wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

EKONOMI 2 (BAB 2)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Untuk mengubah KDNK pada harga pasaran kepada KNK pada harga pasaran, maka perlulah

a)

dicampurkan cukai tak langsung dan ditolak subsidi

b)

dicampurkan perbelanjaan ke atas import

c)

dicampurkan untung kasar perdagangan firma-firma

d)

dicampurkan pendapatan faktor bersih dari luar negeri

2.

KDNK pada harga pasaran melebihi KNK pada kos faktor sebanyak

a)

susut nilai + cukai tak langsung-subsidi

b)

pendapatan faktor bersih luar negeri + susut nilai

c)

bayaran pindahan + cukai tak langsung - subsidi

d)

pendapatan faktor bersih luar negeri + cukai tak langsung - subsidi

3.

Mengikut kaedah perbelanjaan dalam perakaunan pendapatan negara di Malaysia maklumat pendapatan negara dapat dihitung setakat

a)

Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran

b)

Keluaran Negara Bersih pada harga pasaran

c)

Keluaran Negara Kasar pada kos faktor

d)

Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran

4.

Keluaran negara yang dihitung berdasarkan harga tahun semasa dikenali sebagai

a)

keluaran negara harga pasaran

b)

keluaran negara nominal

c)

keluaran negara potensi

d)

keluaran negara benar

5.

Yang manakah bukan kegunaan data pendapatan negara?

a)

menganalisis kualiti keluaran

b)

merancacang kegiatan sektor ekonomi

c)

mengukur kadar pertumbuhan ekonomi

d)

membandingkan taraf hidup antara negara

6.

Sebuah firma membeli kacang soya sebagai input untuk menghasilkan air kacang soya untuk dipasarkan. Yang manakah akan diambil kira dalam penghitungan pendapatan negara?

a)

harga kacang soya sahaja

b)

harga air kacang soya ditolak harga kacang soya

c)

harga kacang soya ditolak harga air kacang soya

d)

harga air kacang soya ditambah harga kacang soya

7.

Data keluaran negara Malaysia dapat menggambarkan perkara yang berikut, kecuali

a)

perubahan KNK per kapita

b)

perubahan struktur ekonomi

c)

perubahan prestasi sektor ekonomi

d)

perubahan corak agihan pendapatan

8.

Di Malaysia, nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar biasanya lebih tinggi daripada Keluaran Negara Kasar disebabkan

a)

pendapatan faktor bersih dari luar negeri adalah positif

b)

kewujudan banyak pelaburan asing dan buruh asing

c)

nilai eksport bersih adalah negatif

d)

kewujudan susut nilai

9.

Keluaran Negara Kasar (KNK) per kapita tidak memberikan gambaran yang tepat mengenai taraf hidup rakyat sesebuah negara disebabkan perkara yang berikut, kecuali

a)

tidak mengambil kira perubahan saiz penduduk

b)

tidak mengambil kira perbezaaan corak agihan pendapatan

c)

tidak mengambil kira komposisi KNK

d)

tidak mengambil kira masa rehat dan masa kerja

10.

Data pendapatan negara dapat digunakan untuk tujuan yang berikut, kecuali

a)

mengukur kadar pertumbuhan ekonomi

b)

menilai keluaran pelbagai sektor ekonomi

c)

menjadi petunjuk perubahan struktur ekonomi

d)

menilai kadar pertukaran asing bagi negara berkenaan

11.

Penghitungan pendapatan negara menjadi kurang tepat kerana

a)

nilai tambah digunakan dalam penghitungan

b)

nilai barang akhir dimasukkan dalam penghitungan

c)

bayaran pindahan tidak diambil kira dalam penghitungan

d)

terdapat kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang

12.

Apabila keluaran negara kasar (KNK) dihitung berdasarkan harga tahun asas, maka ini dikenali sebagai

a)

KNK benar

b)

KNK bersih

c)

KNK potensi

d)

KNK nominal

13.

Pada tahun 2014, keluaran negara kasar per kapita bagi negara Z ialah RM8000 dan jumlah penduduknya ialah 20juta orang, maka keluaran negara kasar negara itu pada tahun 2014 ialah

a)

RM1600juta

b)

RM8000juta

c)

RM160000juta

d)

RM200000juta

14.

Pembolehubah yang paling sesuai untuk mengukur pertumbuhan ekonomi sesebuah negara ialah

a)

keluaran negara kasar benar

b)

keluaran negara kasar nominal

c)

keluaran dalam negeri kasar benar

d)

keluaran dalam negari kasar nominal

15.

Yang berikut merupakan kelemahan dalam membandingkan taraf hidup melalui masa dengan menggunakan data pendapatan negara kecuali

a)

perbezaan saiz penduduk

b)

perbezaan agihan pendapatan

c)

perbezaan masa kerja dan masa rehat

d)

perbezaan tafsiran butiran pendapatan negara

16.

Yang manakah faktor yang membezakan Keluaran Negara Kasar nominal dengan Keluaran Negara Kasar benar?

a)

Pendapatan faktor bersih luar negeri

b)

Cukai tak langsung dan subsidi

c)

Indeks harga semasa

d)

Susutnilai

17.

Apabila berlaku peningkatan dalam kadar pertumbuhan ekonomi, ini tidak semestinya diikuti oleh peningkatan taraf hidup masyarakat sekiranya

a)

kadar bunga berkurang

b)

waktu bekerja bertambah

c)

kadar kelahiran berkurang

d)

agihan pendapatan saksama

18.

Pendapatan negara yang dihitung mengikut kaedah keluaran dan menggunakan nilai ditambah dapat

a)

menentukan perubahan mutu barang

b)

menentukan sumbangan pelbagai sektor ekonomi

c)

menentukan perubahan struktur ekonomi sesebuah negara

d)

membantu kerajaan membuat perancangan ekonomi

19.

Butiran berikut dihitung dalam Keluaran Negara Kasar mengikut kaedah perbelanjaan kecuali

a)

pembentukan modal tetap kasar swasta

b)

perbelanjaan penggunaan swasta

c)

perkhidmatan kerajaan

d)

perubahan inventori

20.

Keluaran Negara Kasar (KNK) lebih kecil daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dsebabkan

a)

PFbLN bernilai positif

b)

PFbLN bernilai negatif

c)

eksport melebihi import

d)

import melebihi eksport