WorksheetsT2: Bab 6 Asid dan Alkali
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
Pernyataan yang manakah betul mengenai ciri-ciri asid?
Rasa masam
Rasa pahit
Rasa masin
Rasa manis
Pernyataan yang manakah betul mengenai definisi peneutralan?
Peneutralan ialah tindak balas kimia antara garam dan alkali untuk menghasilkan garam dan air.
Peneutralan ialah tindak balas kimia antara asid dan alkali untuk menghasilkan garam dan air.
Peneutralan ialah tindak balas kimia antara asid dan air untuk menghasilkan garam dan alkali.
Peneutralan ialah tindak balas kimia antara asid dan alkali untuk menghasilkan garam.
Apakah pemerhatian yang diperoleh jika jus lemon diuji dengan kertas litmus biru?
Tiada perubahan
Biru kepada hijau
Biru kepada merah
Biru kepada putih
Nilai pH untuk air suling ialah
5
6
7
8
Antara bahan berikut, yang manakah merupakan bahan berasid?
Cuka
Garam
Peria
Ubat gigi
Antara bahan berikut, yang manakah merupakan bahan beralkali?
Garam
Limau
Serbuk penaik
Sos tomato
Maklumat di bawah menunjukkan satu persamaan kimia.
Asid sulfurik + X → Natrium sulfat + Air
Yang manakah kemungkinan bahan X?
Kalsium hidroksida
Magnesium hidroksida
Kalium hidroksida
Natrium hidroksida
Berikut merupakan sifat-sifat sesuatu bahan. Antara berikut, yang manakah merupakan bahan tersebut?
- Berasa pahit
- Mengakis
- Menukar kertas litmus merah kepada biru
I Cuka
II Peluntur
III Air suling
Iv Serbuk penaik
I dan III
I dan IV
II dan IV
III dan IV
Mengapakah kertas litmus biru tidak berubah warna apabila diuji pada asid etanoik glasial?
Asid etanoik glasial tidak mengandungi air yang diperlukan untuk menunjukkan sifatnya
Asid etanoik glasial hanya boleh diuji dengan metil jingga
Asid etanoik glasial merupakan bahan neutral
Asid etanoik glasial merupakan bahan beralkali
Antara berikut, bahan manakah yang mempunyai nilai pH paling rendah?
Cuka
Asid bateri
Jus lemon
Minimun bergas
Apakah garam yang terhasil apabila asid sulfurik ditambah kepada kalium hidroksida?
Magnesium hidroksida
Sulfurik hidroksida
Natrium hidroksida
Kalium sulfat
Mengapakah kita perlu menggunakan ubat gigi untuk memberus gigi?
Untuk mengelak jangkitan kuman
Agar nafas kekal segar dan tidak berbau
Untuk mengelakkan penyakit gusi berdarah
Untuk meneutralkan asid yang dihasilkan oleh bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi
