Font size
WorksheetsKOMPOSISI KIMIA DALAM SEL (PART 2) : ENZIM
Total questions: 33
Worksheet time: 48mins
Bahan kimia mangkin organik dihasilkan oleh sel yang mengawal atur tindak balas biokimia seperti pencernaan makanan ialah ......................
koenzim
enzim
kofaktor
perencat
Antara berikut, yang manakah BUKAN ciri bagi enzim?
Dibina daripada protein
Perlu kuantiti banyak
Mempunyai tapak aktif
Bertindak secara spesifik
Boleh diguna semula
Apakah ciri-ciri lain bagi enzim?
Tindakan adalah berbalik
Perencat merkuri menghentikan tindakan enzim
Kofaktor merencatkan tindakan enzim
Peka pada suhu dan pH
Bebas bergabung dengan sebarang substrat
Antara berikut, yang manakah contoh-contoh kofaktor yang dapat menggalakkan tindakan enzim?
Vitamin B
Besi
Mekuri
Plumbum
Kuprum
Apakah fungsi enzim?
Memangkinkan atau mempercepatkan tindak balas biokimia
Melakukan tindak balas biokimia
Menguraikan sebatian kompleks kepada sebatian ringkas
Melakukan tindakan sehala sahaja
Bahan bukan protein yang diperlukan oleh enzim tertentu untuk berfungsi dengan cekap dikenali sebagai ..................
perencat
perangsang
kofaktor / koenzim
penggalak
Antara berikut, yang manakah BUKAN contoh enzim?
Lipase
Sukrase
Renin
Laktosa
Erepsin
Antara berikut, yang manakah merupakan contoh substrat? (yang lain adalah contoh-contoh enzim)
Maltase
Tripsin
Sukrosa
Laktase
Lisozim
Enzim yang disintesis di dalam sel tetapi dirembeskan keluar daripada sel dikenali sebagai ...................
enzim intrasel
enzim luar sel
enzim intersel
enzim dalam sel
Maklumat genetik daripada DNA untuk sintesis protein dihantar ke ribosom dalam bentuk ....................
RNA
tRNA
mRNA
gen
Setelah protein disintesis oleh ribosom, ...................... akan mengangkut protein tersebut ke jasad Golgi.
Jalinan endoplasma licin
Jalinan endoplasma kasar
Sitoplasma
Vesikel rembesan
Namakan vesikel yang mengangkut protein daripada jalinan endoplasma kasar ke jasad Golgi merentasi sitoplasma.
Vesikel angkutan
Vesikel rembesan
Lisosom
Vakuol mengecut
Apakah peranan-peranan jasad Golgi dalam sintesis enzim luar sel?
Memproses / mengubahsuai protein kepada enzim
Menukar enzim kepada glikoprotein
Membungkus enzim dalam vesikel rembesan
Mensintesis enzim
Membentuk vesikel lisosom
Namakan struktur yang mengangkut enzim dan bergabung dengan membran plasma untuk merembeskan keluar enzim daripada sel.
Sitoplasma
Jalinan endoplasma kasar
Vesikel angkutan
Vesikel rembesan
Apakah kepentingan enzim mempunyai tapak aktif?
Tidak musnah selepas tindakan
Tidak mudah ternyahasli
Bergabung dengan substrat yang spesifik
Boleh bergabung dengan pelbagai substrat
Namakan gabungan pada X?
Sebatian kompleks
Kompleks enzim-substrat
Substrat-enzim
Hasil
Berdasarkan rajah, yang manakah 'mangga' dan 'kunci' berkaitan Hipotesis Mangga dan Kunci?
Mangga = Substrat
Kunci = Substrat
Mangga = Enzim
Mangga = Substrat
Berdasarkan rajah Hipotesis Mangga dan Kunci, yang manakah TIDAK menerangkan konsepnya?
Enzim mempunyai tapak aktif
Substrat spesifik bergabung pada tapak aktif
Hasil terbentuk selepas penguraian
Enzim diperlukan dalam kuantiti kecil
Enzim boleh diguna semula
Pilih semua faktor-faktor yang boleh mempengaruhi aktiviti enzim.
Suhu
Kepekatan enzim
Kepekatan substrat
pH
Keamatan cahaya
Berdasarkan graf, berapakan suhu optimum untuk kadar tindak balas enzim yang maksimum?
37 darjah Celsius
40 darjah Celcius
0 darjah Celsius
50 darjah Celcius
Pilih kesan kepada enzim sekiranya terdedah pada suhu melebihi 45 oC.
Ikatan peptida enzim akan terurai
Enzim mula ternyahasli
Enzim semuanya ternyahasli
Tiada perubahan pada enzim
Enzim yang rosak boleh diguna semula
Rajah menunjukkan struktur tertier enzim yang ternyahasli. Apakah yang menyebabkan ikatannya terurai?
Kepekatan substrat yang tinggi
pH yang tidak sesuai
Suhu yang tinggi
Berada dalam takat beku
Mengapakah tindakan enzim meningkat dengan pertambahan kepekatan substrat pada X dalam graf?
Masih terdapat tapak aktif enzim
Semua tapak aktif enzim dipenuhi
Kehadiran jenis enzim yang lain
Suhu yang semakin tinggi
Jika kepekatan substrat pada paksi-x digantikan dengan kepekatan enzim, mengapakah tindakan enzim di Y menjadi malar?
Masih terdapat tapak aktif enzim yang kosong
Semua substrat telah menjadi hasil
Semua tapak aktif enzim dipenuhi
Suhu yang semakin tinggi
Graf menunjukkan tindakan enzim pada pH optimum tertentu. Namakan enzim terlibat.
Salivary amilase
Pepsin
Lipase
Laktase
Antara berikut, yang manakah penyebab-penyebab tindakan enzim semakin berkurangan jika pH adalah tidak sesuai?
Tapak aktif berubah cajnya
Enzim semakin dimusnahkan pada pH ekstrem
Substrat tidak boleh bergabung dengan tapak aktif enzim
Enzim mengalami penghidratan
Substrat ternyahasli
Sekiranya suhu semakin menghampiri 0 oC, apakah yang berlaku kepada aktiviti enzim?
Kurang aktif
Tidak aktif
Ternyahasli
Tindakan sifar
Antara berikut, yang manakah BUKAN langkah untuk mendapatkan bahan bagi menghasilkan agar-agar?
Enzim selulase untuk memecahkan dinding sel
Dinding sel digunakan bersama
Rumpai laut digunakan
Sitoplasma rumpai laut diekstrak
Enzim yang digunakan untuk menyingkirkan bulu daripada kulit haiwan bagi penghasilan barangan kulit.
Amilase
Lipase
Selulase
Protease
Antara berikut, yang manakah enzim semulajadi untuk melembutkan daging?
Protease
Papain
Lipase
Bromelain
Bagaimana penggunaan enzim papain boleh ditambah di dalam pencuci muka bagi melembutkan wajah?
Mencernakan kulit mati (protein)
Menambahkan tekstur keanjalan
Menambahkan lapisan kulit baru
Menguraikan lapisan lemak kulit
Antara berikut, yang manakah pasangan enzim dan jenis kotoran yang TIDAK digunakan dalam penghasilan detergen?
Lipase = Kuah kari
Protease = Darah
Sukrase = Gula
Amilase = Kanji
Mengapakan detergen berenzim lebih berkesan cuciannya jika menggunakan air suam berbanding air sejuk?
Enzim sangat aktif pada suhu badan
Tapak aktif berubah bentuk
Kepekatan enzim semakin bertambah
Tenaga kinetik molekul berkurang
