wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengajian Am 900/2 Kuiz dasar

Total questions: 55

Worksheet time: 55mins

Name
Class
Date
1.

Pilih 3 petunjuk negara maju dan sejahtera.

a)

Sumber alam dimanfaatkan sepenuhnya.

b)

Dapat mengatasi masalah pengangguran.

c)

Tingkat pendidikan tinggi.

d)

Tingkat kesihatan tinggi.

e)

Kemudahan telekomunikasi yang moden dan mencukupi.

2.

Pilih 3 langkah mengatasi masalah kependudukan untuk mencapai negara maju.

a)

Meningkatkan kualiti dan produktiviti penduduk.

b)

Meningkatkan pendapatan perkapita penduduk.

c)

Menyediakan prasarana yang mencukupi untuk penduduk.

d)

Menaikkan had gaji minimum.

e)

Memperbanyak peluang pekerjaan.

3.

Pilih 2 langkah membina negara maju dan sejahtera.

a)

Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi.

b)

Mencipta satu masyarakat yang adil.

c)

Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial.

d)

Meningkatkan sumber daya manusia.

4.

Pilih 3 prasarana yang perlu ditambah baik bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat.

a)

Perumahan

b)

Kesihatan

c)

Teknologi dan maklumat

d)

Perindustrian

e)

Kawasan tadahan air.

5.

Pilih 3 komponen yang diambil kira dalam Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM)

a)

Pendidikan

b)

Pengangkutan dan komunikasi

c)

Kebudayaan dan perfileman

d)

Pengangkutan dan komunikasi

e)

Pendapatan dan gaji minimum

6.

Pilih 3 langkah kerajaan untuk meningkatkan prasarana kesihatan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara maju.

a)

Mendapatkan bekalan ubatan yang lebih mahal dan berkualiti.

b)

Menambahkan jumlah kemudahan kesihatan

c)

Meningkat peruntukan untuk prasarana kesihatan

d)

Menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan

e)

Menggalakkan masyarakat mengambil perlindungan insurans dan takaful.

7.

Pilih 3 faedah yang akan dinikmati apabila negara mencapai status negara maju.

a)

Tingkat KDNK yang tinggi

b)

Ekonomi yang lebih mapan

c)

Kadar kemiskinan rendah

d)

Ekonomi yang berdaya saing.

e)

Terbentuknya modal insan kelas pertama

8.

Pilih 3 kepentingan negara maju dan sejahtera kepada rakyat.

a)

Memberikan kehidupan rakyat yang selesa.

b)

Memberikan subsidi yang banyak kepada rakyat.

c)

Memberikan kehidupan yang aman / harmoni.

d)

Meningkatkan kadar celik IT dalam kalangan rakyat.

e)

Meningkatkan taraf hidup rakyat.

9.

Pilih 3 kepentingan membina negara maju dan sejahtera.

a)

Mensejahterakan dan membahagiakan rakyat

b)

Meningkatkan jangka hayat rakyat

c)

Meningkatkan keupayaan sains dan teknologi

d)

Menyaingi ekonomi negara maju

e)

Mempunyai industri halal yang diiktiraf dunia.

10.

Pilih 3 pernyataan yang benar mengenai Rukun Negara.

a)

Hasil daripada perbincangan Majlis Perundingan Negara [MPN]

b)

Diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Y.A.B Tun Abdul Razak.

c)

Menggariskan lima prinsip Rukun Negara

d)

Menjadi satu doktrin untuk mencapai kemajuan bagi semua kaum.

e)

Rukun Negara ialah visi merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama.

11.

Pilih 3 cara yang perlu dilakukan ke arah meningkatkan kesedaran untuk menghayati pinsip Rukun Negara.

a)

Melalui pendidikan

b)

Melalui Kelab Rukun Tetangga

c)

Melalui NGO

d)

Melalui peranan ibu bapa

e)

Melalui media massa

12.

Prinsip Kelima Rukun Negara: Kesopanan dan Kesusilaan


Pilih 3 kesan jika prinsip di atas tidak dipupuk dalam diri rakyat Malaysia.

a)

Hilangnya perasaan malu

b)

Peningkatan kadar jenayah

c)

Berleluasanya pergaulan bebas

d)

Meruntuhkan nilai moral

e)

Peningkatan kadar masalah kesihatan

13.

Prinsip Rukun Negara: Kepercayaan kepada Tuhan


Pilih 3 kesan kepada negara sekiranya rakyat Malaysia sentiasa mengamalkan prinsip tersebut.

a)

Mengukuhkan modal insan negara

b)

Mengukuhkan kemajuan negara selaras dengan aspek agama.

c)

Menstabilkan politik negara

d)

Meningkatkan integrasi dan perpaduan tanpa mengira perbezaan agama

e)

Mengekalkan keamanan dan ketenteraman negara

14.

Pilih 3 cabaran bagi merealisasikan Prinsip Rukun Negara.

a)

Membendung penyebaran ajaran sesat.

b)

Mengatasi masalah pergaduhan kaum.

c)

Mendaulatkan institusi raja-raja

d)

Melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika

e)

Memastikan kontrak sosial terus dipatuhi

15.

Pilih 3 cara rakyat Malaysia dapat menerapkan prinsip Keluhuran Perlembagaan dalam Rukun Negara dalam kehidupan harian.

a)

Rakyat hendaklah memahami latar belakang pembentukan Perlembagaan Malaysia

b)

Rakyat perlu merujuk kepada perlembagaan untuk menyelesaikan pertikaian

c)

Rakyat perlu mempertahankan perlembagaan supaya tidak dipinda atau dimansuhkan.

d)

Rakyat mestilah mematuhi peruntukan perlembagaan

e)

Rakyat mesti sentiasa mempertahankan kerajaan yang dipilih sah mengikut perlembagaan.

16.

Pilih 2 langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk memperkukuh penghayatan prinsip Rukun Negara dalam kalangan generasi muda.

a)

Meningkatkan kesedaran masyarakat melalui media massa.

b)

Menubuhkan Kelab Rukun Negara di peringkat sekolah

c)

Menubuhkan Sekretariat Rukun Negara di peringkat universiti.

d)

Mewajibkan penubuhan Kelab Rukun Tetangga di setiap kampung atau taman.

17.

Pilih 3 kesan pengamalan prinsip Rukun Negara yang pertama kepada masyarakat.

a)

Melahirkan masyarakat yang saling menghormati walaupun berbeza agama

b)

Mewujudkan perpaduan antara penganut agama.

c)

Mewujudkan masyarakat yang berpegang teguh kepada nilai-nilai agama

d)

Meningkatkan kefahaman antara masyarakat walaupun berbeza anutan agama.

e)

Membentuk masyarakat yang mempunyai jati diri yang menolak ajaran agama yang songsang / sesat

18.

Kepercayaan kepada Tuhan merupakan prinsip Rukun Negara yang pertama. Bagaimana prinsip ini dapat membentuk peribadi masyarakat?


Pilih 3 jawapan betul.

a)

Menjadi benteng daripada tingkah laku yang negatif

b)

Memberi kekuatan untuk bersabar dalam melakukan sebarang tindakan

c)

Melatih masyarakat supaya sentiasa bersyukur

d)

Membentuk keperibadian masyarakat berteraskan ajaran agama.

e)

Menyemai nilai-nilai murni yang membentuk keperibadian positif.

19.

Pilih 3 objektif penggubalan Rukun Negara.

a)

Untuk membina sebuah masyarakat agresif dengan menggunakan sains dan teknologi.

b)

Untuk mencipta satu masyarakat yang adil

c)

Untuk membentuk satu sikap yang sekular terhadap tradisi kebudayaan.

d)

Untuk mencapai perpaduan lebih erat

e)

Untuk memelihara cara hidup demokratik

20.

Banyak kesan berlaku apabila prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan dalam Rukun Negara kurang dihayati dalam kalangan masyarakat.


Pilih 3 kesan yang betul.

a)

Keharmonian hidup rakyat terjejas

b)

Meruntuhkan jati diri rakyat

c)

Menjejaskan proses pembangunan negara

d)

Berlakunya rusuhan kaum.

e)

Meningkatnya kadar jenayah.

21.

Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur


Pilih 3 kesan sekiranya cabaran di atas tidak dapat ditangani oleh kerajaan dan rakyat Malaysia.

a)

Meningkatkan prasangka antara kaum

b)

Menjejaskan kesedaran masyarakat

c)

Menggugat kestabilan politik

d)

Mengubah masyarakat menjadi sekular.

e)

Menjejaskan imej negara

22.

Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, iaitu warganegaranya kukuh dalam nilai agama, kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi.


Pilih 2 strategi kerajaan untuk menghadapi cabaran di atas dalam merealisasikan Wawasan 2020.

a)

Mewajibkan rakyat mengamalkan prinsip Rukun Negara

b)

Mewujudkan mata pelajaran Wawasan 2020 dan Rukun Negara di sekolah.

c)

Meningkatkan kesedaran masyarakat

d)

Menguatkuasakan undang-undang

23.

Pilih 3 usaha rakyat untuk memakmurkan masyarakat yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

a)

Mewujudkan daya keusahawanan yang tinggi.

b)

Menggunakan teknologi tinggi

c)

Melaksanakan tanggungjawab sosial

d)

Mendapatkan pinjaman modal yang besar daripada bank.

e)

Bergantung harap kepada bantuan dan subsidi kerajaan.

24.

Wawasan 2020 bertujuan menjadikan Malaysia negara maju dengan caranya tersendiri


Pilih 3 petunjuk negara maju yang mahu dicapai oleh Malaysia.

a)

Tingkat dan kualiti hidup masyarakat tinggi

b)

Tiada pengangguran dalam kalangan masyarakat.

c)

Kemudahan prasarana yang moden dan mencukupi.

d)

Kebanyakan eksport adalah hasil industri dan perkhidmatan.

e)

Subsidi kerajaan tidak lagi diperlukan kerana tingkat hidup rakyat tinggi.

25.

Pilih 3 langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menjadikan negara maju dan sejahtera pada tahun 2020.

a)

Membina ekonomi berasaskan pengetahuan

b)

Meningkatkan modal insan

c)

Membina banyak kawasan perindustrian berteknologi tinggi.

d)

Meningkatkan hasil eksport negara dalam bidang perindustrian.

e)

Mewujudkan kestabilan sosial, ekonomi dan politik

26.

Wawasan 2020 menggariskan sembilan cabaran yang perlu diatasi adalah untuk menangani isu yang dihadapi oleh negara dalam hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020 nanti.


Pilih 3 isu yang dihadapi oleh negara.

a)

Pembentukan satu negara bangsa Malaysia

b)

Negara Perindustrian

c)

Moral dan etika

d)

Kepentingan nilai kekeluargaan

e)

Pengaplikasian sains dan teknologi.

27.

Pilih 3 sebab kerajaan membentuk dasar awam.

a)

Meningkatkan kecekapan dan produktiviti

b)

Meningkatkan kualiti hidup rakyat.

c)

Mengatasi masalah atau krisis

d)

Melaksanakan penghematan dalam perbelanjaan.

e)

Menyedarkan orang ramai mengenai perlunya sesuatu amalan baik dipraktikkan

28.

Pilih 3 teras strategik Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020).

a)

Mengintegrasikan teknologi hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan

b)

Membina infrastruktur moden dan mewah bagi menyokong pertumbuhan ekonomi

c)

Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama

d)

Meningkatkan kesejahteraan rakyat

e)

Meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju

29.

Pilih 3 tonggak Model Baru Ekonomi.

a)

NKEA

b)

Program Transformasi Kerajaan (PTK)

c)

Program Transformasi Ekonomi (PTE)

d)

NKRA

e)

Rancangan Malaysia Kesepuluh RMK-10

30.

Pilih 3 inisiatif pembaharuan strategik Model Baru Ekonomi (MBE).

a)

Menyubur peranan sektor swasta menerajui pertumbuhan ekonomi

b)

Mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing

c)

Membina infrastruktur berasaskan perindustrian

d)

Memperkukuhkan sektor awam

e)

Mewujudkan ekonomi global yang berdaya saing

31.

Pilih 4 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang dikenalpasti menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

a)

Greater Kuala Lumpur / Lembah Klang

b)

Insurans dan takaful

c)

Minyak, Gas dan Tenaga

d)

Perkhidmatan Kewangan

e)

Elektrik dan Elektronik

32.

Pilih 3 strategi untuk menjayakan Dasar Sains Dan Teknologi Nasional ke-2.

a)

Meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan.

b)

Mengkomersil hasil penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains dan teknologi.

c)

Membangunkan modal insan dalam sains dan teknologi.

d)

Membawa masuk saintis asing.

e)

Mewujudkan budaya sains, inovasi dan keusahawanan teknologi di sekolah dan universiti.

33.

Pilih 3 masalah yang dihadapi oleh kerajaan dalam membangunkan industri halal di Malaysia.

a)

Bekalan bahan mentah yang tidak mencukupi

b)

Kekurangan sumber modal insan

c)

Jaminan terhadap kualiti produk

d)

Kekurangan dana

e)

Persaingan pasaran

34.

Dasar Agromakanan Negara diperkenalkan untuk menyokong proses transformasi industri agromakanan.


Pilih 3 langkah yang telah dikenal pasti untuk menyokong pelaksanaan dasar ini.

a)

Membangunkan modal insan

b)

Membangunkan kluster pertanian dinamik

c)

Menswastakan sektor pertanian negara

d)

Memodenkan pertanian berpacukan RND, teknologi dan inovasi

e)

Menarik pelaburan asing dalam bidang agromakanan

35.

Pilih 3 bidang yang diberi tumpuan dalam Program Transformasi Ekonomi.

a)

Bidang minyak gas dan tenaga

b)

Bidang minyak sawit.

c)

Bidang pelancongan kesihatan

d)

Bidang perkhidmatan perniagaan.

e)

Bidang elektrik

36.

Pilih 2 huraian bagi Teras kedayasaingan Dasar Agromakanan (2011-2020).

a)

Penerokaan pertanian bernilai tinggi

b)

Perluasan amalan mesra alam

c)

Pembangunan sumber manusia berkualiti

d)

Pengukuhan R&D dan inovasi

37.

Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi.


Pilih 3 kriteria yang perlu dipenuhi oleh produk peralatan tersebut.

a)

Meminimumkan degrasi kualiti persekitaran

b)

Menjimatkan tenaga dan sumber hutan

c)

Mengurangkan pergantungan kepada tenaga petroleum dan gas

d)

Mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar

e)

Menggalakkan penggunaan sumber-sumber yang boleh diperbaharui

38.

Pilih 3 langkah kerajaan untuk mendidik masyarakat menjayakan Kempen Cintai Alam Sekitar.

a)

Meningkatkan pendidikan alam sekitar dalam kalangan anggota masyarakat

b)

Mewajibkan pengasingan sisa pepejal dari kawasan perumahan

c)

Mewajibkan penggunaan teknologi hijau

d)

Menguatkuasakan undang-undang alam sekitar

e)

Memasukkan dalam manifesto kerajaan

39.

Objektif umum Pelan Integriti Nasional adalah untuk merealisasikan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu membentuk masyarakat yang kukuh ciri moral dan etikanya.


Pilih 4 nilai yang terkandung dalam Pelan Integriti Nasional

a)

Amanah

b)

Tulus

c)

Benar

d)

Bijaksana

e)

Adil

40.

Kerajaan telah meletakkan keutamaan pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu NKRA di bawah Kementerian Dalam Negeri.


Pilih 3 bidang NKRA pengurangan jenayah yang telah dikenal pasti.

a)

Jenayah jalanan

b)

Keselamatan awam

c)

Peningkatan prestasi agensi penguatkuasaan

d)

Membanteras rasuah

e)

Meningkatkan integriti penjawat awam

41.

Pilih 3 bukti yang menunjukkan berlakunya pembangunan sosial di Malaysia.

a)

Peningkatan kemudahan kesihatan

b)

Peningkatan akses kepada pendidikan berkualiti

c)

Peningkatan prasarana moden yang canggih.

d)

Kadar jenayah berkurangan.

e)

Peningkatan kadar celik ICT.

42.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) telah menggariskan enam ciri yang perlu dimiliki oleh setiap murid agar mampu bersaing di peringkat global.


Pilih 3 ciri yang betul.

a)

Berpengetahuan

b)

Berkemahiran tribahasa

c)

Berkemahiran berfikir

d)

Beretika dan bermoral

e)

Berkemahiran memimpin

43.

Pilih 3 manfaat pelaksanaan Dasar Sukan Negara kepada rakyat di negara ini.

a)

Peningkatan tahap kesihatan

b)

Pengisian masa senggang dengan aktiviti yang sihat

c)

Peluang perniagaan berasaskan produk sukan

d)

Mengeratkan hubungan silaturahim

e)

Melahirkan atlet mewakili negara

44.

Membina negara Malaysia yang bersatu padu telah diletakkan sebagai agenda penting dalam beberapa dasar negara.


Pilih 3 dasar yang berkaitan.

a)

Dasar Kebudayaan Sosial Kebangsaan

b)

Dasar Pendidikan Kebangsaan

c)

Dasar Pembangunan Nasional

d)

Dasar Sukan Negara

e)

Pelan Integriti Nasional

45.

Pilih 3 matlamat Dasar Sukan Negara diperkenalkan.

a)

Memajukan e-sukan negara

b)

Memupuk perpaduan yang jitu antara kaum

c)

Menyediakan peluang dan kemudahan sukan

d)

Membentuk masyarakat yang sihat berdisiplin dan bersatu padu

e)

Menyediakan peluang insentif dan kerjaya

46.

Pelbagai faedah yang dinikmati oleh rakyat kesan daripada pelaksanaan Dasar Alam Sekitar Negara (DASN).


Pilih 3 faedah yang betul.

a)

Menikmati cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang lestari

b)

Meningkatkan kualiti hidup rakyat menerusi program bandar hijau.

c)

Mendapat faedah daripada Program Bandar Lestari

d)

Menikmati alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif.

e)

Mengekalkan kelestarian alam sekitar di seluruh negara.

47.

Pilih 2 usaha membangunkan modal insan bagi negara maju.

a)

Menambah baik kecekapan pasaran buruh bagi kemapanan ekonomi

b)

Memperkukuh pembelajaran sepanjang hayat untuk peningkatan kemahiran

c)

Mengintegrasikan penggunaan sains dan teknologi dalam pelbagai bidang.

d)

Mentransformasi TVET (Pendidikan Teknik vokasinal dan latihan) untuk memenuhi permintaan industri

48.

Pilih 3 objektif Dasar Sosial Negara.

a)

Menjana sinergi multi sektor.

b)

Membangun dan memperkasakan pendidikan sepanjang hayat.

c)

Menambah prasarana sosial bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat.

d)

Memperkukuhkan dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial.

e)

Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi.

49.

Teras 3 dalam Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ialah memperkasakan sekolah kebangsaan.


Pilih 3 strategi pelaksanaan dalam teras tersebut.

a)

Peluasan program tadika swasta.

b)

Pemantapan kurikulum

c)

Memperkenal Bahasa Cina dan Tamil

d)

Meningkatkan kerjasama ibu bapa dan masyarakat.

e)

Memperluas program j-Qaf

50.

Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA merupakan satu usaha kerajaan untuk mensejahterakan negara yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2009.


Pilih 3 tujuan pelaksanaan NKRA.

a)

Memastikan elemen kebertanggungjawaban yang serius terus wujud dalam kalangan anggota pentadbiran dan juga penjawat awam

b)

Mewujudkan sektor pekerjaan yang mempunyai ramai pekerja berpendidikan tinggi dalam bidang pengurusan, profesional dan teknikal

c)

Memberi peluang kepada rakyat memantau dan menilai pencapaian sasaran yang ditetapkan

d)

Memaklumkan kepada rakyat inisiatif, perancangan dan hala tuju pembangunan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan

e)

Mewujudkan pusat bandar yang menawarkan kualiti hidup yang tinggi dan tahap penyediaan kemudahan yang mencukupi

51.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan Malaysia.


Pilih 3 aspirasi yang diharapkan daripada golongan pelajar yang disasarkan.

a)

Menjadi seorang yang berpengetahuan

b)

Menjadi seorang yang mempunyai kemahiran berfikir

c)

Menjadi seorang yang menghayati ideologi Rukun Negara

d)

Menjadi seorang yang mempunyai kemahiran memimpin

e)

Menjadi seorang yang bermoral tinggi.

52.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 (PPPM) telah menyenaraikan sebelas anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara.


Pilih 4 daripada sebelas anjakan tersebut.

a)

Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa

b)

Memastikan setiap murid mahir dan fasih dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris

c)

Mengupayakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan

d)

Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap jabatan

e)

Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas

53.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) telah menggariskan beberapa bidang utama untuk dicapai.


Pilih 3 bidang tersebut.

a)

Memartabatkan profesion keguruan.

b)

Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa.

c)

Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran.

d)

Meningkatkan kualiti kepimpinan murid.

e)

Menyelaraskan pepeperiksaan berasaskan sekolah.

54.

Pilih 3 faedah Dasar Kependudukan Negara 70 juta kepada negara.

a)

Bekalan tenaga buruh tempatan yang mencukupi

b)

Pasaran tempatan yang luas

c)

Bekalan anggota tentera yang tinggi.

d)

Peningkatan pilihan atlet negara

e)

Meningkatkan daya pengeluaran negara

55.

Pilih tiga rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.

a)

Meminimumkan kesan kepada penduduk

b)

Peningkatan bajet negara

c)

Menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

d)

Defisit negara lebih tersusun

e)

Kestabilan kos sara hidup rakyat.