Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Tahun 5 : Haba

Total questions: 30

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

PENYATAAN BERIKUT ADALAH BERKAITAN DENGAN


Suhu ialah ukuran darjah kepanasan sesuatu bahan. Unit piawai bagi suhu ialah darjah celsius (oC).

Unit lain bagi ukuran suhu ialah darjah Fahrenheit (oF). Termometer ialah alat yang digunakan untuk mengukur suhu.

a)

SUHU

b)

TERMOMETER

c)

CUACA

d)

HUJAN DAN PETIR

2.

Suhu ialah ukuran .................. kepanasan sesuatu bahan.

a)

sentimeter

b)

kelas

c)

darjah

d)

kilometer

3.

Unit piawai bagi suhu ialah darjah ...........

a)

milimeter(mm)

b)

sentimer (cm)

c)

kilometer (oF)

d)

celsius (oC)

4.

.....................ialah alat yang digunakan untuk mengukur suhu.

a)

Binokular

b)

Steteoskop

c)

Termometer

d)

Borrometer

5.

Apabila menyukat bahan yang........., jalur................. dalam termometer menjadi panjang dan menunjukkan bacaan suhu yang tinggi.

a)

sejuk /perak

b)

panas /emas

c)

panas /perak

d)

sejuk / tembaga

6.

Apabila menyukat bahan yang............, jalur............ dalam termometer menjadi pendek dan menunjukkan bacaan suhu yang rendah.

a)

sejuk/perak

b)

panas /perak

c)

sejuk/tembaga

d)

sejuk/hitam

7.

Berikut ialah kaedah menggunakan termometer dengan betul ,kecuali

a)

Pegang batang termometer secara terbalik.

b)

Letakkan termometer ke dalam air.

c)

Elakkan bebuli merkuri tersentuh dasar bekas.

d)

Tunggu sehingga aras merkuri berhenti bergerak.

8.

Haba ialah satu bentuk......... Haba mengalir dari bahan yang lebih panas kepada bahan yang lebih sejuk.

a)

cahaya

b)

tenaga

c)

bunyi

d)

pepejal

9.

Sesuatu bahan menjadi panas apabila menerima haba.Suhu akan.................. apabila menerima haba.

a)

menurun

b)

meningkat

c)

mendatar

d)

tiada apa-apa berlaku

10.

Sesuatu bahan menjadi sejuk apabila kehilangan haba.Suhu akan............... apabila kehilangan haba.

a)

menurun

b)

meningkat

c)

mendatar

d)

tiada apa-apa berlaku

11.

Bahan akan....................... apabila menerima haba. Bahan akan.................. apabila kehilangan haba.

a)

mengecut / mengembang

b)

menurun / menurun

c)

mengecut / mendidih

d)

mengembang / mengecut

12.

Selepas bebola besi dipanaskan, bola besi................... dan tidak boleh melalui gelang.

a)

mengecut

b)

mengembang

c)

menggecil

d)

membesar

13.

Apabila air berwarna dipanaskan, air berwarna................... menyebabkan arasnya di dalam salur kaca......................

a)

mengecut /meningkat

b)

mengembang /menurun

c)

mengembang /meningkat

d)

mengembang /mendatar

14.

Apabila air berwarna disejukkan, air berwarna mengecut dan menyebabkan arasnya di dalam salur kaca....................

a)

meningkat

b)

menurun

c)

mendatar

d)

tiada apa-apa berlaku

15.

Berdasarkan pemerhatian anda ,apakah yang akan berlaku jika botol itu direndam didalam air panas.

a)

belon akan mengembang

b)

belon akan mengecut

c)

belon akan hilang

d)

botol akan mengembang

16.

Eksperimen ini untuk menguji ...............

a)

Pengembangan dan pengecutan bagi gas

b)

Pengembangan dan pengecutan bagi pepejal

c)

Pengembangan dan pengecutan bagi cecair

d)

Pengembangan dan pengecutan bagi asid

17.

Apabila udara di dalam belon........., udara.............. dan menyebabkan belon....................

a)

disejukkan /mengecut /menggembang

b)

dipanaskan /mengecut /mengempis

c)

disejukkan /mengembang /mengempis

d)

disejukkan /mengecut /mengempis

18.

Landasan kereta api dibina dengan ruang-ruang di antaranya untuk membolehkan.................... semasa cuaca panas.

a)

pengembangan

b)

penggecutan

c)

penggaratan

d)

pendaratan

19.

Ruang-ruang dibuat di antara kepingan konkrit pada laluan pejalan kaki untuk membolehkan........................ pada hari panas.

a)

pengembangan

b)

penggecutan

c)

penggaratan

d)

pendaratan

20.

Kabel elektrik dipasang secara melendut untuk mengelakkan kabel daripada putus apabila .................. semasa cuaca sejuk.

a)

pengembangan

b)

mengecut

c)

penggaratan

d)

pendaratan

21.

Penggunaan sifat.................. pada termometer yang mudah mengembang dan mengecut untuk mengukur suhu badan.

a)

warna cecair

b)

merkuri

c)

pepejal

d)

cecair berwarna

22.

X ialah ..............

a)

haba

b)

suhu

c)

cuaca

d)

matahari

23.

Antara yang berikut menunjukkan perubahan tenaga yang betul bagi alat tersebut/

a)

tenaga kinetik ---------------> tenaga bunyi

b)

tenaga eletrik ---------------> tenaga haba

c)

tenaga kinetik ---------------> tenaga cahaya

d)

tenaga cahaya ---------------> tenaga haba

24.

erdasarkan rajah, pilih pernyataan yang benar tentang penyiasatan.

a)

Haba dikurangkan

b)

Haba ditambahkan

c)

Air kehilangan haba

d)

Air menjadi semakin sejuk

25.

Satu bikar air dipanaskan dengan menggunakan penunu Bunsen.Antara yang berikut, yang manakah akan berlaku?

I. Air akan memperolehi haba.

II. Air akan kehilangan haba.

III. Suhu air akan meningkat.

IV. Suhu air akan menurun.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

26.

Rajah menunjukkan hasil satu penyiasatan terhadap sebikar air.


Pernyataan manakah yang menerangkan pemerhatian ini?

a)

Air menyerap haba

b)

Air sedang dipanaskan

c)

Air mengalirkan haba

d)

Air kehilangan haba

27.

Rajah menunjukkan sebuah carta palang yang menunjukkan perubahan suhu air dalam sebuah bikar.


Berdasarkan rajah, yang manakah pernyataan yang benar?

a)

Air dimasukkan ke dalam peti ais

b)

Ais dibiarkan di bawah panas Matahari

c)

Ais kehilangan haba ke persekitaran

d)

Matahari menyerap haba dari ais

28.

Rajah menunjukkan penyiasatan tentang perubahan suhu air.


Antara berikut yang manakah menerangkan sebab perubahan itu?

a)

Suhu air terus meningkat

b)

Air akan menjadi suam

c)

Haba terus dibebaskan

d)

Haba diserap

29.

Rajah menunjukkan hasil satu penyiasatan apabila satu sudu besi dimasukkan ke dalam bekas yang berisi air.


Pernyataan manakah yang menerangkan pemerhatian ini.

a)

Sudu besi berkarat

b)

Sudu besi mengecut

c)

Sudu besi ialah logam

d)

Sudu besi telah disejukkan

30.

Sebuah bikar yang mengandungi air dipanaskan.Suhu air dicatat setiap 5 minit.Jadual berikut menunjukkan bacaan suhu air.


Berapakah suhu air pada minit yang ke 15?

a)

54 ̊C

b)

57 ̊C

c)

60 ̊C

d)

70 ̊C