NEW
Font size
WorksheetsPrinsip-Prinsip Penterjemahan
Total questions: 20
Worksheet time: 17mins
Siapakah tokoh yang mengutamakan MAKNA dan GAYA dalam sesebuah terjemahan teks?
Catford (1965)
Eugene A.Nida (1969)
Puteri Roslina Abdul Wahid (2007)
Newmark (1981)
Secara umumnya, proses terjemahan berkisar kepada proses memindahkan warta daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran dengan persamaan terdekat atau bersahaja.
Berikut merupakan aspek utama yang perlu dititikberatkan semasa terjemahan KECUALI
Gaya atau bentuk
Mengekalkan misteri sesuatu bahasa
Idea karya asal hendaklah dikemukakan dengan sepenuhnya
Semantik
Berapakah aspek yang perlu diberi perhatian sebelum menterjemah sesuatu teks dan menjadi seorang penterjemah yang baik?
2
8
5
6
Mengapakah seseorang penterjemah yang baik perlu mempunyai pengetahuan budaya bahasa asal dan budaya bahasa terjemahan?
Membantu membezakan maksud sebenar teks asal
Mengaplikasikan cara penterjemahan yang tepat
Nilai budaya sesuatu bangsa berbeza
Bersikap terbuka terhadap teks yang diterjemahkan
"Membaca dan memahami kandungan teks yang hendak diterjemah hingga tamat sekurang-kurangnya dua kali"
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah proses terjemahan yang terlibat?
Menganalisis Teks
Menstruktur Semula
Memindahkan Warta
Menyemak Semula Teks Terjemahan
Proses menganalisis teks sumber, memindah warta dan menstruktur semula dalam bahasa sasaran dikemukakan oleh siapa?
Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2001)
Eugene A.Nida (1969)
Nida & Taber (1969)
Alexender Fraser Tytler (1970)
Pada tahun 1680, Dryden telah mengemukakan tiga (3) jenis terjemahan. Berdasarkan contoh di bawah, apakah jenis terjemahan tersebut?
ST : Sudah puas saya mencari awak di merata tempat.
TT : I've been looking for you high and low.
Tiruan
Parafrasa
Metafrasa
Persamaan
Alexender Fraser Tytler (1970) telah mengemukakan teknik-teknik moden yang dapat digunakan hingga ke hari ini. Apakah teknik moden tersebut?
Persamaan Terdekat dan Bersahaja
Peniruan Penyampaian dan Struktur
Penambahan dan Pengguguran
Pengembangan
Konsep padanan atau persamaan makna diperkenalkan oleh Nida (1964) melalui konsep terjemahan dinamik.
ST: He died last year.
TT: Dia meninggal dunia tahun lalu.
Berdasarkan contoh yang diberikan, apakah kelompok atau konsep padanan makna yang sesuai untuk pernyataan tersebut?
Satu lawan banyak
Banyak lawan satu
Satu lawan satu
Satu lawan kosong
Berikut merupakan tugas awal Pejabat Karang Mengarang (PKM) KECUALI
Menghasilkan buku-buku agama
Memberikan latihan kemahiran dalam bidang penterjemahan
Menyelenggara percetakan karya terjemahan
Menyunting buku pelajaran
Kaedah ini menumpukan aspek persamaan bentuk teks terjemahan dengan teks asal. Kaedah ini dikenali sebagai ......
Kaedah Terjemahan Dinamik
Kaedah Terjemahan Formal
Kaedah Terjemahan Persamaan
Mengapakah pinjaman berlaku dalam sesuatu bahasa?
Mempunyai padanan yang sesuai
Konsep/istilah tertentu tidak wujud dalam bahasa terjemahan
Tidak mahu kekalkan gaya penulisan asal
ST : Blood is thicker than water.
TT : Air yang dicincang tidak akan putus.
Berdasarkan teks di atas, apakah kaedah terjemahan yang tepat untuk menterjemah teks tersebut?
Kaedah Modulasi
Kaedah Persamaan
Kaedah Adaptasi
Kaedah Padanan Fungsian
Kaedah ini merupakan kaedah terjemahan paling bebas. Kaedah ini boleh mengubah struktur dan makna teks. Kaedah ini perlu disesuaikan dengan budaya sasaran bagi tujuan menghormati. Apakah nama kaedah terjemahan dinamik ini?
Kaedah Adaptasi
Kaedah Pengembangan
Kaedah Generalisasi
Kaedah Modulasi
ST: Pekan Kajang masyhur dengan Sate.
TT: Kajang Town is well known for Satay (a type of local food).
Kaedah apa yang digunakan untuk menterjemah teks tersebut dari bahasa sumber ke bahasa sasaran?
Kaedah Lliteral
Kaedah Penambahan
Kaedah Pengembangan Sisipan
Kaedah Transposisi
ST: An apple never fall far from the tree
TT: Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
Nyatakan kaedah terjemahan yang digunakan dalam teks di atas.
Kaedah Modulasi
Kaedah Padanan Fungsian
Kaedah Persamaan Terdekat
Kaedah Peniruan
ST : For example, the king is the symbol of the state, as well as a sign of Malay political hegemony.
TT : Sebagai contoh, Yang di-Pertuan Agong merupakan simbol negara, serta tanda hegemoni politik Melayu.
Berdasarkan teks di atas, perkataan the king telah diterjemahan kepada Yang di-Pertuan Agong, nyatakan kaedah terjemahan yang digunakan untuk menterjemah perkataan tersebut.
Kaedah Penambahan
Kaedah Peniruan Struktur
Kaedah Adaptasi
Kaedah Persamaan
Kaedah ini bertujuan mengelakkan teks terjemahan terlampau terikat dengan struktur teks sumber. Apakah nama kaedah terjemahan ini?
Kaedah Transposisi
Kaedah Adaptasi
Kaedah Penambahan
Kaedah Pengguguran
Terjemahan teks dilakukan dengan menjadikan makna terjemahan lebih khusus kepada tidak khusus.
Contohnya:
ST : .............bus, taxi and train................
TT : .............pengangkutan awam..........
Apakah nama kaedah terjemahan ini?
Kaedah Pengguguran
Kaedah Generalisasi
Kaedah Transposisi
Kaedah Penggantian
"Kaedah ini bertujuan menyampaikan warta dengan gaya bersahaja dan mudah difahami. Kaedah ini boleh mewujudkan variasi positif dan negatif dalam mesej yang diperolehi daripada pandangan makna yang berbeza."
Apakah kaedah terjemahan yang tepat berdasarkan pernyataan di atas?
Kaedah Transposisi
Kaedah Pengembangan Sisipan
Kaedah Modulasi
Kaedah Padanan Fungsian
