wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 8

Total questions: 30

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Apakah kerajaan yang diasaskan oleh keturunan raja yang datang dari Parsi?

a)

Kerajaan Perlis

b)

Kerajaan Kedah

c)

Kerajaan Kelantan

d)

Kerajaan Negeri Sembilan

2.

Apakah alat kebesaran diraja yang diiktiraf bersama-sama pertabalan Raja Kedah yang pertama?

a)

Nobat

b)

Tengkolok

c)

Pending diraja

d)

Tombak berambu

3.

Pemerintahan kerajaan Kedah berkembang menerusi pembukaan Kota Siputih. Apakah tujuan pembukaan kota tersebut?

a)

Langkah meningkatkan kemajuan negeri

b)

pengiktirafan kuasa luar terhadap kerajaan

c)

Strategi menghadapi ancaman dalam dan luar

d)

keselamatan perairan terjamin dan diperkukuhkan

4.

Apakah kota yang dijadikan tempat bersemayam oleh Sultan Ibrahim iaitu Sultan Kedah yang keenam?

a)

Kota Sena

b)

Kota Siputih

c)

Kota Bukit Pinang

d)

Kota Indera Kayangan

5.

Kelantan merupakan sebahagian daripada Negara Patani Besar. Siapakah tokoh yang mengasaskan kerajaan tersebut pada tahun 1650 ?

a)

Raja Sakti I

b)

Raja Bahar

c)

Raja Harun

d)

Raja Jembal

6.

Apakah sumbangan Long Yunus terhadap pengasasan Kerajaan Kelantan?

a)

menggagalkan serangan Siam

b)

Menyatukan wilayah yang berpecah

c)

menggubalkan undang-undang pertama

d)

menghadapi ancaman daripada Acheh

7.

Kota berikut menjadi pusat pentadbiran kerajaan Kelantan.

Kota Kubang Labu.

Dimanakah lokasi kota tersebut?

a)

Kelantan Barat

b)

Kelantan Utara

c)

Kelantan Timur

d)

Kelantan Selatan

8.

Raja Bahar sebagi pemerintah terakhir Negara PataniBesar telah mangkat pada tahun 1670. Apakah kesan kemangkatan tersebut terhadap Kelantan?

a)

Campur tangan kuasa luar

b)

Pertahanan menjadi lemah

c)

Pusat Pentadbiran berpecah

d)

sistem pemerintahan beraja berakhir.

9.

Siapakah sultan yang telah mengiktirafkan Long Yunus sebagai Yang di-Pertuan Kelantan?

a)

Sultan kedah

b)

Sultan Pahang

c)

Sultan Selangor

d)

Sultan Terengganu

10.

Kota Bharu dipilih menjadi pusat pemerintahan pada tahun 1844. Siapakah sultan yang telah memilih lokasi tersebut?

a)

Sultan Muhammad II

b)

Sultan Ahmad Shah I

c)

Sultan Mahmud Shah

d)

Sultan Muhammad Shah

11.

Undang-undang syarak telah dikuatkuasakan oleh sultan berikut di Kelantan.

Sultan Muhammad II

Apakah kesan pemnguatkuasaan undang-undang tersebut?

a)

Keamanan negeri tercapai

b)

Pengaruh Islam tersebar luas

c)

Pertikaian merebut kuasa diatasi

d)

Kemajuan dalam bidang perdagangan

12.

Empat Penghulu Luak telah menjemput seorang putera Minangkabau ke Negeri Sembilan pada tahun 1770. Apakah tujuan jemputan tersebut?

a)

Menjadi penasihat sultan

b)

Mengetuai sistem pertahanan

c)

Melantiknya sebagai pemerintah

d)

mengeratkan hubungan keagamaan

13.

Pemerintah berikut telah berusaha menjamin keamanan Negeri Sembilan daripada campur tangan kuasa luar.

Yamtuan Antah.

Apakah kesan usaha baginda terhadap kemajuan negeri?

a)

Memantapkan sistem pentadbiran

b)

mempelbagaikan hasil pengeluaran

c)

memperluaskan hubungan perdagangan

d)

menyatukan daerah jajahan dan taklukan

14.

Bagaimanakah Yamtuan Radin ditabalkan menjadi pemerintah Negeri Sembilan pada tahun 1830?

a)

Melalui pilihan raya

b)

Melalui sistem penggantian

c)

Dipilih oleh raja sebelumnya

d)

perlu lulus dalam peperiksaan

15.

Pada peringkat awal, Perlis merupakan sebuah wilayah naungan kerajaan Melayu.Apakah kerajaan Melayu tersebut?

a)

Kedah

b)

Kelantan

c)

Selangor

d)

Terengganu

16.

Apakah persamaan sumbangan pemerintahan kerajaan Kedah berikut?

Sultan Muhyiddin Mansur Shah

Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I

Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II

a)

Menamatkan campur tangan kuasa Siam

b)

Melaksanakan pemodenan pentadbiran negeri

c)

memajukan Perlis menjadi pusat perdagangan

d)

Menjadikan Perlis sebagai pusat pemerintahan

17.

Apakah kota yang menjadi asas kepada perkembangan bandar Kangar?

a)

Kota Sena

b)

Kota Keran

c)

Kuala Perlis

d)

Kota Kayang

18.

Maklumat berikut merupakan pemerintahan Kerajaan Kedah.

Sultan Dihauddin Mukarram Shah II

Apakah sumbangan pemerintah tersebut terhadap pembangunan kerajaan Kedah?

a)

Membentuk Mukim Arau

b)

Menubuhkan pasukan polis

c)

Membina istana rasmi kerajaan

d)

membangunkan Kota Kayang

19.

Apakah yang dihantar oleh Kerajaan Perlis kepada Siam sebagai tanda persahabatan?

a)

Kain Sutera

b)

Ufti tahunan

c)

Wang kertas

d)

Bunga emas

20.

Apakah unit pentadbiran yang dikembalikan semula menjadi sebahagian wilayah Kedah pada tahun 1859?

a)

Setul

b)

Alor Setar

c)

Kuala Kedah

d)

Kubang Pasu

21.

Gambar berikut merupakan repika sepohon bunga emas Perlis yang dihantar ke Bangkok setiap tiga tahun.

Siapakah pihak yang menentukan kadar bunga emas tersebut?

a)

Pihak raja

b)

Tukang emas

c)

Kerajaan Perlis

d)

Kerajaan Siam

22.

Apakah asas hubungan luar antara kerajaan di negeri-negeri Melayu?

a)

Agama

b)

Budaya

c)

Ekonomi

d)

Geografi

23.

Apakah bentuk hubungan yang terjalin antara kerajaan -kerajaan di negeri-negeri Melayu?

a)

Pertahanan

b)

Perkahwinan

c)

Pengiktirafan

d)

Perdagangan

24.

Mengapakah aspek persamaan keserumpunan menjadi asas hubungan luar negeri-negeri Melayu?

a)

memudahkan interaksi sesama kerajaan

b)

menggalakkan penyebaran agama islam

c)

menjamin laluan keselamatan pedagang

d)

mewujudkan pembentukan identiti bangsa

25.

Apakah kepentingan lokasi berikut terhadap Negeri Sembilan?

Sungai Linggi

a)

Pembekal sumber beras

b)

Pusat pentadbiran kerajaan

c)

Laluan perdagangan utama

d)

Kaya dengan sumber protein

26.

Pada tahun 1775, Sultan Terengganu telah mengiktiraf kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan Long Jaafar.Apakah tujuan pengiktirafan tersebut?

a)

Menjamin persahabatan antara kerajaan

b)

mengakui pertuanan sultan dan kerajaan

c)

mengabsahkan sultan sebagai pemerintah

d)

membantu mengekalkan keamanan negeri

27.

Long Gaffar dari kerajaan Reman telah dilantik sebagai Perdana Menteri Kelantan . Apakah kepentingan lantikan tersebut?

a)

Mengekalkan keamanan negeri

b)

mengukuhkan pentadbiran negeri

c)

menjamin penyebaran agama Islam

d)

Memperluaskan hubungan perdagangan

28.

Apakah sumbangan pemerintah berikut terhadap kerajaan Kedah?

Sultan Muhammad Jiwa(1472-1506)

a)

Mengecualikan sistem cukai terhadap makanan

b)

membina landasan kereta api dan jalan raya

c)

memperkenalkan sistem sukat dan timbang

d)

memperkemaskan penggunaan mata wang.

29.

Pangkalan Galoh telah dibina di Sungai Kelantan. Apakah maksud nama pelabuhan tersebut?

a)

Pelabuhan Diraja

b)

Pelabuhan Tok Bali

c)

Pengkalan Geting

d)

Pengkalan Permata

30.

Apakah barang dagangan uatama kerajaan Perlis dengan negeri jiran dan Siam?

a)

Beras

b)

Biji Timah

c)

Kayu gaharu

d)

Gading gajah