NEW
Font size
WorksheetsBab 3:Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Pernyataan manakah yang benar tentang organisasi bermotifkan untung (OBU)?
Menjaga kebajikan ahli dan masyarakat
Memberikan perkhidmatan percuma kepada orang ramai
Didaftarkan di bawah Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia
Bermatlamat untuk memaksimumkan keuntungan dan memuaskan kehendak pemilik perniagaan
Penetapan objektif menjurus kepada peluang yang tidak mustahil untuk dicapai. Apakah ciri objektif tersebut?
Spesifik
Munasabah
Boleh dicapai
Boleh Diukur
Pernyataan manakah yang menerangkan tentang visi?
Ditetapkan oleh para pekerja
Perlu dicapai dalam tempoh kurang daripada lima tahun
Satu pernyataan tentang kewujudan sesuatu organisasi perniagaan
Objektif perlu ditetapkan terlebih dahulu sebelum visi organisasi
Antara yang berikut, manakah yang merupakan kos tetap pengeluaran?
I sewa kilang
II gaji pekerja
III bahan mentah
IV kos air dan elektrik
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah maksud pertumbuhan perniagaan?
Pemilik mengubah lokasi perniagaan
Pemilik menambah bilangan pekerja
Hasil yang diterima pada setiap tahun adalah sama
Hasil yang meningkat dari semasa ke semasa
Pernyataan manakah yang benar mengenai daya saing?
Perniagaan memaksimumkan keuntungan
Perniagaan mampu mengekalkan operasi perniagaan
Perniagaan menikmati kedudukan kewangan yang stabil
Perniagaan mampu mengiklankan produk secara besar-besaran
Antara yang berikut, manakah faktor penting yang menunjukkan kemampuan perniagaan bertahan dalam industri?
I Jaringan
II Kewangan
III Undnag-undang
IV Sumber manusia
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Apakah peranan pihak pengurusan peringkat atasan?
mengetuai unit yang terdapat dalam perniagaan
mengetahui sumber-sumber organisasi
mengetuai operasi keseluruhan organisasi sesebuah perniagaan
bertanggungjawab melaksanakan aktiviti yang khusus
Siapakah yang berada pada peringkat pengurusan pertengahan?
penyelia jualan
pengarah urusan
pengurus pemasaran
ketua pegawai eksekutif
Apakah matlamat utama perniagaan menguasai syer pasaran?
dapat menarik lebih ramai pekerja
dapat meraih keuntungan yang besar
dapat meluaskan strategi pengiklanan
dapat mengekalkan kesetiaan pengguna
