NEW
Font size
WorksheetsMINGGU PSS,MINGGU BAHASA & DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN : KUIZ TATABAHASA (PENJODOH BILANGAN)
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
Ibu membeli tiga _____ ikan dan beberapa _____ kucai di kedai Pak Ali.
ekor ..... helai
timbun ..... cekak
ekor ..... cekak
ekor ..... gugus
Pak Taib membawa se _____ rotan dari hutan.
genggam
berkas
bilah
cekak
Rogayah telah membeli se _____ petai di kedai runcit itu.
ruas
biji
gelung
papan
Aminah menjahit beg adiknya yang telah koyak dengan mengunakan se _____ jarum dan se _____ benang.
bilah ..... keping
batang ..... lembar
buah ..... helai
batang ..... helai
Waheeda akan mengedarkan beberapa _____ surat khabar pada setiap hari Selasa.
helai
naskhah
keping
papan
Hasil serbuan polis menemui dua ________ senapang dan beberapa _______ peluru di dalam se______ rumah tidak berpenghuni.
laras...butir...buah
pucuk...biji...deret
pucuk...biji...buah
laras...biji...buah
Se______ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.
longgok
kelompok
kawan
titik
Pihak polis telah menahan se_______ usahawan kerana memiliki se_______ pistol tanpa lesen.
kumpulan...buah
kelompok...laras
pasukan...laras
orang...pucuk
Zubir menghamparkan beberapa________ tikar untuk tetamu yang hadir ke rumahnya.
keping
bidang
cebis
lembar
Beberapa _______ mutiara diletakkan pada kalung emas itu untuk mencantikkannya.
butir
biji
ulas
ketul
Busut itu ditumbuhi beberapa _______ cendawan selepas hujan.
keping
kaki
cucuk
cebis
Dua ______ kapas digunakan untuk membersihkan luka pada sikunya.
genggam
cubit
gumpal
kerat
Mak Cik Kiah membeli beberapa ________ jagung untuk dibuat bubur jagung.
biji
batang
sisir
tongkol
Aimi menjerit apabila melihat beberapa ________ asap keluar daripada bahagian dapur rumahnya.
kepal
kepul
buku
tongkol
Yunus telah memberikan sepuluh ___________ sate dan se_______ air kepada se___________ pekerja pembersihan di pusat beli-belah itu.
batang...gelas...orang
cucuk...gelas...orang
cubit...titis...kelompok
cucuk...titik...gerombolan
Radhiah memasukkan se________ filem ke dalam kameranya.
gelung
gulung
ikat
lembar
Faiz menggunakan se ________ jala untuk menangkap ikan di sungai.
bidang
lembar
utas
rawan
Zulaikha telah menerima se______ cincin sebagai tanda penghargaan daripada majikannya.
bentuk
buah
utas
biji
Pak Cik Harun memindahkan beberapa ________ anak padi dari tapak semaian ke petak sawah.
ikat
gemal
longgok
kelompok
Mak Cik Timah membeli se_______ pisang yang digantung di hadapan gerai itu.
biji
tandan
sisir
cekak
