wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Tatabahasa BM 1

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Pak Ali gembira melihat buah-buah padinya yang bernas.

II Kanak-kanak keturunan Jepun itu bernas bercakap bahasa Melayu.

a)

I sahaja

b)

II sahaja

c)

I dan II

2.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Kita dilarang bercakap tentang perkara-perkara yang tidak bernas.

II Kesemua pemidato itu berjaya mengemukakan hujah yang bernas

a)

I sahaja

b)

II sahaja

c)

I dan II

3.

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.


Selepas menggulung tikar itu, emak bergegas ke dapur menyediakan sarapan.

a)

menghampar

b)

menghurai

c)

melipat

d)

menganyam

4.

Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.

Bolehkah kamu memberikan buku cerita ini kepada jiran kamu itu?

a)

Buku itu memang kepunyaannya.

b)

Baiklah, esok dia akan serahkannya.

c)

Buku itu akan saya serahkan esok.

d)

Jiran saya memang gemar membaca buku.

5.

Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.

Saya tidak mengenali Pak Man tetapi saya yakin dia ialah salah seorang pekerja di kilang ini.

a)

Bukankah Pak Man itu bapa saudara kamu?

b)

Siapakah yang mengenali Pak Man?

c)

Mengapakah Pak Man bekerja di kilang ini?

d)

Adakah kamu mengenali Pak Man?

6.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Ekspo MAHA itu telah mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat.

a)

Sambutan daripada masyarakat setempat yang hangat telah diberikan melalui ekspo MAHA itu.

b)

Sambutan yang hangat telah diberikan oleh masyarakat setempat terhadap ekspo MAHA itu.

c)

Sambutan masyarakat setempat yang hangat telah diberikan kepada ekspo MAHA itu.

7.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

“Siti, tolong angkat baju di ampaian kerana hari hendak hujan!” kata ibu.

a)

Siti disuruh oleh ibu mengangkat baju di ampaian kerana hari hendak hujan.

b)

Siti menyuruh ibu mengangkat baju di ampaian kerana hari hendak hujan.

c)

Ibu dan Siti tolong-menolong mengangkat baju di ampaian kerana hari hendak hujan.

8.

Pilih ayat yang betul

I Ahmad terpaksa menuntun basikal itu kerana tayarnya bocor.

II Dua belas murid-murid sedang berkhemah di puncak bukit.

a)

I sahaja

b)

II sahaja

c)

I dan II

9.

Pilih ayat yang betul


I Pekerja-pekerja di kilang itu sedang giat menganyam kain batik.

II Dari jauh lagi, Rohaya sudah tersenyum kerana dia berjaya mendapat 6A.

a)

i sahaja

b)

II sahaja

c)

i dan II

10.

Pilih ayat yang betul.

I Kilang membuat peralatan komputer itu mempunyai 300 orang pekerja.

II Industri pembuatan kereta semakin berkembang pesat di negara kita.

a)

I sahaja

b)

II sahaja

c)

I dan II

11.

Pilih ayat yang betul.

I Sayurnya menjadi sangat-sangat masin kerana terlebih garam sudah.

II Kakaknya sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.

a)

I sahaja

b)

II sahaja

c)

I dan II

12.

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

Pengesahan menyertai pertandingan itu hendaklah dibuat pada atau sebelum 16 Ogos 2019.

a)

penutupan

b)

pembatalan

c)

pengakuan

d)

pelaksanaan

13.

Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.

Mengapakah dia dipilih sebagai olahragawan sekolah pada tahun lepas?

a)

Dia dipilih sebagai olahragawan sekolah kerana dia mempunyai sikap yang patut dicontohi.

b)

Dia dipilih sebagai olahragawan kerana dia rajin bersenam

c)

Dia dipilih sebagai olahragawan sekolah pada tahun lepas kerana mengharumkan nama sekolah dalam bidang sukan.

14.

Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.

Semangat kerjasama dan kepimpinan yang dinamik menjadikan Kampung Bahagia sebagai Kampung Wawasan.

a)

Mengapakah Kampung Bahagia dipilih sebagai Kampung Wawasan?

b)

Betulkah Kampung Bahagia Berjaya menjadi Kampung Wawasan?

c)

Kampung apakah yang menjadi Kampung Wawasan?

15.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Setiap kali Syazwani melintasi tanah perkuburan itu, sudah pasti bulu romanya akan meremang.

a)

Bulu roma Syazwani sudah pasti akan meremang setiap kali dia melintasi tanah perkuburan itu.

b)

Bulu roma Syazwani sudah pasti akan meremang setiap kali dia melintasi tanah perkuburan itu.

c)

Tanah perkuburan itu akan meremangkan bulu roma setelah Syazwani melintasinya.