Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BADAN PERUNDANGAN PERSEKUTUAN

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Tugas-tugas Yang Dipertua Dewan Rakyat ialah


(Pilih 2 jawapan paling tepat)

a)

Mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat

b)

Memastikan peraturan Dewan Rakyat dipatuhi

c)

Membubarkan Parlimen pada akhir penggal

d)

Melantik Perdana Menteri

2.

Pegawai yang mengendalikan urusan perjalanan mesyuarat Dewan Rakyat dan Dewan Negara seperti mencatat minit mesyuarat (Handsard)

a)

Senator

b)

Yang Dipertua

c)

Speaker Dewan

d)

Setiausaha Dewan

3.

yang berikut ialah bidang kuasa Dewan Negara, kecuali

a)

Menolak rang undang-undang

b)

Mengkaji rang undang-undang

c)

Menangguhkan rang undang-undang

d)

Membahaskan rang undang-undang

4.

Tugas utama Dewan Rakyat dan Dewan Negara ialah

(Pilih 2 jawapan yang tepat)

a)

Membahaskan masalah-masalah rakyat

b)

Membahaskan ideologi parti-parti politik

c)

Memutuskan dan menetapkan dasar-dasar negara.

d)

Menggubal, membentang dan meluluskan undang-undang

5.

Yang manakah keahliannnya bergantung secara langsung kepada keputusan sesuatu pilihan raya umum?

(Pilih 2 jawapan paling tepat)

a)

Ahli Kabinet

b)

Ahli Dewan Rakyat

c)

Ahli Dewan Negara

d)

Ahli Dewan Undangan Negeri

6.

Yang manakah benar tentang Dewan Rakyat?

(Pilihan 2 jawapan paling tepat)

a)

Setiausaha Dewan Rakyat ialah Ketua Setiausaha Negara

b)

Perdana Menteri mempengerusikan Persidangan Dewan Rakyat

c)

Yang Dipertua Dewan Rakyat dibantu oleh dua orang timbalan

d)

Parti yang menguasai majoriti kerusi di Dewan Rakyat akan membentuk kerajaan.

7.

Yang manakah akan menyebabkan Encik X hilang kelayakannya sebagai seorang Ahli Dewan Rakyat?

(Pilih 2 jawapan paling tepat)

a)

Menggunakan hak kewarganegaraan asing.

b)

Menjalani hukuman penjara selama setahun dan dikenakan denda RM1000

c)

Menjalankan perniagaan dan menjadi pengarah beberapa buah syarikat

d)

Tidak menghadiri persidangan Parlimen selama enam bulan dengan izin Speaker

8.

Yang manakah merupakan kuasa Dewan Negara ke atas rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat?

(Pilih 2 jawapan paling tepat)

a)

Menangguhkan kelulusan rang undang-undang itu

b)

Meluluskan rang undang-undang itu

c)

Menolak rang undang-undang itu dengan menggunakan kuasa vetonya

d)

Meminda rang undang-undang itu tanpa persetujuan Dewan Rakyat

9.

Perkara yang berikut mencerminkan keistimewaan Dewan Rakyat menurut Perlembagaan Malaysia

(Pilih 2 jawapan paling tepat)

a)

Ahli Dewan Rakyat sahaja berhak dilantik menjadi Perdana Menteri.

b)

Ahli Dewan Rakyat mempunyai kata pemutus dalam rang undang-undang kewangan.

c)

Ahli Dewan Rakyat sahaja yang boleh dipilih menganggotai Kabinet.

d)

Ahli Dewan Rakyat sahaja yang boleh dilantik menganggotai Jawatankuasa Dewan

10.

Dewan Negara terdiri daripada ahli yang terpilih daripada

(Pilih 2 jawapan paling tepat)

a)

Calon yang dicadangkan oleh Dewan Undangan Negeri

b)

Cadangan Yang di-Pertuan Agong mengikut nasihat Majlis Raja-Raja

c)

2 orang wakil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

d)

Ahli Dewan Rakyat

11.

Antara berikut yang manakah fungsi Parlimen?

(Pilih 2 jawapan paling tepat)

a)

Melaksanakan dasar kerajaan

b)

Membincangkan isu masyarakat

c)

Menguatkuasakan undang-undang

d)

Meluluskan hal yang berkaitan dengan kewangan

12.

Yang manakah akan menyebabkan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakannya?

a)

Terlibat dalam perniagaan

b)

Disabitkan kesalahan dan dihukum penjara selama dua tahun

c)

Tidak hadir persidangan dengan kebenaran Jawatankuasa Parlimen.

d)

Tidak menghantar penyata perbelanjaan bulanan dalam tempoh yang ditetapkan.

13.

Ahli Dewan Negara dari Kuala Lumpur dan Putrajaya dilantik oleh

a)

Datuk Bandar

b)

Perdana Menteri

c)

Yang di-Pertuan Agong

d)

Ketua Setiausaha Negara

14.

Yang manakah berkaitan dengan pembubaran Parlimen?

(Pilih 2 jawapan paling tepat)

a)

Pembubaran Parlimen adalah atas kuasa Perdana Menteri

b)

Pembubaran Parlimen bermaksud pembubaran keseluruhan Majlis Parlimen.

c)

Parlimen hanya akan terbubar secara automatik apabila genap lima tahun

d)

Persidangan Parlimen yang baharu harus diadakan dalam tempoh 120 hari dari tarikh pembubarannya.

15.

Yang manakah benar tentang keanggotaan serentak dalam Badan Perundangan dan Badan Pentadbiran?

(Pilih 2 jawapan yang paling tepat)

a)

Seorang Menteri Besar boleh dipilih menganggotai Dewan Rakyat

b)

Seorang Ahli Dewan Negara boleh dilantik menjadi speaker Dewan Rakyat

c)

Seorang Ahli Dewan Negara boleh dilantik menganggotai Jemaah Menteri

d)

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri boleh menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri