NEW
Font size
WorksheetsTatabahasa dan Pemahaman
Total questions: 40
Worksheet time: 55mins
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan jawapan yang sesuai.
"_________________ akan berkhemah di dalam hutan selama dua hari," kata Cikgu Shahrizal kepada pasukan pengakap sekolah.
Dia
Kita
Kami
Mereka
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan jawapan yang sesuai.
Seorang ahli pengakap ditugaskan menyalakan api untuk _________ air di dalam sebuah cerek.
menjirus
mengambil
menadah
menjerang
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan jawapan yang sesuai.
Ubi kayu yang telah direbus oleh emak telah ________untuk dimakan.
reput
lemau
empuk
rangup
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan jawapan yang sesuai.
Wanita itu ________perca-perca kain pada bajunya yang koyak.
mengoyakkan
menanggalkan
menampalkan
menambahkan
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan jawapan yang sesuai.
Hana dan Hani dididik oleh ibu mereka melakukan kerja-kerja rumah _______ mereka kecil.
pada
sejak
hingga
daripada
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan jawapan yang sesuai.
Budak-budak itu lari _________apabila dikejar oleh seekor anjing semasa pulang dari sekolah
kucar-kacir
susup-sasap
lintang-pukang
mundar-mandir
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan jawapan yang sesuai.
Fuad ______ motosikalnya yang rosak ke Bengkel Ah Seng untuk dibaiki.
menarik
memapah
menuntun
menunggang
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan jawapan yang sesuai.
_______itu diundang khas untuk merasmikan pertandingan permainan tradisional.
Dermawan
Usahawan
Karyawan
Budayawan
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan jawapan yang sesuai.
"_______, saya tidak bersetuju dengan pendapat Azli yang tidak masuk akal itu!" bentak Akif.
Eh
Amboi
Ah
Aduhai
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan jawapan yang sesuai.
Kerajaan menggalakkan ________asing sebagai satu daripada langkah untuk memacu ekonomi negara.
pelaburan
pembelian
pendatang
perniagaan
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu ditanda dengan A,B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Bomoh itu memulakan acara rawatannya dengan bacaan
beberapa potong mantera yang tidak difahami.
A - acara
B - potong
C - yang
D - Tiada kesalahan
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu ditanda dengan A,B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Kesan terhadap ekosistem di kawasan pedalaman itu perlu
dianalisa sebelum pembangunan dilaksanakan.
A - ekosistem
B - pedalaman
C - dianalisa
D - Tiada kesalahan
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu ditanda dengan A,B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Hakim menjatuhi hukuman penjara selama lima tahun setengah kepada peragut itu.
A - menjatuhi
B - lima tahun setengah
C - peragut
D - Tiada kesalahan
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu ditanda dengan A,B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Akhbar terkemuka itu akan menerbitkan majalah dwi-bahasa yang akan diedarkan secara percuma kepada murid prasekolah di seluruh negara.
A - menerbitkan
B - dwi-bahasa
C - prasekolah
D - Tiada kesalahan
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu ditanda dengan A,B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Masyarakat di zaman ini perlu mengubah sikap agar lebih maju dalam semua bidang.
A - di
B - agar
C - dalam
D - Tiada kesalahan
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu ditanda dengan A,B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Kerajaan merancang untuk membina klinik di seluruh kawasan pendalaman negeri Sabah.
A - membina
B - seluruh
C - pendalaman
D - Tiada kesalahan
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu ditanda dengan A,B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Bila hujan lebat, kawasan paya itu akan dinaiki air.
A - Bila
B - lebat
C - dinaiki
D - Tiada kesalahan
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu ditanda dengan A,B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Kita hendaklah saling tolong-menolong sesama jiran tetangga.
A - hendaklah
B - tolong-menolong
C - tetangga
D - Tiada kesalahan
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu ditanda dengan A,B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Rosin berjaya menternak ayam telur di ladangnya dengan banyak.
A - berjaya
B - ayam telur
C - banyak
D - Tiada kesalahan
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu ditanda dengan A,B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Awan yang gelap itu mengandungi air. Apabila sudah berat air tersebut akan turun sebagai hujan.
A - gelap
B - mengandungi
C - turun
D - Tiada kesalahan
Sebahagian daripada ayat berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika and menganggap bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda dan jika tiada kesalahan tandakan dengan D.
Bapa menghadiahkan sehelai baju kurung kepada ibu semasa sambutan ulang tahun perkahwinan mereka.
A - Bapa menghadiahi sehelai baju kurung
B - Bapa menghadiahi sepasang baju kurung
C - Bapa menghadiahkan sepasang baju kurung
D - Bapa menghadiahkan sehelai baju kurung
Sebahagian daripada ayat berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika and menganggap bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda dan jika tiada kesalahan tandakan dengan D.
Pegawai kebajikan itu memberikan bantuan modal perniagaan kepada segelintir orang penduduk yang miskin.
A - segelintir penduduk
B - segelintir penduduk-penduduk
C - segelintir daripada penduduk
D - segelintir orang penduduk
Sebahagian daripada ayat berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika and menganggap bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda dan jika tiada kesalahan tandakan dengan D.
Pihak sekolah bersedia untuk membanyakkan pondok-pondok bacaan di kawasan sekolah.
A - membanyak-banyakan pondok
B - memperbanyakkan pondok
C - membanyakkan pondok
D - membanyakkan pondok-pondok
Sebahagian daripada ayat berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika and menganggap bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda dan jika tiada kesalahan tandakan dengan D.
Pertandingan taridra yang diadakan di SMK Bandar Sejahtera amat hebat sungguh hingga penonton tidak berganjak walaupun persembahan telah tamat.
A - amat hebat
B - amat sungguh hebat
C - teramat sungguh hebat
D - amat hebat sungguh
Sebahagian daripada ayat berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika and menganggap bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda dan jika tiada kesalahan tandakan dengan D.
Jasa guru-guru yang mendidik kami selama ini akan kami kenang hingga ke akhir hayat.
A - kami akan kenang
B - kami akan mengenang
C -akan dikenang oleh kami
D - akan kami kenang
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang bercetak tebal.
Keeratan hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak terjalin apabila mereka sanggup meluangkan masa mereka demi keseronokan anak-anak.
A - Keseronokanan anak-anak pastinya dapat menjalinkan hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak kerana kesanggupan mereka meluangkan masa.
B - Kesanggupan ibu bapa meluangkan masa dengan anak-anak demi keseronokan mereka pasti akan terjalin hubungan yang lebih erat.
C - Kesanggupan anak-anak meluangkan masa bersama-sama ibu bapa pasti akan mendapat keseronokan dan merapatkan hubungan antara mereka.
D - Hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak pastinya terjalin lebih erat kerana kesanggupan mereka meluangkan masa demi keseronokan anak masing-masing.
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang bercetak tebal.
"Para murid hendaklah membuat persediaan yang rapi sebelum menghadapi peperiksaan," pesan Doktor Syukri.
A - Para murid berpesan agar Doktor Syukri membuat persiapan yang rapi sebelum peperiksaan.
B - Doktor Syukri berpesan agar murid membuat persediaan yang rapi sebelum peperiksaan.
C - Sebelum peperiksaan hendaklah membuta persediaan yang rapi, pesan Doktor Syukri.
D - Pesan Doktor Syukri agar murid-murid sentiasa membuat persediaan menjelang peperiksaan.
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang bercetak tebal.
Menaikkan harga ayam pada musim perayaan merupakan sikap sebilangan kecil peniaga yang memikirkan keuntungan semata-mata.
A - Segelintir peniaga yang hanya memikirkan keuntungan akan menaikkan harga ayam pada musim perayaan.
B - Apabila musim perayaan tiba, peniaga akan memikirkan keuntungan semata-mata dengan menaikkan harga ayam.
C - Segelintir peniaga akan menaikkan harga ayam sesuka hati semata-mata mahukan keuntungan pada musim perayaan.
D - Sesetengah peniaga selalu memikirkan keuntungan semata-mata apabila musim perayaan tiba kerana itu memang sikap mereka.
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang bercetak tebal.
Larangan memburu beberapa jenis haiwan liar adalah untuk memastikan haiwan tersebut tidak mengalami kepupusan.
A - Beberapa jenis haiwan liar tidak boleh diburu supaya haiwan tersebut tidak mengalami kepupusan.
B - Beberapa jenis haiwan liar yang dilarang untuk diburu telah megalami kepupusan.
C - Beberapa jenis haiwan liar tidak dibenarkan untuk diburu kerana haiwan tersebut sedang mengalami kepupusan.
D - Untuk memastikan beberapa jenis haiwan liar tidak mengalami kepupusan, pemburu diingatkan supaya tidak berburu.
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang bercetak tebal.
Faktor utama yang memainkan peranan untuk melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif ialah sistem pendidikan negara kita.
A - Masyarakat yang kreatif dan inovatif tidak akan dapat dilahirkan tanpa sistem pendidikan yang betul
B - Bagi melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif, sistem pendidikan merupakan faktor tunggal.
C - Kita tidak boleh mengaharapkan sistem pendidikan semata-mata untuk melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif.
D - Sistem pendidikan negara kita memainkan peranan yang penting untuk melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I Tulisan Fahmi segar dan memudahkan guru kelas membacanya.
II Jasa Cikgu Zainab tetap segar dalam ingatan anak-anak muridnya.
III Sayur-sayuran yang ditanam oleh ayah di kebun sungguh segar.
IV Udara di Tanah Tinggi Cameron itu sungguh dingin dan segar.
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I Projek pembinaan jambatan itu menelan belanja yang agak besar.
II Kita hendaklah mengunyah makanan sehingga lumat sebelum menelannya.
III Mak Milah terpaksa menelan kecaman orang kampung terhadap anaknya yang kurang upaya itu.
IV Ketua kampung akan menelan semua cadangan yang dekemukkan oleh para penduduk di kampung itu.
A I dan III sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I Buah-buahan itu sudah rosak dan tidak boleh dimakan lagi.
II Banyak rumah yang rosak dalam kejadian ribut malam tadi.
III Petani itu menyembur racun bagi membunuh serangga rosak.
IV Semua rosak itu dianggarkan mencecah kos ratusan ribu ringgit.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I Adik menarik-narik tiub basikal yang kental itu.
II Ibu mengacau adunan puding jagung itu hingga kental .
III Jalan raya itu berlubang kerana permukannya yang tidak kental.
IV Pendaki yang bersemangat kental itu telah berjaya sampai ke puncak gunung.
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I Anita mempercepat langkahnya untuk mengejar bas sekolah itu.
II Sufian gigih berusaha untuk mengejar kehidupan yang lebih baik.
III Pada awal tahun 1990-an, sektor perindustrian mengejar dengan pesat sekali.
IV Pemuda itu mengejar ke hospital setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang betul.
I Ada di antara buah mangga yang dijual oleh peniaga itu masih muda.
II Hanif tidak sedar bahawa kata-katanya itu telah mengguris perasaan kami.
III Amira memberikan separuh mi gorengnya kepada Norin pada waktu rehat.
IV Kerugian yang dialami oleh para pengguna berpunca daripada kesilapan dan kelalaian mereka sendiri
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang betul.
I Kelima orang anak Pak Jusoh berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.
II Kami diberi tempoh selama seminggu untuk mengosongkan rumah itu oleh tuannya.
III Mereka berusaha untuk menyelamatkan seekor dugong yang terperangkap pada jaring nelayan itu.
IV Setelah semua pokok-pokok getah itu ditebang, Pak Osman bercadang untuk mendirikan sebuah inap desa di kawasan itu.
A I dan IV sahaja
B II dan III sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang betul.
I Antara acara yang menarik pada malam itu ialah tarian zapin.
II Ayah terpaksa menjalani pembedahan secepat mungkin kerana dokor mendapati penyakitnya semakin kritikal.
III Yang Di-Pertuan Agong berkenaan untuk menyampaikan watikah perlantikan kepada Perdana Menteri esok.
IV Segelintir ahli-ahli masyarakat tidak prihatin tetang kebersihan alam sekitar.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang betul.
I Kain sutera itu mahal harganya kerana ianya diimport dari luar negara.
II Kecetakan ilmu pengetahuan dapat diatasi dengan pembacaan bahan-bahan ilmiah.
III Saya dan rakan-rakan turut membincangkan hal-hal lain dalam mesyuarat yang diadakan petang itu.
IV Farina mengutip yuran persatuan itu daripada kelas ke kelas.
A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang betul.
I Sebelum memulakan perbincangan, kami dihidangkan sarapan oleh pihak pengurusan.
II Para pelancong yang baru datang itu berasal daripada New Zealand.
III Tulisan adik semakin hari semakin kemas dan mudah dibaca.
IV Mereka sengaja merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan Dadhlina.
A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja
