wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MPU21012

Total questions: 35

Worksheet time: 35mins

Name
Class
Date
1.

Agensi yang bertanggungjawab melaksanakan sesuatu dasar ialah

a)

Kementerian

b)

Kabinet

c)

Suruhanjaya

d)

Majlis Raja-raja

2.

Antara organisasi berikut, yang manakah merupakan organisasi tertinggi dalam pembentukan dasar negara?

a)

YDPA

b)

Kabinet

c)

Perdana Menteri

d)

Majlis Tertinggi Negara

3.

Secara umumnya, perkara terpenting dalam sistem pemerintahan demokrasi ialah

a)

Raja atau pemerintah

b)

Rakyat

c)

Sistem pemerintahan

d)

Parlimen

4.

Menurut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, YDPA bertanggungjawab untuk menjaga kedudukan istiwewa orang Melayu dengan mendapati nasihat daripada

a)

Sultan / Yang Dipertua Negeri

b)

Jemaah Menteri

c)

Perdana Menteri

d)

Timbalan Menteri

5.

Apakah majlis yang menasihati raja mengenai hal yang berkaitan dengan agama Islam?

a)

Majlis Agama Islam

b)

Majlis Raja-raja

c)

Majlis Adat Istiadat Melayu

d)

Majlis Hal Ehwal Agama Islam

6.

Salah satu contoh undang-undang bertulis ialah:

a)

Undang-undang adat

b)

Keputusan mahkamah

c)

Akta Parlimen

d)

Common law

7.

Manakah antara berikut BUKAN ciri-ciri Perlembagaan Malaysia?

a)

Malaysia mengamalkan konsep Raja Berperlembagaan

b)

Malaysia sebuah negara republik

c)

Terdapatnya doktrin pengasingan kuasa

d)

Bahasa Melayu bahasa kebangsaan

8.

Perkara ini memperuntukkan bahasa Melayu mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi. Perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan tidak ada sesiapa pun yang dilarang daripada menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu. Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan ini merujuk kepada:

a)

Perkara 152

b)

Perkara 153

c)

Perkara 160

d)

Perkara 3 (1)

9.

Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan:

a)

Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan

b)

Hak-hak kewargenagaraan

c)

Agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan

d)

Konsep Raja Berperlembagaan

10.

Kewarganegaraan Secara Percantuman Wilayah pernah berlaku di Malaysia semasa:

a)

Penduduk Sabah Sarawak menganggotai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

b)

Tanah Melayu membuka kerakyatan kepada semua imigren sebelum kemerdekaan.

c)

Indonesia mencadangkan gabungan Malaysia dan Indonesia dalam pembentukan negara.

d)

Malayan Union menyeragamkan pentadbiran Negeri-negeri Selat dengan Negeri Melayu Bersekutu.

11.

Pendekatan yang diambil untuk menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat ialah...

a)

Dasar Wawasan Negara

b)

Dasar Pembangunan Nasional

c)

Dasar Ekonomi

d)

Dasar Ekonomi Baru

12.

Perkara berkaitan dengan Dasar Ekonomi Baru ialah

a)

13.05.1968

b)

13.05.1969

c)

13.05.1963

d)

13.05.1957

13.

Manakah antara berikut merujuk kepada salah satu fungsi perlembagaan?

a)

Membolehkan rakyat membuat keputusan membelakangi pihak kerajaan

b)

Mengutamakan kuasa mutlak raja dalam pentadbiran

c)

Menyamakan ciri-ciri undang-undang tempatan dengan undang-undang antarabangsa.

d)

Menjamin riwayat negara bangsa dan melindungi hak-hak rakyat

14.

Antara berikut yang manakah sesuai merujuk kepada maksud perlembagaan?

a)

Alat untuk mengamalkan unsur perkauman.

b)

Proses mengadaptasi unsur budaya luar dengan budaya tempatan.

c)

Menggalakkan pengelasan kaum mengikut ekonomi.

d)

Undang-undang atau peraturan asas negara.

15.

Undang-undang bertulis adalah sumber undang-undang di Malaysia. Berikut merupakan Undang-undang Bertulis di Malaysia KECUALI ...

a)

Undang-undang Islam

b)

Perlembagaan Persekutuan

c)

Keputusan-keputusan mahkamah

d)

Enakmen/ Ordinan

16.
Kontrak sosial merujuk kepada pernyataan berikut KECUALI
a)
Satu perjanjian atau persetujuan yang ditulis dan ditetapkan oleh perlembagaan.
b)
Permuafakatan antara kaum yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.
c)
Menekankan tentang hak-hak keistimewaan semua kaum.
d)
Diwakili oleh  parti-parti politik seperti UMNO, MCA dan MIC.
17.

Yang manakah BENAR berdasarkan gambar di atas.

I. Perlantikan ketua negara secara bergilir-gilir dari kalangan raja-raja Melayu.

II. Merupakan ketua negeri bagi Sabah dan Sarawak.

III. Merupakan ketua agama islam bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai raja/sultan.

IV. Yang di-Pertuan Agung memiliki kuasa veto.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

I, II dan III

d)

I, II, III dan IV

18.
Perkara mengenai Pertahanan, Keselamatan Dalam Negeri dan Kewarganegaraan terletak dibawah senarai .....
a)
Kuasa Negeri
b)
Kuasa Bersama
c)
Perdana Menteri
d)
Kuasa Persekutuan
19.

Apakah kaum utama di semenanjung malaysia

a)

Malayu,Cina dan India

b)

Melayu, Iban, Bidayuh

c)

Cina, India, Bidayuh

d)

India, Kadazan, Cina

20.

Seseorang boleh dilucutkan kewarganegaraan Malaysia sekiranya _________________

a)

Menunjukkan taat setia kepada negara

b)

Memiliki kad pengenalan warga Thailand

c)

Menyokong pasukan bola sepak England

d)

Menziarahi saudara di Brunei tanpa passport

21.

Beberapa strategi telah dibentuk untuk membangunkan Dasar Belia Negara. Pilih kenyataan yang PALING TEPAT.

a)

Membina sosiobudaya dan kerohanian seimbang

b)

Pemupukan nilai-nilai kebudayaan agar lebih dinamik

c)

Meninggikan taraf hidup ekonomi dan mutu kebudayaan

d)

Pembangunan kemahiran dan keusahawanan untuk mempersiapkan belia dengan teknologi terkini

22.

Rukun Negara berfungsi sebagai tulang belakang yang menjadi sandaran dan pegangan negara dan rakyat Malaysia. Penyataan berikut adalah berkaitan dengan Rukun Negara KECUALI

a)

telah diisytiharkan pada 31 ogos 1970

b)

digubal selepas peristiwa 13 Mei 1969

c)

usaha penggubalan dibuat oleh Majlis Perundingan Negara

d)

usaha penggubalan dilakukan semasa negara diperintah oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)

23.

"Dalam kepelbagaian etnik di Malaysia, Raju ialah seorang yang berbangsa India dan telah berkahwin dengan Jhoanna yang berbangsa Cina."

Proses ini merujuk kepada proses ____________________________________

a)

Asimilasi

b)

Akulturasi

c)

Pluralisme

d)

Amalgamasi

24.

*Dilancarkan oleh kerajaan

Malaysia melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) antara tahun 1971-1990


*Digubal untuk membetulkan jurang

sosioekonomi antara kaum Bumiputera dengan bulan Bumiputera.


Pernyataan di atas merujuk kepada dasar X. Dasar yang dimaksudkan ialah

a)

Dasar Ekonomi Baru

b)

Dasar Wawasan Negara

c)

Dasar Pembangunan Nasional

d)

Dasar Pembangunan Tanah Persekutuan

25.

Mengapakah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan ?

a)

Mengambil alih tugas Parlimen buat sementara waktu.

b)

Mewujudkan garis panduan bagi kerjasama anatara kaum.

c)

Membantu kerajaan menggerakkan rakyat kearah perpaduan.

d)

Membuat keselarasan ideologi anatara kaum di Tanah Melayu.

26.

Antara berikut, yang manakah BENAR tentang usaha Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) bagi mewujudkan kestabilan politik dan keselamatan di rantau ini ?


I. Mesyuarat ASEAN + 3

II. Forum Serantau ASEAN (ARF)

III. Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN

IV. Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ)

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

27.

Prinsip Rukun Negara ini menekankan kesetiaan rakyat kepada ketua negara dan negeri masing-masing sekali gus melahirkan rakyat yang menghormati simbol-simbol kedaulatan negara dan berani mempertahankan negara daripada sebarang ancaman kuasa luar.

Prinsip yang dimaksudkan ialah ____________

a)

Keluhuran Perlembagaan

b)

Kepercayaan kepada Tuhan

c)

Kedaulatan undang-undang

d)

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

28.

Pernyataan yang manakah BENAR menerangkan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)?


I. Kerjasama ASEAN mencakupi bidang ekonomi, pendidikan, keselamatan, kebudayaan dan perindustrian

II. ASEAN sebuah organisasi kerajaan yang dianggotai oleh 57 buah Negara Islam

III. Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) telah diwujudkan di semua Negara anggota Asean

IV. Bermatlamat mewujudkan sebuah masyarakat dunia yang aman

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

I, II dan IV

d)

II, III dan IV

29.

. Beberapa strategi telah dibentuk untuk membangunkan Dasar Belia Negara. Pilih kenyataan yang PALING TEPAT.

a)

Membina sosiobudaya dan kerohanian seimbang

b)

Pemupukan nilai-nilai kebudayaan agar lebih dinamik

c)

Meninggikan taraf hidup ekonomi dan mutu kebudayaan

d)

Pembangunan kemahiran dan keusahawanan untuk mempersiapkan belia dengan teknologi terkini

30.

Pemisahan atau pemecahan kuasa pemerintahan di Malaysia dipanggil

a)

Doktrin Pembahagian Kuasa

b)

Doktrin Pengabdian Kuasa

c)

Doktrin Pemecahan Kuasa

d)

Doktrin Pengasingan Kuasa

31.

3 badan yang terdapat dalam Doktrin Pengasingan Kuasa ialah

a)

Badan Eksekutif, Judisiari dan Legislatif

b)

Badan Eksekutif, Perundangan dan Legislatif

c)

Badan Kehakiman, Judisiari dan Legislatif

d)

Badan Eksekutif, Judisiari dan Kehakiman

32.

Gelaran bagi wakil rakyat yang berjaya memenangi pilihanraya ialah....

a)

Yang Beria

b)

Yang Berbahagia

c)

Yang Hormat

d)

Yang Berhormat

33.

Parlimen terbahagi kepada Dewan Rakyat dan...

a)

Dewan Undangan Negeri

b)

Dewan Senat

c)

Dewan Negeri

d)

Dewan Orang Ramai

34.

Pernyataan yang TIDAK berkaitan dengan Ciri Demokrasi di Malaysia ialah:

a)

Parti Politik

b)

Akta dan Enakmen

c)

Ketertinggian Perlembagaan

d)

Doktrin Pengasingan Kuasa

35.

Keluhuran Perlembagaan bermaksud?

a)

Kekuasaaan Perlembagaan

b)

Ketertinggian Perlembagaan

c)

Kerendahan Perlembagaan

d)

Kerosakan Perlembagaan