wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KDB : Keselamatan Kata Laluan

Total questions: 21

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apa itu kata laluan?

a)

Sejenis perisian antivirus untuk menjaga komputer

b)

Ditetapkan pada fail untuk menjaga keselamatan data

c)

Untuk menghapuskan virus

d)

Menghalang komputer daripada rosak

2.

Apakah fungsi meletakkan kata laluan?

a)

Untuk menjaga keselamatan fail

b)

Memudahkan komputer untuk mengakses internet

c)

Menjadikan komputer lebih laju

d)

Menjadikan komputer lebih hebat

3.

Apakah kebaikan meletakkan kata laluan?

a)

Komputer menjadi lebih laju

b)

Komputer susah untuk rosak.

c)

Komputer lebih tahan lasak.

d)

Komputer sukar untuk diceroboh.

4.

Adakah menetapkan kata laluan perkara yang baik?

a)

Ya

b)

Tidak

5.

Berikut merupakan ciri kata laluan yang baik, KECUALI?

a)

Digabungkan dengan angka

b)

Bukan perkataan yang terdapat dalam kamus

c)

Menggunakan data peribadi seperti tarikh lahir

d)

Mempunyai huruf besar dan huruf kecil

6.

Adakah kata laluan dapat mengelakkan data kita daripada diceroboh oleh orang lain?

a)

Ya

b)

Tidak

7.

Yang manakah antara berikut merupakan kata laluan yang paling selamat?

a)

sharif

b)

AhmadBaik88

c)

nurul77

d)

*Yani77*?...

8.

Apakah kesan jika kata laluan kita diceroboh?

a)

Data kita akan mudah untuk dicuri

b)

Kita akan menjadi lebih terkenal

c)

Duit dalam bank akan hilang

d)

Gambar kita akan disebarkan

9.

Adakah kata laluan dapat menghalang virus daripada memasuki komputer kita?

a)

Ya

b)

Tidak

10.

Kata laluan boleh ditetapkan pada fail bagi…...

a)

Memastikan fail tidak dapat dibuka

b)

Menjamin keselesaan pengguna

c)

Menjaga keselamatan data

d)

Menjamin fail tidak rosak

11.

Kata laluan yang terbaik ialah dengan menggunakan nombor my kid atau tarikh lahir sendiri.

a)

BETUL

b)

SALAH

12.

Kata laluan hendaklah ditulis dan disimpan di sesuatu tempat supaya senang dirujuk jika terlupa.

a)

BETUL

b)

SALAH

13.

Ciri-ciri kata laluan yang selamat dan kuat ialah kombinasi antara

a)

huruf, angka dan simbol

b)

huruf dan angka sahaja

c)

simbol sahaja

d)

angka sahaja

14.

Mengapakah kata laluan pada komputer penting?

a)

Supaya virus tidak menganggu fail

b)

Supaya capaian kepada fail menjadi lebih pantas

c)

Supaya data yang disimpan dalam komputer selamat

d)

Supaya memudahkan pengguna mengakses fail

15.

Kata laluan boleh dikongsi dengan kawan baik kita.

a)

BETUL

b)

SALAH

16.

Apakah kesan sekiranya kita tidak menetapkan kata laluan pada komputer?

a)

Kehilangan fail yang disimpan

b)

Kerosakan pada perisian dan perkakasan komputer

c)

Melambatkan capaian fail yang diinginkan

d)

Data akan diceroboh dan disalahguna oleh orang lain

17.

Apakah yang perlu dilakukan semasa menetapkan kata laluan ?

a)

Kata laluan yang dibina mestilah sukar untuk diteka oleh pengguna lain

b)

Mengimbas komputer

c)

Memberitahu kepada orang lain maklumat yang berkaitan kata laluan

d)

Memilih fail yang penting sahaja

18.

Apakah kepentingan kata laluan?

a)

untuk mengelirukan pengguna lain

b)

Untuk memudahkan orang lain akses maklumat peribadi kita

c)

Untuk menghias komputer

d)

Untuk menentukan keselamatan data yang tersimpan di dalam komputer

19.

Mengapakah kita perlu menetapkan kata laluan pada komputer?

a)

Untuk memastikan fail yang disimpan tidak berselerak.

b)

Untuk memastikan fail selamat.

c)

Untuk melindungi komputer daripada serangan virus.

d)

Untuk mengelakkan komputer rosak

20.

Mengapakah kita perlu menggunakan kata laluan yang susah?

a)

Untuk mengelirukan orang lain

b)

Untuk memastikan maklumat tidak hilang

c)

Untuk mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab daripada menyalahgunakan maklumat anda.

d)

Sekadar suka-suka

21.

Pilih kata laluan yang paling kukuh dan selamat.

a)

zul123

b)

FarahHannan238790

c)

yTA3+Q3345a

d)

@sfgareh@