WorksheetsLatihan Peribahasa
Total questions: 16
Worksheet time: 8mins
Setelah 10 tahun menetap di England, akhirnya Encik Saleh membawa keluarganya pulang ke tanah air.
Seperti kerbau di cucuk hidung
Seperti si buta mendapat tongkat
Seperti gagak pulang ke benua
Seperti aur dengan tebing
Hazim dan Zahin merupakan saudara kembar. Wajah mereka hampir sama.
bagai pelanduk dua serupa
Bagai isi dengan kuku
Bagai belangkas
Bagai bulan dengan matahari
Iman dan Imani merupakan saudara kembar. Hubungan mereka sangat rapat.
Bagai cincin dengan permata
Bagai isi dengan kuku
Bagai kera mendapat bunga
Bagai buku dengan ruas
Fatih kelihatan tercengang-cengang kehairanan kerana pertama kali melancong ke Seoul, Korea Selatan .
Seperti langit dengan bumi
Bagai kunyit dengan kapur
Seperti pungguk rindukan bulan
Seperti rusa masuk kampung
Encik Zailan berasa amat gelisah ketika duduk di luar bilik pembedahan itu kerana menanti isterinya menjalani pembedahan.
seperti kera mendapat bunga
Seperti katak kena simbah air
seperti cacing kepanasan
Seperti langau di ekor gajah
Siti Muslihah berasa tidak selesa berada di rumah itu kerana dia tidak dikasihi oleh ibu bapa angkatnya.
Seperti enau dalam belukar
Bagai menatang minyak yang penuh
seperti melukut di tepi gantang
bagai aur ditarik songsang
Pasangan pengantin baharu itu bukan sahaja anggun malah sangat sepadan.
bagai pinang dibelah dua
seperti mabuk gadung
bagai bulan dipagar bintang
seperti pungguk rindukan bulan
Puan Shikin memarahi beberapa orang murid yang kononnya mahu membaiki pintu kelas, sebaliknya mereka telah merosakkannya.
seperti tikus jatuh ke beras
seperti tikus membaiki labu
seperti anjing dengan kucing
seperti anjing buruk kepala
Para penonton sangat kagum akan kecantikan wanita kacukan Melayu dan Cina itu.
seperti bulan dan matahari
seperti bulan empat belas
laksana bulan dipagar bintang
seperti bulan jatuh ke riba
Suara jurulatih kawad kaki itu sangat digeruni kerana suaranya seperti _________________.
kambing dibawa ke air
bidadari
pacat kenyang
halilintar membelah bumi
Setelah gagal dalam saringan kedua, hasrat Johnny untuk memasuki pertandingan pidato ke peringkat negeri tidak kecapaian.
bagai air titik ke batu
umpama kaca terhempas ke batu
seperti itik pulang petang
macam anjing beranak enam
Harga yang ditawarkan di kedai itu bukan sahaja mahal, malah tidak boleh ditawar lagi.
macam beruk mendapat bunga
macam ayam kehilangan ibu
macam Belanda minta tanah
macam kucing kelilangan anak
Kasmini tidak mengetahui tentang peristiwa kemalangan jalan raya yang melibatkan rakan sekelasnya minggu lalu. Sedangkan kejadian itu sudah dihebahkan di media massa.
seperti katak di bawah tempurung
seperti lembu kasi
seperti mencangkul angin
seperti gagak menggonggong telur
Watak Buang dalam filem Darjan Hassan menunjukkan wujudnya pengkhianat dalam sesebuah masyarakat.
bagai mencurahkan air ke daun keladi
bagai telur di hujung tanduk
bagai api dalam sekam
bagai gunting dalam lipatan
Hasril sangat beruntung kerana dia dijadikan anak angkat oleh sebuah keluarga kaya-raya dan penyayang.
seperti tikus jatuh ke beras
seperti api dalam sekam
seperti melukut di tepi gantang
seperti murai tercabut ekor
Kemenangan Ulwan dalam pertandingan silat petang semalam sangat mengejutkan kerana dia merupakan seorang yang sangat pendiam.
seperti belanda minta tanah
seperti kambing menanduk bukit
seperti harimau menyembunyikan kuku
seperti bulan dipagar bintang
