Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ZILA 2007

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

"Tolong telefon setiausaha __________ apabila _________ sampai nanti," kata Dato' Rauf kepada pembantunya.

a)

saya .... kita

b)

awak .... dia

c)

kita .... mereka

d)

kamu ... awak

2.

Mak Cik Zainab __________ sayur kangkung untuk juadah tengah hari nanti.

a)

menjerang

b)

mengukus

c)

mencelur

d)

merebus

3.

Walaupun sudah berusia seratus tahun. bangunan itu masih ___________ .

a)

gagah

b)

teguh

c)

kental

d)

mantap

4.

Haniza berasa _________ apabila melakonkan watak nenek semasa pementasan drama di sekolahnya.

a)

angkuh

b)

kacau

c)

gusar

d)

kekok

5.

Encik Helmi mendapat kad undangan ke majlis perkahwinan __________ sahabat lamanya _________ minggu lepas.

a)

daripada .... pada

b)

daripada .... di

c)

dari .... pada

d)

dari .... di

6.

Ibu memanggil adik ____________ berkata, "Cucilah kasut sekolah kamu yang kotor itu".

a)

malahan

b)

dengan

c)

sambil

d)

lalu

7.

"Sebelum itu, ___________ ingin memohon ampun sekiranya kata-kata ini akan menimbulkan __________ tuanku," kata Tuan Puteri Bongsu kepada suaminya.

a)

kakanda .... kemasyghulan

b)

adinda .... kemurkaan

c)

adinda ... kedurjanaan

d)

kakanda .... kedukaan

8.

Dalam perjalanan pulang dari sekolah, Amran ternampak sebatang pokok tumbang __________ jalan.

a)

melintasi

b)

merentasi

c)

merintangi

d)

menyusuri

9.

Kamu __________ melakukan senaman ___________ menurunkan berat badan.

a)

dapat .... semoga

b)

harus .... supaya

c)

boleh .... agar

d)

mesti .... untuk

10.

Anak kecil itu ___________ dari pangkuan ibunya kerana hendak bermain-main.

a)

berlungsur

b)

melungsur

c)

melungsuri

d)

melungsurkan

11.

Kementerian Pelajaran sedang ___________ usaha untuk memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis.

a)

mengemaskinikan

b)

menguatkuasakan

c)

melipatgandakan

d)

menambahbaikkan

12.

Penduduk kampung itu telah lama dipindahkan ke kawasan ____________ baru.

a)

tempat

b)

setempat

c)

tempatan

d)

penempatan

13.

Semua jemputan yang hendak ke majlis rumah terbuka itu perlu meneliti peta kerana jalannya _____________.

a)

bersimpang-siur

b)

berlekak-lekuk

c)

berbolak-balik

d)

bersesat-barat

14.

Petinju negara __________ lawannya sebelum melepaskan tumbukan.

a)

melaga-laga

b)

mengacu-acu

c)

melibas-libas

d)

mengacah-acah

15.

Zulkifli telah meluahkan ____________ untuk memiliki sebuah komputer kepada ibunya.

a)

ada hati

b)

isi hati

c)

ambil hati

d)

jantung hati

16.

Penduduk di taman perumahan itu ____________ kerana mereka saling membantu apabila melakukan sesuatu pekerjaan.

a)

seperti cincin dengan permata

b)

seperti bulan dengan matahari

c)

seperti aur dengan tebing

d)

seperti isi dengan kukuh

17.

Beberapa __________ kertas dan beberapa _________ perca kain yang tidak diperlukan lagi dimasukkan ke dalam tong sampah itu.

a)

helai .... cebis

b)

keping .... bidang

c)

lembar .... rincih

d)

kajang .... gulung

18.

Petani itu bermandikan keringat kerana bekerja dengan gigih di bawah panas matahari.

Perkataan seerti bagi gigih ialah _____

a)

tegap

b)

tekun

c)

tekad

d)

tegas

19.

Mereka bekerjasama untuk melakukan kerja-kerja menyokong bumbung pondok itu.

Perkataan berlawan bagi menyokong ialah

a)

membina

b)

memasang

c)

merobohkan

d)

merobekkan

20.

Pilih ayat yang betul

a)

Pramugara itu kelihatan segak ketika bertugas.

b)

Saya membeli tiga kilogram tepung ke kedai itu.

c)

Abang memiliki koleksi setem-setem luar negara.

d)

Shanti makan dua biji roti canai pagi tadi.