WorksheetsBahasa Seni Visual - Jalinan & Ruang
Total questions: 19
Worksheet time: 6mins
Antara yang berikut, objek yang manakah mempunyai jalinan sentuh?
Lukisan
Kolaj
Logo
Corak
Apakah fungsi jalinan pada objek ini?
Melindungi labah-labah
Memerangkap serangga
Sebagai tempat tinggal labah-labah
Menghasilkan corak
Teknik apakah yang sesuai untuk menghasilkan jalinan sentuh?
Teknik gosokan
Teknik anyaman
Teknik catan
Teknik lukisan
Apakah fungsi jalinan pada tapak kasut yang dipakai oleh pelari?
Membantu pelari dengan laju
Memudahkan pelari berlari
Mencengkam permukaan tempat joging
Mempunyai kontur jalinan yang menarik
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang jenis objek dan sifat jalinannya?
Kulit terung - kasar
Lantai simen - lembut
Kulit tomato - kasar
Tikar mengkuang - tajam
Kesan jalinan yang terdapat pada daun dapat dipindahkan ke atas kertas lukisan melalui teknik......
gosokan
percikan
cetakan
renjisan
Apakah cara yang terbaik untuk memindahkan kesan jalinan dari sehelai daun ke atas sehelai kertas lukisan?
Teknik turihan
Teknik renjisan
Teknik gosokan
Teknik capan
Apakah maksud jalinan?
Karya seni yang ada nilai keindahan
Objek yang boleh dilihat dan disentuh
Kesan yang wujud pada objek alam semula jadi sahaja
Sifat permukaan yang boleh dilihat dan disentuh melalui deria
Manakah antara objek berikut yang menunjukkan jalinan tampak?
Kulit kayu
Tapak kasut
Buah durian
Buah tembikai
Apakah fungsi jalinan yang terdapat pada badan kuda belang?
Penyamaran daripada pemangsa
Memudahkan mencari makanan
Kelihatan lebih cantik
Pertahanan diri
Mengapakah jalinan sangat penting pada tayar kenderaan?
Memberi kesan cengkaman
Memberi kesan keindahan
Menambahkan kelajuan
Memudahkan bergerak
Dalam sebuah catan pemandangan, ...................... menghasilkan ruang.
ilusi
nyata
fizikal
konkrit
Ruang apakah yang jelas kelihatan dalam karya ini?
Ruang cetek
Ruang rata
Ruang dalam
Ruang perspektif
Apakah jenis ruang yang lazimnya terdapat dalam satu papan tanda jalan?
Ruang ilusi
Ruang rata
Ruang dalam
Ruang perspektif
Apakah ruang fizikal dalam konteks seni visual?
I Ruang dalam karya seni visual
II Ruang di kawasan persekitaran
III Terdiri daripada ruang terbuka dan ruang tertutup
IV Perubahan saiz, jarak dan warna
I dan III
I dan IV
II dan III
III dan IV
Manakah antara ruang berikut yang menunjukkan jenis ruang fizikal?
Ruang rata
Ruang cetek
Ruang nyata
Ruang dalam
Apakah fungsi unsur ruang?
Menampakkan jarak antara objek
Objek dihasilkan berwarna-warni
Memastikan objek sentiasa kontra
Semua objek jelas dan tidak kabur
Apakah elemen yang dapat dikaitkan dengan ruang dan perspektif?
Saiz dan warna
Bentuk dan imbangan
Warna dan pergerakan
Ruang terbuka dan tertutup
Pilih teknik yang dapat digunakan untuk menghasilkan unsur ruang.
Kontra bentuk
Warna harmoni
Imej terang dan kabur
Irama dan pergerakan
