wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEMAHAMAN UPSR 2013

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Raja Iskandar bermusafir untuk mencari ilmu apabila baginda turun daripada ________________ dan mengisytiharkan diri baginda sebagai rakyat biasa.

a)

mahligai

b)

istana

c)

balairung

d)

takhta

2.

"Nooraihan tolong siapkan kerja ______________ dengan segera kerana _______________ perlu menghantarnya kepada cikgu hari ini juga," kata Borhan.

a)

kamu ... kita

b)

kita ... kami

c)

kami ... saya

d)

kalian ... kamu

3.

Batang joran yang digunakannya _______________ akibat tali pancing ditarik dengan kuat oleh ikan.

a)

meliuk

b)

melentok

c)

melentur

d)

menegang

4.

Pemain pertahanan pasukan hoki sekolah kami telah berjaya _______________ serangan pihak lawan daripada menjaringkan gol.

a)

mematahkan

b)

membanteras

c)

menghentikan

d)

melengahkan

5.

Pasangan penganti itu kelihatan sungguh _______________ dengan pakaian perkahwinan tradisional Melayu.

a)

ayu

b)

tampan

c)

hebat

d)

anggun

6.

Gubahan bunga itu dapat disiapkan walaupun masa yang diberikan ________________.

a)

larut

b)

lewat

c)

suntuk

d)

lampau

7.

Suara kumpulan koir yang ________________ dan harmoni itu telah berjaya menamba hati penonton.

a)

lunak

b)

nyaring

c)

lembut

d)

sedap

8.

Sikap Liza yang _________________ itu sesuai dengan jawatannya sebagai juruwang di sebuah restoran.

a)

cermat

b)

amanah

c)

ikhlas

d)

prihatin

9.

Murid-murid perlu tahu bahawa keupayaan ________________ mengatasi masalah dalam pelajaran banyak dipengaruhi _________________ keyakinan diri sendiri.

a)

untuk ... oleh

b)

supaya ... dengan

c)

bagi ... kerana

d)

agar ... demi

10.

Kasih sayangnya ________________ keluarga tidak luntur walaupun dia menetap di luar negara.

a)

dalam

b)

terhadap

c)

tentang

d)

dengan

11.

Dia menebang pokok kelapa itu _________________ tidak menimpa rumah sekiranya tumbang.

a)

jika

b)

supaya

c)

hingga

d)

kerana

12.

Herni masih tersenyum __________________ kakinya terseliuh semasa bermain-main di padang.

a)

sambil

b)

walaupun

c)

sementara

d)

manakala

13.

Pemain bola itu berjaya membuat tendangan yang _________________ gawang gol.

a)

membolosi

b)

menepati

c)

melepasi

d)

melewati

14.

Cikgu Mohamad gembira apabila murid-murid ________________ beliau telah menjuarai pertandingan bola baling peringkat daerah.

a)

asuhkan

b)

asuhan

c)

mengasuh

d)

diasuh

15.

Aktiviti pasukan unit beruniform amat menekankan aspek disiplin dan ________________ dalam pasukan.

a)

daya saing

b)

tunjuk ajar

c)

setia kawan

d)

janji temu

16.

Penduduk Taman Cempaka Sari ___________________ dan bermuafakat untuk menyelesaikan masalah mereka.

a)

bahu-membahu

b)

kuasa-menguasai

c)

lindung-melindungi

d)

sambut-menyambut

17.

Selepas mengambil beg dalam keadaan _______________, Farok berlari ke arah bas kerana takut ketinggalan.

a)

lintang-pukang

b)

serta-merta

c)

tunggang-langgang

d)

gopoh-gapah

18.

Beberapa _______________ tombak peninggalan datuk telah dijadikan hiasan dinding di rumah pak cik saya.

a)

laras

b)

puntung

c)

bilah

d)

pucuk

19.

Baju adik yang sudah ketat itu disimpan oleh ibu di dalam almari.


Pilih perkataan seerti bagi "ketat".

a)

sendat

b)

erat

c)

padat

d)

rapat

20.

Ayah berasa sangsi apabila mendengat khabar yang disampaikan oleh adiknya.


Pilih perkataan berlawan bagi "sangsi".

a)

lega

b)

tenang

c)

yakin

d)

tenteram

21.
a)

III dan IV

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

I dan II

22.
a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I dan IV

d)

II dan III

23.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.


Mengapakah perlawanan badminton di dewan sekolah itu terpaksa didtunda?

a)

Perlawanan badminton itu dihentikan sementara sehingga diberitahu kelak.

b)

Perlawanan badminton itu dilambatkan kerana dijalankan di dewan sekolah.

c)

Perlawanan badminton itu ditangguhkan akibat gangguan bekalan elektrik.

d)

Perlawanan badminton yang dilangsungkan di dewan sekolah telah ditamatkan.

24.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


Pantang larang orang-orang tua dapat mendidik dan mendisiplinkan diri kanak-kanak tentang sesuatu perkara.

a)

Mengapakah pantang larang orang-orang tua dipatuhi oleh kanak-kanak?

b)

Bagaimanakah orang-orang tua mendidik dan mendisiplinkan diri kanak-kanak?

c)

Apakah kebaikan pantang larang orang-orang tua terhadap kanak-kanak?

d)

Siapakah yang perlu mendisiplinkan kanak-kanak tentang sesuatu perkara?

25.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Puan Zainab mempelawa Cik Hanisah singgah di butiknya.

a)

"Pelawalah Cik Hanisah singgah di butiknya," kata Puan Zainab.

b)

"Silalah ke butik saya, Puan Zainab," pelawa Cik Hanisah.

c)

"Datanglah ke butik saya, Puan Zainab," undang Cik Hanisah.

d)

"Cik Hanisah, singgahlah di butik saya," ajak Puan Zainab.

26.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Encik Rashid telah menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program Bulan Bacaan.

a)

Program Bulan Bacaan telah dirasmikan oleh Encik Rashid setelah menyampaikan ucapannya.

b)

Ucapan program Bulan Bacaan telah dirasmikan oleh Encik Rashid.

c)

Encik Rashid terus merasmikan dan menyampaikan ucapan program Bulan Bacaan.

d)

Setelah menyampaikan ucapan Bulan Bacaan, Encik Rashid terus merasmikan program itu.

27.

Pilih ayat yang betul.

a)

Markah yang diberi oleh pengadil itu terlalu tinggi.

b)

Lori yang membawa berguni beras itu terbabas.

c)

Siti membaca majalah untuk mendengar radio.

d)

Nasi yang ditanak oleh kakak itu bukan hangit.

28.

Pilih ayat yang betul.


I Puan Aisyah membantu suaminya berniaga demi menambah pendapatan keluarga.


II Encik Salman baru menerima surat daripada anaknya di luar negara.


III Ayah berpesan kepada abang supaya bangun awal di waktu pagi.


IV Setiap murid haruslah melibatkan diri untuk aktiviti kokurikulum.

a)

I dan IV

b)

II dan III

c)

I dan II

d)

III dan IV

29.

Rosman sangat disenangi oleh saudara-mara kerana _________________nya yang sopan.

a)

air muka

b)

ramah mesra

c)

tutur kata

d)

budi bicara

30.

Jika tekun dan sabar dalam membuat sesuatu, kita akan mendapat hasilnya kerana ___________________.

a)

genggam bara api, biar sampai jadi arang

b)

sehari selembar benang, lama-lama jadi kain

c)

melentur buluh biarlah daripada rebungnya

d)

alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan