wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJI TERMINOLOGI BIOLOGI BAB 2 TING 4 (PART 2)

Total questions: 45

Worksheet time: 2hrs 33mins

Name
Class
Date
1.

Organisma yang mempunyai lebih daripada satu sel dikenali sebagai .....................................

a)

unisel

b)

multisel

c)

dwisel

d)

polisel

2.

Amoeba bergerak menggunakan unjuran struktur ini di dalam air tawar. Juga dikenali sebagai 'kaki palsu'.

a)

Pseudopodium

b)

Fagosom

c)

Vakuol mengecut

d)

Lisosom

3.

Proses di mana Amoeba menggunakan pseudopodium untuk memerangkap bakteria sebagai makanan.

a)

Fagolisosom

b)

Hidrolisis

c)

Fagosistosis

d)

Kondensasi

4.

Pseudopodium melingkungi makanan dan kemudiannya dibungkus dalam ................................

a)

vakuol mengecut

b)

vakuol makanan

c)

vakuol

d)

fagosom

5.

Proses pembiakan Amoeba adalah secara pembentukan spora apabila keadaan tidak sesuai tetapi secara .............................. dalam keadaan yang sesuai.

a)

belahan dedua

b)

penjanaan semula

c)

seksual

d)

konjugasi

6.

Proses pertukaran gas, nutrien dan bahan buangan pada Amoeba adalah secara ..................................

a)

resapan berbantu

b)

pengangkutan aktif

c)

osmosis

d)

resapan ringkas

7.

Proses kawal atur air di dalam Amoeba dengan menggunakan vakuol mengecut dikenali sebagai ................................

a)

pengosmokawalaturan

b)

rembesan

c)

homeostasis

d)

perkumuhan

8.

Proses yang dialami oleh sel stem/asas berubah menjadi sel yang khusus dan spesifik ialah proses ..................................

a)

pengkhususan

b)

pembezaan

c)

pencernaan

d)

organisasi sel

9.

Sel yang telah membeza akan menjalani ........................... agar dapat menjalankan fungsinya dengan cekap.

a)

pembezaan

b)

persenyawaan

c)

pengkhususan

d)

kemandirian

10.

Gabungan sel-sel yang sama dan menjalankan fungsi yang sama diorganisasikan menjadi .............................

a)

tisu

b)

organ

c)

sistem

d)

organisma

11.

Gabungan tisu-tisu yang berbeza tetapi menjalankan fungsi khusus yang sama dikenali sebagai .....................................

a)

sel

b)

organ

c)

sistem

d)

organisma

12.

Gabungan beberapa organ akan membentuk ....................... dan menjalankan fungsi yang spesifik dalam tubuh.

a)

sel

b)

tisu

c)

sistem

d)

organisma

13.

Gabungan kesemua sistem di dalam tubuh membentuk ...................................

a)

sel

b)

tisu

c)

organ

d)

organisma

14.

Fungsi semua sistem dikoordinasi dan bekerjasama untuk kelangsungan hidup. Istilah yang diwarnakan boleh digantikan dengan ...............................

a)

daya mapan

b)

persaingan

c)

pembiakan

d)

kemandirian

15.

Tisu manusia boleh diklasifikasikan kepada 4 jenis. Antara berikut, yang manakah BUKAN?

a)

Tisu epitelium

b)

Tisu otot

c)

Tisu penghubung

d)

Tisu saraf

e)

Tisu meristem

16.

Sel otot terbahagi kepada 3 jenis. Antara berikut, yang manakah BUKAN sel otot?

a)

Otot licin

b)

Otot kardium

c)

Otot rangka

d)

Otot kelenjar

17.

Tisu penghubung haiwan terbahagi kepada dua jenis iaitu ................................... dan ......................................

a)

Tisu penghubung longgar

b)

Tisu penghubung bergentian

c)

Tisu penghubung padat

d)

Tisu penghubung kenyal

18.

Antara berikut, yang manakah BUKAN contoh tisu penghubung?

a)

Rawan

b)

Ligamen

c)

Tulang

d)

Darah

e)

Epitelium

19.

Antara berikut, yang manakah BUKAN tisu penghubung?

a)

Adipos

b)

Tendon

c)

Tulang

d)

Saraf

20.

Organ terbesar dalam tubuh manusia.

a)

Otak

b)

Tulang

c)

Jantung

d)

Kulit

21.

Sistem yang melibatkan organ kulit bagi perlindungan tisu-tisu di bawahnya.

a)

Integumen

b)

Otot

c)

Rangka

d)

Limfa

22.

Sistem yang melibatkan kelenjar-kelenjar yang merembeskan hormon.

a)

Saraf

b)

Pencernaan

c)

Endokrin

d)

Pembiakan

23.

Sistem yang melengkapi sistem peredaran darah bagi mengedarkan bendalir badan.

a)

Respirasi

b)

Integumen

c)

Limfa

d)

Endokrin

24.

Tumbuhan hanya mempunyai 2 jenis tisu. Namakan 2 tisu tersebut.

a)

Meristem

b)

Vaskular

c)

Kekal

d)

Asas

25.

Namakan tisu tumbuhan yang sangat aktif melakukan pembahagian sel dan terdapat pada hujung pucuk dan akar.

a)

Mesofil

b)

Asas

c)

Vaskular

d)

Meristem

26.

Tisu kekal tumbuhan terbahagi kepada 3 jenis. Antara berikut, yang manakah BUKAN tisu kekal?

a)

Epidermis

b)

Vaskular

c)

Asas

d)

Meristem

27.

Tisu asas yang terdapat pada bahagian paling luar tumbuhan dan mempunyai lapisan kalis air disebut kutikel.

a)

Vaskular

b)

Epidermis

c)

Parenkima

d)

Sklerenkima

28.

Sel ini terdapat pada bahagian tisu epidermis yang boleh mengawal pembukaan dan penutupan stoma.

a)

Sel mesofil

b)

Sel pengawal

c)

Sel kolenkima

d)

Sel akar rambut

29.

Antara berikut, yang manakah BUKAN tisu asas tumbuhan?

a)

Tisu vaskular

b)

Tisu parenkima

c)

Tisu kolenkima

d)

Tisu sklerenkima

30.

Sel tumbuhan ini adalah paling ringkas dan terdapat dalam semua organ tumbuhan. Mempunyai dinding sel yang nipis dan vakuol yang besar.

a)

Parenkima

b)

Kolenkima

c)

Sklerenkima

31.

Tisu ini mempunyai dinding sel yang tebal tetapi tidak seragam. Fungsinya adalah memberikan sokongan kepada batang muda atau tumbuhan tidak berkayu.

a)

Parenkima

b)

Kolenkima

c)

Sklerenkima

32.

Tisu ini mempunyai dinding sel yang ditebalkan dengan seragam oleh lignin. Ia memberikan sokongan mekanikal kepada tumbuhan berkayu.

a)

Parenkima

b)

Sklerenkima

c)

Kolenkima

33.

Namakan tisu-tisu vaskular tumbuhan yang terlibat dalam proses pengangkutan.

a)

Xilem

b)

Floem

c)

Akar rambut

d)

Mesofil

34.

Antara sel-sel berikut, yang manakah TIDAK terlibat melakukan proses fotosintesis?

a)

Mesofil palisad

b)

Mesofil berspan

c)

Epidermis

d)

Sel pengawal

35.

Antara berikut, yang manakah BUKAN organ pada tumbuhan?

a)

Daun

b)

Vaskular

c)

Akar

d)

Batang

e)

Bunga

36.

Tumbuhan hanya mempunyai 2 sistem yang utama. Namakan sistem-sistem tersebut.

a)

Sistem pucuk

b)

Sistem akar

c)

Sistem respirasi

d)

Sistem fotosintesis

37.

Namakan tisu yang banyak terdapat pada buah-buahan.

a)

Parenkima

b)

Kolenkima

c)

Vaskular

d)

Epidermis

38.

Bendalir-bendalir badan seperti bendalir interstis, limfa dan plasma darah dikenali sebagai ..................................

a)

darah

b)

cecair badan

c)

hemolimfa

d)

persekitaran dalam

39.

Bendalir yang terdapat pada ruang antara sel haiwan dan sentiasa membasahi permukaan sel dikenali sebagai bendalir .........................

a)

limfa

b)

plasma

c)

interstis

d)

darah

40.

Antara berikut, yang manakah BUKAN faktor kimia yang perlu dikawal atur pada persekitaran dalam?

a)

Kepekatan glukosa

b)

Kepekatan oksigen

c)

pH

d)

Tekanan osmosis darah

e)

Kandungan garam

41.

Pengawalaturan persekitaran dalam secara optimum agar sel-sel dapat berfungsi dengan baik dikenali sebagai .............................

a)

homeostasis

b)

hemolimfa

c)

homologus

d)

homogenus

42.

Antara berikut, yang manakah BUKAN contoh homeostasis dalam tubuh?

a)

Pengosmokawalaturan

b)

Kawalan gula darah

c)

Kawalan pH darah

d)

Pengekalan suhu badan

e)

Pencernaan makanan

43.

Namakan hormon yang terlibat dalam menukarkan glukosa berlebihan kepada glikogen di hati dan otot rangka manusia?

a)

Insulin

b)

Glukagon

c)

Tiroksina

d)

Testosteron

44.

Perubahan pH darah yang menurun berpunca daripada ...............................

a)

peningkatan oksigen dalam darah

b)

peningkatan karbon dioksida dalam darah

c)

peningkatan air dalam darah

d)

penurunan oksigen dalam darah

45.

Antara berikut, yang manakah BUKAN fungsi bendalir interstis?

a)

Membekalkan oksigen kepada sel

b)

Membekalkan nutrien kepada sel

c)

Menyediakan medium berasid kepada sel

d)

Menerima bahan kumuh daripada sel