji dengan keredhaan kedua-dua pihak

d)

Diharuskan membayar upah haji melalui Tabung Haji

4.

Seorang jemaah haji berniat Ihram Umrah di Bir Ali. Sampai di Makkah sebelum tawaf ia pun berqasad hendak mengerjakan Haji Qiran. Adakah cara begini dibolehkan dan adakah dikenakan apa-apa Dam?

a)

Tidak harus dan wajib diatasnya Dam Qiran

b)

Harus dan tidak wajib diatasnya Dam Qiran

c)

Tidak harus dan tidak wajib Dam Qiran

d)

Harus dan wajib diatasnya Dam Qiran

5.

Bolehkah seseorang itu membatalkan niat Ihramnya setelah berniat?

a)

Boleh membatalkan niat Ihramnya

b)

Tidak boleh membatalkan niat Ihramnya

6.

Jemaah Haji lelaki, lututnya lemah dan uzur sakit. Bolehkah ia memakai sarung lutut (kneeguard jenis menyarung) di dalam ihram untuk melegakan sakit lututnya?

a)

Boleh dan tidak berdosa

b)

Boleh dan berdosa tetapi dikenakan Dam Takhyir dan Takdir

c)

Boleh dan tidak berdosa tetapi dikenakan Dam Takhyir dan Takdir

d)

Tidak Boleh dan batal hajinya

7.

Adakah seorang isteri perlu meminta izin suaminya yang pergi bersama-sama sekiranya beliau hendak berihram secara bersyarat

a)

Tidak Perlu

b)

Perlu

8.

Seorang meninggal dunia sebelum mengerjakan Haji sedangkan pada masa hayatnya ia berkemampuan, adakah wajib dihajikan daripada hartanya?

a)

Tidak Wajib dihajikan daripada hartanya sebelum dibahagikan kepada waris-waris sama ada ia berwasiat atau tidak

b)

Wajib dihajikan daripada hartanya sebelum dibahagikan kepada waris-waris sama ada ia berwasiat atau tidak

9.

Apakah hukum seorang yang telah berniat Ihram Haji bagi dirinya dan sebelum mengerjakan rukun Haji yang lain, beliau mengubah pula niatnya kepada mengerjakan Haji untuk orang lain sebagai Badal Haji?

a)

Tidak boleh kerana ia telah berniat Ihram untuk dirinya

b)

Boleh kerana ia telah berniat Ihram untuk dirinya

10.

Berikut adalah syarat-syarat dikenakan Dam bagi orang yang mengerjakan Haji Tamattu' kecuali?

a)

Mengerjakan Haji dan Umrah dalam bulan-bulan Haji pada tahun yang sama

b)

Bukan dari penduduk Makkah

c)

Berniat Ihram Haji di Miqat bagi penduduk negerinya atau bagi penduduk dari arah mana dia datang masuk ke Tanah Haram untuk mengerjakan Haji

d)

Tidak berniat ihram Haji dari tempat yang jaraknya 2 marhalah atau lebih dari Tanah Haram

11.

Seorang jemaah Haji wanita kedatangan haid sebelum Tahallul Umrah, bolehkah ia mengupah orang lain sebagai gantinya untuk Tawaf?

a)

Tidak boleh mengupah orang lain dalam masalah ini dan ianya hendaklah melaksanakan Tawaf itu sendiri setelah suci dari haidnya

b)

Boleh mengupah orang lain dalam masalah ini dan ianya hendaklah melaksanakan Tawaf itu sendiri setelah suci dari haidnya

12.

Membawa anak yang belum baligh masuk ke Makkah tanpa niat Ihram. Sampai di Makkah diniatkannya, adakah sah Hajinya?

a)

Tidak sah niat Hajinya dan tidak dikenakan Dam walaupun tidak diniatkan Ihram di Miqat.

b)

Tidak sah niat Hajinya tetapi dikenakan Dam kerana tidak diniatkan Ihram di Miqat.

c)

Sah niat Hajinya tetapi dikenakan Dam kerana tidak diniatkan Ihram di Miqat.

d)

Sah niat Hajinya dan tidak dikenakan Dam walaupun tidak diniatkan Ihram di Miqat.

13.

Apakah hukumnya seorang doktor lelaki/perempuan dalam Ihram terpaksa memakai sarung tangan plastik kerana tugas merawat pesakit, adakah berdosa dan dikenakan Dam Takhyir dan Takdir?

a)

Tidak diharuskan doktor lelaki/perempuan memakai sarung tangan kerana menjalankan tugas dan hukum tidak berdosa dan tidak dikenakan dam

b)

Diharuskan doktor lelaki/perempuan memakai sarung tangan kerana menjalankan tugas dan hukum tidak berdosa tetapi dikenakan dam sekali sahaja selama mana ianya berada didalam Ihramnya

14.

Berikut adalah jenis Tawaf kecuali?

a)

Tawaf Tahiyatul Bait

b)

Tawaf Tahallul

c)

Tawaf Ifrad

d)

Tawaf Nazar

15.

Apakah hukum seseorang yang mengerjakan Haji Ifrad tetapi tidak melakukan Tawaf Qudum?

a)

Tidak sah Hajinya

b)

Sah Hajinya

16.

Jemaah Haji yang uzur mengupah seorang untuk melakukan Tawaf dan Sa'ienya tanpa orang yang mengupah itu ikut sama. Bagaimanakah pandangan syarak berhubung perkara ini?

a)

Tidak sah mengupah orang lain untuk mengerjakan Tawaf dan Sa'ie sebaliknya seseorang yang uzur perlu mengupah orang lain untuk membantu menolaknya menggunakan kerusi roda

b)

Sah mengupah orang lain untuk mengerjakan Tawaf dan Sa'ie sebaliknya seseorang yang uzur perlu mengupah orang lain untuk membantu menolaknya menggunakan kerusi roda

17.

Bagaimana kedudukan Tawaf bagi Jemaah yang menggunakan kerusi roda dan jemaah yang menolaknya?

a)

Tidak sah Tawaf bagi orang yang menolak kerusi roda. Orang yang menolak perlu mengulangi semula Tawaf yang telah dilakukan

b)

Tidak sah Tawaf kedua-duanya.

c)

Sah Tawaf bagi orang yang duduk diatas kerusi roda sahaja. Orang yang menolak perlu mengulangi semula Tawaf yang telah dilakukan

d)

Sah Tawaf bagi kedua-duanya. Orang yang menolak tidak perlu mengulangi semula Tawaf yang telah dilakukan

18.

Adakah sah Tawaf, Sa'ie atau Melontar Jamrah jika Jemaah Haji melakukan ibadat tersebut sambil bercakap di telefon?

a)

Sah Tawaf, Saie dan Lontaran Jamrah jika Jemaah Haji melakukan ibadat tersebut cukup syarat dan topik perbualan hanya perbualan ringan

b)

Tidak sah Tawaf, Saie dan Lontaran Jamrah