NEW
Font size
WorksheetsKata Kerja Bahasa Melayu
Total questions: 60
Worksheet time: 3600secs
Ibu .......... kelapa untuk mendapatkan santannya..
memicit
melenyek
memerah
menindih
Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ..........
merenggut
menyambar
merampas
mencium
Persatuan Seni Lukis akan ......................... pameran lukisan.
melaksanakan
menjalankan
mengadakan
membuat
Kampung Berlian dengan Kampung Permata ............ oleh sebatang sungai.
terbelah
terpisah
terpecah
terbahagi
Ular sawa itu ........ dua ekor anak ayam.
melulur
meneguk
mengunyah
menghisap
Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan, kita perlulah .........nya terlebih dahulu.
merancang
menimbang
melaksana
melihat
Amir ............ kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
merintih
mengeluh
mengenang
mengerang
Badan Nabila ............. kerana ketakutan.
menggeletar
menggelupur
menggelepar
menggeliat
Mak Cik Hasnah sedang ......... bawang di dapur.
menumbuk
mengetuk
memukul
memalu
Pengemis itu .......... oleh pekerja restoran tersebut.
dihalang
dibuang
dihalau
ditolak
Lili ............ buku cerita yang dipinjamnya kepada Tan.
memberikan
menyerahkan
memulangkan
menghulurkan
Mulut adik .............. semasa mendengar cerita yang disampaikan oleh nenek.
tertutup
tersengih
terlopong
terbuka
Fauzan ........... kedatangan Encik Azam ke rumahnya dengan ramah.
menunggu
menyambut
mengajak
menjemput
Kaki adik ............... kerana memakai kasut yang ketat itu.
melecit
melekit
melecur
melecet
Elina ............ perca-perca kain itu pada selimut yang koyak.
melekatkan
menampalkan
mencantumkan
menanggalkan
Sang Kancil yang cerdik itu berjaya .......... sungai yang dalam dengan tipu helahnya.
melepasi
melangkahi
mengharungi
menyeberangi
Lidahnya melecur kerana .......... air yang masih panas di cawan itu.
terhisap
tertelan
tersedut
terhirup
Bekalan air di kawasan kami sering ............
terkandas
terganggu
terpotong
terhalang
Chong Ming ........... sebaik sahaja dia terjaga daripada tidur.
mendengkur
mendepang
menggeliat
menganga
Murid-murid Tahun Enam Mawar ketawa berdekah-dekah apabila mendengar celoteh guru kelas mereka yang .......... hati.
menggeletek
menyentuh
menggores
mencuit
Setelah menanak nasi, ibu .......... ikan senangin untuk dimasak kari.
menghiris
menyiang
menyisik
memotong
Kenny jatuh terduduk apabila ............ kulit pisang.
terpijak
terpegang
tersentuh
tersepak
Anggota polis trafik akan ......... pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya.
mendenda
memarahi
menyaman
menasihati
Pak Long Ahmad tidak berselera ......... nasi walaupun sesuap kerana dia demam.
menjamah
menyuap
mencubit
menelan
Penunggang motosikal itu telah ......... rantai leher wanita itu.
menyinggung
menyambar
merenggut
merampas
Hasil eksperimen itu akan ........ dalam kumpulan masing-masing terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada beliau.
diumumkan
dinyatakan
dibahaskan
dibincangkan
Rosman ......... jalanya ke dalam anak sungai itu.
membalingkan
melemparkan
menebarkan
menghamparkan
Ibu bapa perlu ........ anak-anak mereka supaya berjaya dalam hidup.
membimbing
memandu
mengajar
mengawasi
Alia duduk ........ dengan santunnya sambil melayan tetamunya.
bersila
berlunjur
bersimpuh
bertinggung
Puan Sarifah ......... air mawar di pusara suaminya yang terkorban akibat kemalangan jalan raya.
merenjis
menyiram
menyimbah
menuangkan
Abang _______motosikal bapa ke sekolah pada setiap pagi .
membonceng
menaiki
mengayuh
Salmi ____________________ beg plastik berisi makanan sambil berjalan pulang ke rumah.
menggalas
membimbit
menjunjung
mengelek
Puan Siti _______________ pau kacang merah untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang ke rumahnya.
menjerang
menanak
mengukus
menggoreng
Nenek Limah sedang ___________________ bungkusan pakaian ketika berjalan pulang ke rumahnya.
mengandar
menjunjung
menjulang
menggalas
Kata Kerja yang sesuai berdasarkan gambar ialah ___________________________________________.
menatang dulang
membawa dulang
menggalas dulang
menjinjit dulang
Lebai Amin sedang _____________________ daging lembu untuk dijual di pasar.
membelah
mencencang
mencanai
melapah
Kata Kerja yang sesuai berdasarkan gambar ialah ___________________________________________.
memukat
menyauk
menangkap
meragut
Kata Kerja yang sesuai berdasarkan gambar ialah ___________________________________________.
menyiang
membelah
memotong
melapah
