Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERANAN SISTEM ENDOKRIN

Total questions: 32

Worksheet time: 35mins

Name
Class
Date
1.

Namakan sistem yang terlibat dalam koordinasi yang melibatkan bahan kimia yang dirembes untuk mengawal atur semua proses fisiologi tubuh.

a)

Sistem saraf

b)

Sistem endokrin

c)

Sistem integumen

d)

Sistem limfa

2.

Bahan kimia yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin yang boleh merangsang organ sasaran untuk bergerakbalas dikenali sebagai ................

a)

hormon

b)

plasma

c)

antibodi

d)

serum

3.

Antara berikut, yang manakah BUKAN ciri sistem endokrin?

a)

Kelenjar endokrin tanpa duktus

b)

Hormon meresap secara langsung ke darah

c)

Merangsang organ sasaran untuk gerak balas

d)

Efektor melakukan gerakbalas segera

4.

Apakah kepentingan-kepentingan sistem endokrin kepada tubuh?

a)

Pelengkap kepada sistem saraf

b)

Kesan gerak balas lebih lama

c)

Mengawal kadar pernafasan

d)

Perkembangan sistem pembiakan

e)

Gerakbalas pantas secara refleks

5.

Antara berikut, yang manakah BUKAN kelenjar endokrin?

a)

Tiroid

b)

Hipotalamus

c)

Pituitari

d)

Nodus limfa

e)

Ovari

6.

Antara berikut, hormon yang manakah TIDAK dirembeskan oleh kelenjar pituitari anterior?

a)

ADH

b)

FSH

c)

ACTH

d)

LH

e)

TSH

7.

Kelenjar endokrin yang boleh merembeskan hormon yang merangsang kelenjar endokrin lain untuk menghasilkan hormon dikenali sebagai kelenjar ..................

a)

utama

b)

major

c)

spesifik

d)

umum

8.

Hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari untuk menggalakkan penyerapan semula air di ginjal semasa badan kekurangan air.

a)

ADH

b)

TSH

c)

ACTH

d)

Prolaktin

9.

Hormon ini merangsang kelenjar tiroid untuk merembeskan hormon tiroksina.

a)

Hormon Antidiuresis (ADH)

b)

Hormon perangsang tiroid (TSH)

c)

Hormon adrenokortikotrof (ACTH)

d)

Hormon peluteinan (LH)

10.

Hormon ini merangsang perkembangan folikel di ovari (organ sasaran).

a)

Progesteron

b)

Hormon peluteinan (LH)

c)

Hormon perangsang folikel (FSH)

d)

Estrogen

11.

Hormon ini merangsang proses ovulasi (pembebasan ovum) daripada ovari.

a)

Hormon perangsan folikel (FSH)

b)

Progesteron

c)

Estrogen

d)

Peluteinan (LH)

12.

Merangsang pertumbuhan manusia dan sintesis protein.

a)

Hormon pertumbuhan (GH)

b)

Hormon oksitosin

c)

Hormon testosteron

d)

Hormon tiroksina

13.

Merangsang kelenjar mamari untuk penghasilan susu ibu.

a)

Estrogen

b)

Prolaktin

c)

Peluteinan

d)

Oksitosin

14.

Merangsang pengecutan uterus semasa melahirkan anak.

a)

Prolaktin

b)

Progesteron

c)

Peluteinan

d)

Oksitosin

15.

Meningkatkan kadar metabolisme, perkembangan mental dan haba dalam badan.

a)

Adrenalina

b)

Tiroksina

c)

TSH

d)

ACTH

16.

Dirembeskan oleh bahagian medula kelenjar adrenal ketika kecemasan. Meningkatkan kadar denyutan jantung, tekanan darah dan aras gula dalam darah.

a)

Adrenalina

b)

Tiroksina

c)

Aldosteron

d)

Glukagon

17.

Bahagian korteks kelenjar adrenal merembeskan hormon ................... untuk menggalakkan penyerapan semula garam di ginjal bagi meningkatkan kepekatan darah yang cair.

a)

Adrenalina

b)

Aldosteron

c)

Testosteron

d)

Kortisol

18.

Kelompok sel Langerhans di pankreas merembeskan hormon ini dengan banyak selepas makan karbohidrat yang banyak.

a)

Insulin

b)

Glukagon

c)

Hormon antidiuretik

d)

Hormon pertumbuhan

19.

Merangsang pertukaran glikogen kepada glukosa di hati untuk meningkatkan aras gula darah ketika berpuasa.

a)

Adrenalina

b)

Insulin

c)

Glukagon

d)

Aldosteron

20.

Memperbaiki dinding uterus yang luluh selepas haid berlaku.

a)

Estrogen

b)

Progesteron

c)

Peluteinan (LH)

d)

Hormon perangsang folikel (FSH)

21.

Mengekalkan ketebalan dinding uterus bagi penempelan embrio berlaku.

a)

LH

b)

Estrogen

c)

FSH

d)

Progesteron

22.

Merangsang pembentukan sperma dan perkembangan siri seksual sekunder lelaki.

a)

Estrogen

b)

Testosteron

c)

Prolaktin (PRL)

d)

Oksitosin

23.

Antara berikut, yang manakah kenyataan-kenyataan yang BENAR?

a)

Rembesan hormon boleh dikawal atur oleh bahan tertentu dalam darah

b)

Sesetengah kelenjar endokrin dikawal oleh sistem saraf

c)

Hormon adrenalina tidak bekerjasama dengan sistem saraf

d)

Hormon yang berlebihan dalam tubuh boleh mendatangkan kebaikan

24.

Antara berikut, yang manakah BUKAN punca seseorang mendapat goiter?

a)

Kurang iodin

b)

Bengkak pada leher

c)

Kurang hormon tiroksina

d)

Mudah berpeluh

25.

Apakah punca-punca penyakit tersebut?

a)

Hormon pertumbuhan berlebihan

b)

Berlebihan hormon tiroksina

c)

Kadar petumbuhan yang terlalu pesat

d)

Pengambilan kalsium berlebihan

26.

Antara berikut, yang manakah TIDAK menerangkan penyakit hipertiroidisme?

a)

Berlebihan hormon tiroksina

b)

Kadar metabolisme yang tinggi

c)

Berdebar-berdebar dan berpeluh

d)

Pertumbuhan terbantut

27.

Apakah persamaan antara kekurangan hormon tiroksina dan hormon pertumbuhan pada kanak-kanak?

a)

Pertumbuhan pesat

b)

Metabolisme badan meningkat

c)

Pertumbuhan terbantut

d)

Kadar denyutan jantung berkurang

28.

Apakah hormon yang berlebihan jika berlakunya pengumpulan air dalam badan yang menyebabkan edema (bengkak).

a)

Antidiuretik (ADH)

b)

Aldosteron

c)

Oksitosin

d)

Prolaktin

29.

Simptom: Kekurangan hormon ADH, kerap buang air kecil dan kehilangan air dalam tubuh (Dehidrasi). Apakah penyakit ini?

a)

Diabetes melitus

b)

Diabetes insipidus

c)

Edema

d)

Kretinisme

30.

Simptom : Kerap kencing waktu malam, glukosa berlebihan dalam darah dan terdapat glukosa dalam urin. Apakah penyakit ini?

a)

Diabetes insipidus

b)

Diabetes melitus

c)

Edema

d)

Kretinisme

31.

Antara berikut, yang manakah contoh rawatan untuk penyakit diabetes melitus?

a)

Pil glukagon

b)

Mengurangkan pengambilan makanan

c)

Suntikan insulin

d)

Suntikan FSH

32.

Kekurangan hormon tiroksina pada kanak-kanak menyebabkan pertumbuhan mental dan fizikal terbantut. Namakan penyakit ini.

a)

Akromegali

b)

Kretinisme

c)

Kekerdilan

d)

Talasemia