wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA MELAYU

Total questions: 14

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Peribahasa terdiri daripada__________________________

a)

Simpulan bahasa, bidalan, pepatah dan perumpamaan.

b)

Kata kerja, kata adjektif dan kata penegas.

c)

frasa nama, frasa kerja dan frasa frasa sendi nama.

d)

penghubung ayat, kata tegas dan kata arah.

2.

Apakah maksud peribahasa?

a)

Ungkapan kata yang menarik daripada pelbagai aspek.

b)

Rangkaian atau ikatan perkataan yang menjadi susunan, kata yang pendek, mengandungi segala maksud dan ujian.

c)

Rangkaian perkataan yang konkrit dan abstrak.

d)

Perkataan yang bombastik dengan pelbagai ayat

3.

Apakah golongan peribahasa yang paling sesuai bagi perkataan "kaki bangku"?

a)

Bidalan

b)

Pepapatah

c)

Perumpamaan

d)

Simpulan bahasa

4.

Walaupun Datuk Khalid kaya, tetapi beliau tidak sombong kerana sentiasa ingat akan nasihat ibunya, ______________________

a)

cubit paha kanan, paha kiri terasa juga

b)

baik bawa resmi padi, jangan membawa resmi lalang

c)

alang-alang berminyak biar licin

d)

air beriak tanda tak dalam

5.

Apakah maksud peribahasa "tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas"?

a)

Tidak pandai bermain bola

b)

Peniaga yang mengambil keuntungan tinggi

c)

Hampa

d)

Adat yang tidak berubah, sesuatu yang tetap utuh

6.

Peribahasa yang manakah mewakili sebagai simpulan bahasa?

a)

Kaki bangku

b)

Bagai anjing dengan kucing

c)

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan

d)

Sediakan payung sebelum hujan

7.

Penduduk Kampung Selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu.


Apakah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi di atas?

a)

Darah daging

b)

Bagai kacang lupakan kulit

c)

Bagai aur dengan tebing

d)

Seperti anjing dengan kucing

8.

Walaupun Ming dan abangnya bergaduh, namun demikian hubungan mereka seperti ______________

a)

Ular kena palu

b)

Batu jatuh ke lubuk

c)

Kacang lupakan kulit

d)

Air dicincang tidak akan putus

9.

Apakah usaha yang boleh dilakukan untuk memartabatkan peribahasa Melayu?

a)

Kempen kesedaran tentang kepentingan peribahasa melayu.

b)

Tidaj mengendahkan pengajaran peribahasa Melayu.

c)

Tidak menggunakan peribahasa Melayu dalam kehidupan seharian,

d)

Menyokong pemansuhan peribahasa Melayu.

10.

Mahmod tidak langsung mengenang jasa kedua-dua ibu bapanya yang telah memberinya pelajaran hingga menjawat jawatan yang tinggi dan bergaji besar.


Apakah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan keperibadian Mahmod?

a)

Kacang lupakan kulit

b)

Hati hitam

c)

Anjing dengan kucing

d)

Cacing kepanasan

11.

Gambar diatas merujuk peribahasa

a)

bagai kera makan bunga

b)

bagai kera mendapat bunga

c)

seperti monyet menari

d)

umpama kera mengamok

12.

pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

a)

seperti merajuk katak

b)

bagai katak memanggil hujan

c)

seperti katak menumpang hidup.

d)

seperti katak di bawah tempurung

13.

peribahasa yang sesuai

a)

kaki bangku

b)

ayam berak kapur

c)

kaki ayam

d)

cakar ayam

14.

peribahasa yang sesuai gambar di atas

a)

nasi menjadi bubur

b)

nasi basi

c)

nasi ditanak lembik

d)

nasi mentah