WorksheetsHT T5B6 Faktor-Faktor Pembentukan Malaysia
Total questions: 16
Worksheet time: 12mins
Singapura menunjukkan minat untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu sejak tahun 1950-an lagi.
Mengapakah Singapura berminat dengan penggabungan tersebut? (SPM 2018)
Memberi kerakyatan kepada orang dagang
Mengurangkan perasaan perkauman
Mempercepatkan proses kemerdekaan
Mempertahankan sistem monarki
Brunei telah menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia.
Apakah kesan sekiranya Brunei menyertai Malaysia? (SPMU 2016)
Kerajaan Kalimantan Utara menjadi semakin kuat
Hubungan dengan Filipina dapat diperkukuh
Pengaruh golongan sosialis meningkat
Sumber ekonomi bertambah banyak
Mengapakah British menyokong Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura digabungkan dalam Persekutuan Malaysia? (SPMU 2016)
I Dapat menghalang kemasukan imigran
II Mampu membendung pengaruh komunis
III Berupaya memperkukuh sistem pertahanan
IV Boleh mengekalkan sistem pemerintahan beraja
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah tindakan pemimpin kita untuk mengelakkan ancaman tersebut? (SPMU 2015)
Menubuhkan Majlis Gerakan Negara
Membentuk Persekutuan Malaysia
Menyekat kemasukan imigran
Meminda perlembagaan
Bagaimanakah pemimpin Singapura mengatasi pengaruh golongan tersebut? (SPM 2014)
Menyarankan penubuhan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara
Mencadangkan penggabungan Singapura dengan Tanah Melayu
Membentuk pakatan tentera dengan negara jiran
Menguatkuasakan undang-undang darurat
Mengapakah Parti Tindakan Rakyat bimbang kemenangan Barisan Sosialis dalam pilihanraya Hong Lim di Singapura pada tahun 1961? (SPM 2012)
I Menggugat proses kemerdekaan
II Memecahbelahkan perpaduan kaum
III Membantutkan perkembangan ekonomi
IV Melemahkan kepimpinan Lee Kuan Yew
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah negeri tersebut menyokong gagasan Malaysia? (SPM 2011)
Menamatkan ancaman komunis
Memperkukuhkan amalan demokrasi
Mengelakkan campur tangan asing
Memenuhi desakan penduduk tempatan
Pada bulan April 1961, Parti Barisan Sosialis telah memenangi pilihan raya
Hong Lim, Singapura.
Mengapakah kemenangan parti tersebut membimbangkan Lee Kuan Yew? (SPM 2010)
Kuasa British kukuh
Proses kemerdekaan tergugat
Kemajuan ekonomi tergendala
Perpaduan kaun terjejas
Idea Pembentukan Malaysia telah dikemukakan sejak awal abad ke-19.
Mengapakah idea tersebut dipersetujui British.(SPM 2010)
Mengurangkan kuasa Raja-Raja
Penyatuan pentadbiran tanah jajahan
Menghapuskan pengaruh komunis
Mengehadkan kemasukan imigran
Kemenangan Barisan Sosialis dalam pilihan raya Hong Lim pada bulan April 1961 membimbangkan kerajaan Singapura pimpinan Lee Kuan Yew.
Mengapakah kerajaan Singapura bimbang dengan kemenangan itu? (SPM 2007)
Melambatkan penyertaan dalam Malaysia
Memecahbelahkan perpaduan rakyat
Menggugat rancangan kemerdekaan
Mengukuhkan kedudukan British
Faktor pembentukan Malaysia daripada aspek politik terdiri daripada Keselamatan,Kemerdekaan dan 'X'. Apakah X?
Demokrasi
Nasionalisme
Dekolonisasi
Neokolonialisme
Monolog berikut mungkin berlaku di Singapura pada tahun 1961.
Lee Kuan Yew : "Saya akan berusaha mendesak British supaya menggabungkan Singapura denag Persekutuan Tanah Melayu."
Mengapakah Lee Kuan Yew berfikir demikian?
Menjamin pelaburan berterusan
Mendapatkan kemudahan bekalan air
Memastikan penguasaan sumber tenaga
Menyekat kebangkitan Barisan Sosialis
Apakah masalah yang wujud di Sarawak dan Singapura yang menjadi faktor kepada pembentukan Malaysia?
Pengurusan sumber manusia
Rusuhan pelbagai kaum
Ancaman komunis
Krisis kewangan
'British bersetuju dengan idea pembentukan Malaysia kerana selaras dengan dasar dekolonisasi British'. Apakah matlamat dasar tersebut?
Penjajahan bentuk baru
Latihan berkerajaan sendiri
Kemerdekaan tanah jajahan
Perluasan wilayah pengaruh
Antara berikut yang manakah merupakan faktor ekonomi yang penting?
I Pasaran lebih luas denga penggabungan
II Menggunakan sepenuhnya kekayaan Sabah dan Sarawak
III Meningkatkan pelaburan dan pendapatan negara
IV Perkembangan bidang pertanian di kawasan berpotensi
I,II dan III
I,II dan IV
I,III Dan IV
II,III dan IV
Salah satu faktor sosial yang utama dalam pembentukan Malaysia adalah bertujuan untuk ...
mempercepatkan pertumbuhan ekonomi
membanteras ancaman komunis
mengimbangi jumlah dan kadar pertumbuhan kaum
mempercepatkan kemerdekaan negeri-negeri bergabung
