wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Sistem Bahasa-Kata Ganda Penuh

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Ivy, Mirrah dan Dewi merupakan _________ saya semasa menuntut di Universiti Putra Malaysia dahulu.

a)

kakak-kakak

b)

rakan-rakan

c)

guru-guru

d)

jiran-jiran

2.

Saya sentiasa berdoa ________ Mak Cik Jinah sembuh daripada penyakitnya.

a)

A cukup-cukup

b)

tegap-tegap

c)

moga-moga

d)

kuat-kuat

3.

Adik makan asikrim secara ________ kerana takut dimarahi oleh ibu.

a)

sembunyi-sembunyi

b)

sekat-sekat

c)

gelap-gelap

d)

jauh-jauh

4.

Usia Nirmala ________ 12 tahun pada tahun April nanti.

a)

padat-padat

b)

genap-genap

c)

nyaris-nyaris

d)

bulat-bulat

5.

________ kaum ibu di kampung ini mahir menganyam tikar.

a)

Macam-macam

b)

Siapa-siapa

c)

Masing-masing

d)

Rata-rata

6.

Buku yang dimiliki oleh Kok Seng ______belaka.

a)

keras-keras

b)

kasar-kasar

c)

tebal-tebal

d)

nipis-nipis

7.

Badan saya _______ setelah mendaki Gunung Kinabalu yang tinggi itu.

a)

lembik-lembik

b)

carik-carik

c)

gemuk-gemuk

d)

sakit-sakit

8.

Dia menatap gambar ibu yang dirindui itu _______.

a)

lambat-lambat

b)

hampir-hampir

c)

lama-lama

d)

jelas-jelas

9.

Saya ______ untuk membuat kuih tradisional itu tetapi tidak menjadi.

a)

susah-susah

b)

agak-agak

c)

takut-takut

d)

cuba-cuba

10.

Kuih karipap yang baru lepas digoreng itu ______ belaka.

a)

pahit-pahit

b)

panas-panas

c)

comel-comel

d)

cantik-cantik

11.

______ petang mereka berlatih bermain bola sepak di padang.

a)

Siang-siang

b)

Tahu-tahu

c)

Asyik-asyik

d)

Tiap-tiap

12.

Harga telefon bimbit itu masih tidak _______ walaupun telah lama berada di pasaran.

a)

sedikit-sedikit

b)

nipis-nipis

c)

turun-turun

d)

laris-laris

13.

Pembedahan pintasan jantung itu dilakukan oleh ______ perubatan di Institut Jantung Negara.

a)

pakar-pakar

b)

handal-handal

c)

hebat-hebat

d)

wakil-wakil

14.

“ ________ dia anak orang kaya, dia tidak mahu berkawan dengan kita,” kata Farid kepada Kelvin.

a)

Mentang-mentang

b)

Harap-harap

c)

Kadang-kadang

d)

Moga-moga

15.

Cikgu Linda menulis _______ karangan yang perlu dibuat oleh murid-muridnya di papan hitam.

a)

gambar-gambar

b)

tajuk-tajuk

c)

abjad-abjad

d)

kira-kira

16.

Di dalam cahaya yang ______ itu, dia melihat seseorang cuba membuka pintu pagar rumahnya.

a)

sedikit-sedikit

b)

pudar-pudar

c)

samar-samar

d)

kelip-kelip

17.

Isteri nelayan menjemur ikan di atas ______ yang dibina di halaman rumahnya.

a)

papan-papan

b)

para-para

c)

ruang-ruang

d)

rak-rak

18.

Tok Guru memilih pesilat yang _____ untuk menyertai pertandingan silat pada bulan hadapan.

a)

garang-garang

b)

lincah-lincah

c)

kasar-kasar

d)

licin-licin

19.

Qistina tidak mampu membeli pakaian di butik itu kerana semuanya _______.

a)

murah-murah

b)

mahal-mahal

c)

cantik-cantik

d)

baru-baru

20.

Dalam _______ , rupa-rupanya Adli membeli sebuah rumah banglo untuk keluarganya.

a)

dengar-dengar

b)

malu-malu

c)

dekat-dekat

d)

diam-diam