WorksheetsREVISION CHAPTER 5&6 BBM422
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Menurut Nida & Taber (1969), Model Proses Penterjemahan yang diperkenalkan oleh mereka melibatkan 3 proses kecuali________
Menganalisis
Pemindahan warta
Menstruktur semula
Penyuntingan
Semasa proses ______________, penterjemah perlu meneliti struktur permukaan teks, analisis dari segi hubungan tatabahasa kata-kata tertentu. penterjemah harus membaca teks sekurang-kurangnya dua kali.
Pemindahan Warta
Menganalisis Teks
Menstruktur Semula
Penyemakan Semula
Dalam proses ________, penterjemah perlu memastikan bahawa gaya bahasa yang digunakan hendaklah memudahkan pembaca memahami terjemahan supaya struktur cerita cepat difahami dan tidak membosankan. Penterjemah perlu dengan tepat menstruktur warta dalam lenggok bahasa penerima
Menstruktur semula
Penyemakan semula
Penyalinan semula
Analisis teks
Pada tahap ini, maklumat dan maksud yang diperoleh dalam proses analisis dipindahkan ke bahasa sasaran. Kata-kata dipadukan secara bermakna mengikut kelaziman yang terdapat dalam bahasa penerima setelah dibuat penyesuaian makna dan penyesuaian struktur. Apakah proses ini?
Analisis teks
Pemindahan warta
Penyalinan semula
Penyemakan semula
Konsep padanan atau persamaan makna diperkenalkan oleh Nida (1964) melalui konsep terjemahan dinamik.
ST: He died last year.
TT: Dia meninggal dunia tahun lalu.
Berdasarkan contoh yang diberikan, apakah kelompok atau konsep padanan makna yang sesuai untuk pernyataan tersebut?
Satu lawan banyak
Satu lawan satu
Banyak lawan satu
Satu lawan kosong
Prosedur ini merangkumi dua pendekatan lain iaitu persamaan fungsian dan persamaan deskriptif. Apakah nama prosedur terjemahan yang dikemukakan oleh Newmark ini?
Naturalisasi
Analisis komponen
Neutralisasi
Persamaan budaya
ST: Technology
TT: Teknologi
Nyatakan prosedur terjemahan yang digunakan dalam contoh teks di atas.
Naturalisasi
Pemindahan
Terjemahan literal
Neutralisasi
ST: ....bas, teksi, kereta api, komuter....
TT: .....public transportations.....
Berdasarkan teks di atas, berlaku proses mengeneralisasi kata dalam teks sumber dan telah diterjemahkan ke dalam teks sasaran dengan menjadikannya istilah tersebut lebih umum. Apakah prosedur terjemahan Newmark yang digunakan untuk terjemahkan teks di atas?
Transposisi
Neutralisasi (Persamaan Fungsian)
Neutralisasi (Persamaan Deskriptif)
Pengklasifikasi
Prosedur terjemahan ini merupakan proses menggantikan perkataan budaya bahasa sumber dengan perkataan budaya bahasa sasaran. Ia dianggap sebagai terjemahan hampir. Contohnya, pajamas party diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai parti bermalam. Apakah nama prosedur terjemahan ini?
Persamaan fungsian
Pemindahan
Persamaan budaya
Parafrasa
ST: Pekan Kajang masyhur dengan Sate.
TT: Kajang Town is well known for Satay (a type of local food).
Prosedur terjemahan apa yang digunakan untuk menterjemah teks tersebut dari bahasa sumber ke bahasa sasaran?
pengembangan
persamaan budaya
nota, maklumat tambahan dan glos
terjemahan literal
Lazimnya prosedur ini digunakan dalam menterjemahkan perkataan yang mempunyai unsur budaya. Ia boleh menggabungkan dua, tiga atau empat prosedur terjemahan bagi menterjemah sesuatu perkatan bahasa sumber.
Apakah nama prosedur terjemahan ini?
Kuplet
Pengklasifikasi
Persamaan budaya
Naturalisasi
ST: Beras, nasi, pulut
TT: Rice
Konsep padanan atau persamaan makna diperkenalkan oleh Nida pada tahun (1964) melalui konsep terjemahan dinamik. Apakah konsep padanan dalam teks di atas?
Banyak lawan banyak
Satu lawan banyak
Banyak lawan satu
Satu lawan satu
Proses menganalisis teks sumber, memindah warta dan menstruktur semula dalam bahasa sasaran dikemukakan oleh siapa?
Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2001)
Eugene A.Nida (1969)
Nida & Taber (1969)
Alexender Fraser Tytler (1970)
Perkataan yang mempunyai satu perkataan dalam ST, banyak padanan makna dalam TT
padanan satu lawan satu
padanan satu lawan banyak
padanan banyak lawan satu
padanan satu lawan kosong
Sesuatu istilah umum yang ditambah oleh penterjemah untuk menerangkan istilah tertentu. Apakah nama prosedur terjemahan ini?
Prosedur neutralisasi (persamaan fungsian)
Prosedur pengembangan
Prosedur Pengklasifikasi
Prosedur Parafrasa
