NEW
Font size
WorksheetsLatih tubi BM UPSR 6
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Cikgu Siti masih lagi berminat _______ murid-murid walaupun sudah bersara sejak awal tahun lepas.
mengajarkan
mengajar
ajar
mengajari
Seniwati Saloma _______ lagu ciptaan allahyarham suaminya, Tan Sri P.Ramlee dengan penuh perasaan.
mendendang
menyanyi
melagukan
mendendangkan
Para pemain bola jaring itu ditegur oleh jurulatih kerana _______ tidak bermain dengan bersungguh-sungguh.
dia
mereka
kalian
beliau
Amir masih bersikap seperti _______ meskipun dia sudah berumur 25 tahun.
keibubapaan
keanak-anakan
gila-gila bahasa
kemerah-merahan
Hikayat Malim Dewata terkenal dengan kisah putera raja yang turun dari _______ untuk menjadi rakyat biasa.
balairung seri
istana
takhta
singgahasana
Mak Cik Temah _______ kelapa untuk dijadikan inti kuih sempena menyambut kepulangan anaknya dari luar negara.
memerah
mengupas
mengopek
mengukur
Wakil rakyat kawasan itu gembira kerana _______ masalah telah dapat diselesaikan.
berbagai-bagai
berjenis-jenis
berbagai
pelbagai
Kehadiran tokoh-tokoh _______ dalam persidangan itu adalah untuk membincangkan hala tuju pendidikan negara.
budayawan
cendekiawan
karyawan
angkasawan
Anak-anak Pak Saad belajar bersungguh-sungguh _______ masa depan mereka cerah.
demi
untuk
hingga
agar
Sikap pengguna jalan raya yang suka menggunakan lorong kecemasan menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya lain. _______, pihak berkuasa perlu lebih tegas.
Kesimpulannya
Justeru itu
Seterusnya
Natijahnya
_______ hujan lebat, pekerja-pekera di tapak pembinaan itu tidak dapat menyiapkan kerja yang diarahkan oleh pengurus mereka.
Hingga
Sebab
Kerana
Tatkala
Perbualan kami pada malam itu _______ tentang pengalaman kami menyertai aktiviti perkhemahan di Janda Baik.
berpandu
berkisar
bertema
bertajuk
Usaha mencari kumpulan murid yang sesat _______ itu diteruskan meskipun cuaca buruk.
bermalam-malam
berpagi-pagi
bersiang-siang
berdua-dua
Ibu selalu memuji Mei Hua kerana dia rajin _______ pelajaran setiap malam.
membaca
menulis
menelaah
mengingat
Seekor anjing liar _______ Jamal semasa berjalan kaki ke perhentian bas.
mengekori
membayangi
menemani
mengikuti
“Pening kepala saya mendengar bunyi _______ ini,” kata Rave kepada kawannya.
hingar-bingar
huru-hara
haru-biru
sedu-sedan
Tindakan segelintir murid yang menconteng dinding pusat sumber sekolah menimbulkan _______ Cikgu Norzalita.
kegirangan
kemarahan
kekecewaan
kesukaan
Dato’ Kumar dijemput untuk merasmikan majlis _______ Minggu Cegah Jenayah sekolah kami.
prakata
prapelancaran
prasunting
prasekolah
Penerbit buku Kisah Dongeng Nemo menjemput beberapa orang guru pakar untuk memperkemas isi kandungan buku itu.
Pilih perkataan seerti bagi 'memperkemas'.
mempersunting
mempersusun
memperkukuh
memperbaik
Kami menyusuri tebing sungai hingga ke muara sebelum terserampak dengan beberapa orang asli yang sedang mencari akar-akar kayu.
Pilih perkataan berlawan bagi 'muara'.
dalam
hulu
pangkal
hujung
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I dan IV
I dan II
III dan IV
II dan III
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
III dan IV
II dan III
I dan II
I dan IV
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Aliya menangis ketakutan kerana menyedari dirinya sudah sesat dalam hutan itu.
Bagaimana Aliya boleh tersesat dalam hutan itu sehingga menangis?
Adakah Aliya menangis semasa menyedari dirinya sudah sesat dalam hutan itu?
Di manakah Aliya menangis ketakutan?
Mengapakah Aliya menangis ketakutan?
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Di manakah Erna membeli kuih bersama-sama dengan abangnya?
Erna dan abangnya membeli kuih di kedai runcit di kampung mereka.
Erna dan abangnya sedang mencari kedai runcit untuk membeli kuih.
Erna membeli kuih daripada abangnya.
Erna dan abangnya membeli lima biji karipap untuk diberikan kepada ayah mereka.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
“Kerja-kerja meratakan permukaan bukit itu akan mengambil masa lebih kurang lapan bulan,” kata jurutera itu kepada wakil orang ramai.
Wakil orang ramai memaklukan kepada jurutera itu bahawa kerja-kerja meratakan permukaan bukit itu akan mengambil masa lebih kurang lapan bulan.
Jurutera itu memaklumkan kepada wakil orang ramai bahawa kerja-kerja meratakan permukaan bukit itu akan mengambil masa lebih kurang lapan bulan.
Jurutera dan wakil orang ramai dimaklumkan bahawa kerja-kerja meratakan permukaan bukit itu mengambil masa lebih kurang lapan bulan.
Wakil orang ramai bertanya kepada jurutera itu kenapa kerja-kerja meratakan permukaan bukit mengambil masa lebih kurang lapan bulan.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Para juri bersetuju bahawa hujah-hujah para pembahas dalam pertandingan bahas tahun ini lebih mantap berbanding para pembahas tahun lepas.
Para pembahas dalam pertandingan bahas tahun ini menyatakan kepada juri bahawa hujah-hujah mereka lebih mantap berbanding para pembahas tahun lepas.
Juri menyatakan bahawa hujah-hujah yang mantap pertandingan bahas tahun datangnya daripada para pembahas tahun ini dan tahun lepas.
“Hujah-hujah para pembahas tahun ini lebih mantap berbanding para pembahas tahun lepas,” kata para juri pertandingan bahas itu.
Para pembahas bersetuju bahawa hujah para juri pertandingan bahas tahun ini lebih mantap.
Pilih ayat yang betul.
Ramai pengunjung pameran itu mengeluh puas hati dengan layan petugas pameran.
Kecuaian pengguna jalan raya adalah antara punca utama kemalangan jalan raya.
Jurugambar tersebut dimasuki ke hospital kerana jatuh sakit secara mengejut.
Tempoh bertunang Murad dan Amilya diputuskan selama-lama satu tahun.
Pilih ayat yang betul.
I Malik menidurkan di dalam kelas kerana terlalu mengantuk.
II Pengembara itu hanya berbekalkan seberkas beras dan ikan bilis.
III Bangunan yang dibina di Kuala Lumpur tinggi-tinggi belaka.
IV Fadhli tidak menyangka guru kelasnya mempunyai hubungan bau-bau bacang dengan dirinya.
I dan II
II dan III
I dan IV
III dan IV
Setelah bertahun-tahun merantau, akhirnya Adam _______ setelah balik menetap di kampungnya.
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
seperti lembu dicucuk hidung
bagai ikan pulang ke lubuk
bagai menatang minyang yang penuh
Pak Daud selalu menasihati anak-anaknya untuk terus berusaha jika mahu berjaya kerana _______.
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
rambut sama hitam tapi hati lain-lain
masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak
yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang
