wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEMAHAMAN UPSR 2014

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Menurut Saufi, kemalangan itu berlaku ketika ____________ dan Kamarul sedang menunggu bas di tepi jalan.

a)

dia

b)

saya

c)

kami

d)

mereka

2.

"Silakan masuk, ____________ akan berangkat tiba di balai penghadapan sebentar lagi," kata pengawal istana kepada para pembesar negeri.

a)

beta

b)

patik

c)

baginda

d)

tuan hamba

3.

Ruang tamu rumah Cikgu Noraini sentiasa ___________ dengan bau jambangan bunga mawar.

a)

kemas

b)

indah

c)

selesa

d)

semerbak

4.

Fauzi berasa _____________ apabila mendengar kejayaan sahabatnya.

a)

ceria

b)

bangga

c)

bahagia

d)

tenang

5.

Setelah sekian lama merantau, Johari terkejut apabila melihat kampungnya sudah menjadi taman perumahan yang ___________ dengan penduduk.

a)

maju

b)

banyak

c)

kurang

d)

padat

6.

Anak kecil itu bermain di ______________ ibunya yang sedang melipat pakaian.

a)

antara

b)

samping

c)

belakang

d)

tengah

7.

Pasukan bola tampar sekolah kami terpaksa bermain berhempas-pulas agar ______________ hasrat untuk menjadi juara.

a)

berjaya

b)

berhasil

c)

tercapai

d)

terjulang

8.

Hamizi dan Taufik sedang melihat jadual pertandingan bola baling yang dipamerkan pada _____________ di sekolahnya.

a)

papan lapis

b)

papan iklan

c)

papan tanda

d)

papan kenyataan

9.

Abang menggunakan _______________ pahat untuk mengukir permukaan kayu di bengkelnya.

a)

sebilah

b)

selaras

c)

sebuah

d)

sebatang

10.

Kawan-kawan tidak lagi ______________ kebolehan Fatimah yang telah berjaya menjuarai Pertandingan Syarahan Peringkat Daerah.

a)

berkecil-kecil

b)

kecil-mengecil

c)

berkecil-kecilan

d)

memperkecil-kecil

11.

Hamdan bekerja sebagai pembantu kedai _____________ keputusan peperiksaan SPM diumumkan.

a)

sehingga

b)

sekiranya

c)

seandainya

d)

selagi

12.

Kita perlulah mengamalkan _______________ yang baik apabila berada dalam sesuatu majlis.

a)

tatacara

b)

tatakerja

c)

tatasusila

d)

tatabahasa

13.

Orang ramai _____________ supaya menghulurkan derma kepada mangsa gempa bumi di negara jiran.

a)

dihebah

b)

didesak

c)

diarah

d)

diseru

14.

Negara kita _____________ menghadapi gangguan jerebu lagi pada tahun ini.

a)

patut

b)

sedang

c)

pernah

d)

mungkin

15.

"Budaya membaca patut dipupuk _____________ zaman kanak-kanak lagi," kata Puan Najwa kepada Puan Rogayah.

a)

di

b)

dari

c)

kepada

d)

hingga

16.

Sekumpulan pelancong _____________ ketika masuk ke kawasan hutan simpan itu.

a)

sesat barat

b)

simpang-siur

c)

silap langkah

d)

pontang-panting

17.

Seseorang pekerja yang bertanggungjawab akan melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya tanpa _____________.

a)

kelam-kabut

b)

lambat-laun

c)

dolak-dalik

d)

gundah-gulana

18.

Najihah _______________ untuk menjadi ketua murid yang berwibawa.

a)

ada akal

b)

ada gaya

c)

ada rupa

d)

ada angin

19.

Amin pulang ke kampung untuk menjengah neneknya yang sudah lama tidak ditemui.


Pilih perkataan seerti bagi 'menjengah;.

a)

menghubungi

b)

mengunjungi

c)

menjumpai

d)

memerhati

20.

Encik Razali dan keluarganya akan berhijrah ke Sarawak pada bulan depan.


Pilih perkataan berlawan bagi 'berhijrah'.

a)

menetap

b)

merantau

c)

mendiami

d)

mengembara

21.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

22.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

23.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


Kepulangan kami disambut dengan gembira oleh datuk disebabkan sudah lama tidak bersua.

a)

Apakah yang dilakukan oleh datuk setelah kami sekeluarga tiba?

b)

Bagaimanakah keadaan kamu sekeluarga ketika disambut oleh datuk?

c)

Siapakah yang sudah lama tidak menyambut kepulangan kamu sekeluarga?

d)

Mengapakah datuk begitu ceria ketika menyambut kedatangan kamu sekeluarga?

24.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat di bawah.


Berapa orangkah yang ada di pusat penempatan mangsa banjir ini?

a)

350 orang mangsa banjir akan ditempatkan di pusat ini.

b)

Kira-kira 350 orang mangsa banjir akan berada di pusat ini.

c)

Sehingga semalam, terdapat kira-kira 350 orang mangsa banjir di pusat ini.

d)

Pusat penempatan mangsa banjir ini boleh menampung 350 orang.

25.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


"Belajarlah rajin-rajin supaya kamu lulus dengan cemerlang dalam UPSR," kata Cikgu Ani kepada Yusri.

a)

Yusri dinasihati oleh Cikgu Ani supaya tekun belajar agar lulus dengan cemerlang dalam UPSR.

b)

Cikgu Ani menasihati Yusri supaya tekun belajar untuk memperoleh keputusan yang cemerlang.

c)

Nasihat Cikgu Ani kepada Yusri agar belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

d)

Cikgu Ani menyuruh Yusri belajar bersungguh-sungguh setelah lulus dengan cemerlang dalam UPSR.

26.

Rancangan untuk mengadakan lawatan sambil belajar telah dipersetujui sebulat suara oleh murid-murid Tahun 6 Bestari.

a)

Lawatan sambil belajar dengan persetujuan murid-murid Tahun 6 Bestari telah diadakan.

b)

Murid-murid Tahun 6 Bestari telah sepakat untuk merancang lawatan sambil belajar.

c)

Keputusan murid-murid Tahun 6 Bestari untuk mengadakan lawatan sambil belajar telah disepakati.

d)

Mereka telah bersetuju untuk mengadakan lawatan sambil belajar bagi murid-murid Tahun 6 Bestari.

27.

Pilih ayat yang betul.

a)

Adik membilang gula-gula itu satu demi satu.

b)

anganlah kamu bersedih di atas peristiwa semalam.

c)

Kain selendang ibu diperbuat dari benang sutera.

d)

Berita tentang kejohanan sukan itu disiarkan sampai pagi lagi.

28.

Pilih ayat yang betul.


I Sebagai penyambut tetamu di dalam majlis itu, dia perlu datang awal.


II Pembaca berita itu melaporkan bahawa hujan akan turun pada petang ini.


III Nakhoda itu mengemudikan kapalnya dengan bantuan tiga orang anak kapal.


IV Sebelum kemerdekaan, banyak pejuang terkorban supaya mempertahankan negara.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

29.

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.


Pembantu rumah Puan Nadiah bekerja _______________ sehingga semua kerja rumah dapat disiapkan dengan cepat.

a)

seperti kerbau dicucuk hidung

b)

seperti pahat dengan penukul

c)

seperti murai tercabut ekor.

d)

seperti lipas kdung

30.

Perangai budak itu saling tidak tumpah seperti ayahnya, bak kata pepatah _________________.

a)

bagaimana acuan, begitulah kuihnya

b)

umpama cincin dengan permata

c)

bagai pelanduk dua serupa

d)

seperti pinang dibelah dua