Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM Test 3: Sinonim

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Pilih sinonim sesuai untuk perkataan berwarna.


Bunga mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang mekar.

a)

layu

b)

hidup

c)

kuncup

d)

kembang

2.

Pilih sinonim sesuai untuk perkataan berwarna.


Puan Hasnah merupakan seorang wanita yang tabah menghadapi dugaan.

a)

kuat

b)

berani

c)

gentar

d)

kasar

3.

Pilih sinonim sesuai untuk perkataan berwarna.


Ketika fajar menyinsing, kedengaran bunyi kicauan burung dan kokokan ayam dari desa itu.

a)

petang

b)

senja

c)

malam

d)

subuh

4.

Pilih sinonim sesuai untuk perkataan berwarna.


Hasnul tidak dapat tidur nyenyak semalam kerana diganggu nyamuk.

a)

leka

b)

lena

c)

mudah

d)

selesa

5.

Pilih sinonim sesuai untuk perkataan berwarna.


Kucing ialah binatang yang boleh melihat dengan terang pada waktu malam.

a)

sepi

b)

nyata

c)

jelas

d)

kabur

6.

Pilih sinonim sesuai untuk perkataan berwarna.


Pasar malam menjadi sunyi apabila malam semakin larut.

a)

ruih

b)

hiba

c)

tenang

d)

lengang

7.

Pilih sinonim sesuai untuk perkataan berwarna.


Keluarga Khalid memberi dorongan kepadanya untuk berjaya.

a)

sumbangan

b)

cadangan

c)

hasutan

d)

galakan

8.

Pilih sinonim sesuai untuk perkataan berwarna.


Encik Jamali menunaikan amanat datuk dengan sebaik-baiknya.

a)

wasiat

b)

arahan

c)

utusan

d)

siasatan

9.

Pilih sinonim sesuai untuk perkataan berwarna.


Makcik Zainab memukul ular yang melulur anak ayamnya petang semalam.

a)

menelan

b)

mematuk

c)

memakan

d)

memagut

10.

Pilih sinonim sesuai untuk perkataan berwarna.


Adik Suhaila fasih berbahasa Inggeris sejak dia berumur sepuluh tahun.

a)

laju

b)

yakin

c)

tegas

d)

petah

11.

Pilih sinonim sesuai untuk perkataan berwarna.


Puan Zaiton amat risau akan penyakit yang dihidapi oleh anaknya.

a)

takut

b)

sedih

c)

khuatir

d)

hampa

12.

Pilih sinonim sesuai untuk perkataan berwarna.


Encik Hamidi menyampaikan pendapatnya dengan suara yang lantang dalam mesyuarat itu.

a)

kuat

b)

ragu

c)

cepat

d)

hebat

13.

Pilih sinonim sesuai untuk perkataan berwarna.


Cik Salina sedang menanam pokok bunga di halaman rumahnya.

a)

anjung

b)

perkarangan

c)

belakang

d)

serambi

14.

Pilih sinonim sesuai untuk perkataan berwarna.


Ayah mengherdik adik kerana bermain di tempat kotor.

a)

memujuk

b)

mengusir

c)

membentak

d)

menyanjung

15.

Pilih sinonim sesuai untuk perkataan berwarna.


Ruhaninie berasa hampa apabila permohonannya memasuki universiti ditolak.

a)

malu

b)

sedih

c)

kecewa

d)

terkilan

16.

Pilih sinonim sesuai untuk perkataan berwarna.


Logan membantai kucing hitam itu dengan sebatang penyapu.

a)

menghentak

b)

memukul

c)

mengetuk

d)

menghentam

17.

Pilih sinonim sesuai untuk perkataan berwarna.


"Tolong alihkan kerusi itu ke tepi,"kata Siew Teng kepada adiknya.

a)

tukarkan

b)

gantikan

c)

ubahkan

d)

buangkan

18.

Pilih sinonim sesuai untuk perkataan berwarna.


Encik Abdullah sekeluarga akan berhijrah ke Sabah pada bulan hadapan.

a)

beralih

b)

berpindah

c)

bertandang

d)

berangkat

19.

Pilih sinonim sesuai untuk perkataan berwarna.


Saya sering makan di resotran itu kerana masakannya sedap belaka.

a)

selalu

b)

jarang

c)

kadang-kadang

d)

sesekali

20.

Pilih sinonim sesuai untuk perkataan berwarna.


Kami menikmati panorama indah di Pulau Tioman itu ketika berkunjung ke sana pada hujung tahun lepas.

a)

mendapati

b)

menggemari

c)

menghayati

d)

mengingati

21.

Pilih sinonim sesuai untuk perkataan berwarna.


Tok Wan sedang mengutip buah-buah durian yang gugur malam tadi.

a)

menghimpun

b)

melonggok

c)

menyimpan

d)

memungut

22.

Pilih sinonim sesuai untuk perkataan berwarna.


"Air Sungai Kerian telah mencecah ke paras bahaya," kata ketua kampung.

a)

tiba

b)

tepat

c)

dekat

d)

sampai

23.

Pilih sinonim sesuai untuk perkataan berwarna.


"Kalau tiada aral, saya akan ke rumah Pak Long minggu depan," kata Fauzan.

a)

urusan

b)

halangan

c)

sekatan

d)

bantahan

24.

Pilih sinonim sesuai untuk perkataan berwarna.


Kamal terus turun ke tanah dan menuntun neneknya ke tangga dapur.

a)

menghela

b)

memimpin

c)

mengheret

d)

memegang

25.

Pilih sinonim sesuai untuk perkataan berwarna.


Walaupun Shafizan seorang murid yang pandai tetapi dia tidak sombong.

a)

cerdik

b)

cantik

c)

berjaya

d)

rajin