wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SMKE Akidah & Fekah T2

Total questions: 84

Worksheet time: 1hrs 5mins

Name
Class
Date
1.

Maksud Al-Qadir dari segi bahasa ialah...

a)

Yang Pemurah

b)

Yang Pengasih

c)

Yang Menentukan

d)

Yang Kuat

2.

2 bukti Allah SWT bersifat al-Qadir ialah...

a)

Allah SWT menguasai suluruh alam meliputi matahari, bulan , bintang dan cakerawala

b)

Allah SWT berkuasa memberi rezeki kepada sesiapa sahaja yang berusaha mencarinya

c)

Allah SWT berkuasa mencipta langit dan bumi

d)

Allah SWT berkuasa mengazab sesiapa yang melakukan dosa dengan azab yang sangat pedih

3.

Maksud yang tepat bagi menggambarkan pengertian Al-Qawiy dari segi istilah ialah...

a)

Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT yang Maha Berkuasa menentukan sesuatu perkara berdasarkan kehendak (iradat) dan ilmunya

b)

Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT yang Maha Kuat dan mempunyai kekuatan yang sempurna

c)

Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT yang Maha Pengasih terhadap seluruh makhluk-Nya

d)

Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT yang Maha Pemberi Rezeki kepada setiap makhluk-Nya

4.

Antara berikut adalah bukti Allah SWT bersifat dengan sifat al-Qadir kecuali...

a)

Allah SWT berkuasa menghidupkan semula orang yang telah mati

b)

Allah SWT berkuasa mengurniakan mukjizat kepada nabi dan rasul.

c)

Allah SWT berkuasa memberi rezeki kepada sesiapa sahaja yang berusaha mencarinya.

d)

Allah SWT berkuasa menukar siang dan malam

5.

Malaikat adalah makhluk Allah SWT yang diciptakan daripada....

a)

tanah

b)

api

c)

cahaya

d)

air

6.

Berdasarkan jadual di atas, pilih pernyataan yang tepat berkaitan nama malaikat dan tugasnya...

a)

I dan III

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

I dan IV

7.

Malaikat Ridhuan ditugaskan untuk...

a)

menjaga syurga

b)

meniup sangkakala

c)

menurunkan rezeki

d)

menjaga neraka

8.

Antara berikut yang manakah adalah tugas lain Malaikat?

a)

Menanggung Arasy

b)

Mendoakan kesejahteraan dan keampunan orang Islam yang taat

c)

Bertasbih kepada Allah SWT

d)

Mencatat segala amal baik dan buruk manusia

9.

Berdasarkan jadual di atas, pilih perbezaan yang tepat di antara malaikat dan manusia.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

10.

Dua hikmah beriman kepada Malaikat ialah...

a)

Membentuk peribadi muslim yang sejati

b)

Memupuk sifat berani melakukan kemungkaran kepada Allah SWT

c)

Menggalakkan seseorang meninggalkan larangan Allah SWT

d)

Menjadikan seseorang sentiasa berwaspada dalam amalan

11.

Beriman kepada kitab adalah rukun iman yang ke...

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

e)

5

12.

Kitab Zabur diturunkan kepada...

a)

Nabi Muhammad SAW

b)

Nabi Musa a.s

c)

Nabi Isa a.s

d)

Nabi Daud a.s

13.

Pilih padanan yang tepat berkaitan nama kitab dan Rasul yang menerimanya

a)

I dan III

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

II dan IV

14.

Apakah yang dimaksudkan dengan suhuf?

a)

Kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s

b)

Kalam Allah SWT yang mengandungi hukum dasar, kata-kata hikmah dan pengajaran kepada manusia

c)

Sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW sama ada percakapan, perbuatan, sifat ataupun taqrir Baginda SAW

d)

Kitab samawi yang diturukan oleh Allah SWT kepada empat orang Rasul.

15.

Pilih pernyataan yang tepat mengenai nama kitab dan bahasa yang digunakan

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

16.

Pilih padanan yang betul berkaitan nama Nabi dan bilangan suhuf yang diterimanya

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

17.

Pilih tiga keistimewaan al-Quran daripada pilihan jawapan di bawah...

a)

Mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia di dunia dan di akhirat

b)

Terpelihara sehingga hari kiamat

c)

Tidak menasakhkan kitab-kitab yang terdahulu

d)

Gaya bahasanya yang indah dan tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun

18.

Dua tujuan al-Quran diturunkan kepada manusia ialah..

a)

sebagai petunjuk kepada orang yang bertakwa

b)

sebagai bukti kerasulan Nabi Isa a.s

c)

sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW

19.

Susunan yang tepat tentang proses kejadian manusia ialah...

a)

Nutfah - Mudghah - Alaqah - Izham - Lahm - Bayi

b)

Nutfah - Alaqah - Mudghah - Izham - Lahm - Bayi

c)

Nutfah - Izham - Alaqah - Mudgah - Lahm - Bayi

d)

Nutfah - Lahm - Izham - Mudgah - Alaqah - Bayi

20.

Dua hikmah beriman kepada al-Quran ialah...

a)

dapat menjaga jiwa, keturunan, dan harta

b)

dapat mengurangkan keyakinan kepada Allah SWT

c)

dapat merapatkan hubungan persaudaraan sesama Islam

d)

dapat membantutkan ekonomi umat Islam dan negara

21.

Hukum solat berjemaah bagi seseorang individu ialah...

a)

wajib

b)

sunat

c)

sunat muakad

d)

harus

22.

Hukum solat berjemaah bagi sesebuah komuniti masyarakat ialah...

a)

Fardhu Ain

b)

Wajib

c)

Sunat Muakad

d)

Fardhu Kifayah

23.

Antara berikut adalah syarat menjadi imam kecuali...

a)

Imam boleh membaca al-Fatihah dengan betul

b)

Imam lelaki bagi semua makmum.

c)

Makmum yakin sah solat Imam

d)

Imam perempuan bagi semua jenis makmum

24.

Berikut adalah ciri-ciri keutamaan orang yang dipilih sebagai imam kecuali...

a)

pemimpin

b)

telah berkahwin

c)

tetamu

d)

lebih merdu suaranya

25.

Antara yang berikut adalah syarat solat berjemaah kecuali...

a)

Makmum berniat mengikut imam

b)

Makmum tidak mengetahui pergerakan imam

c)

Makmum mengikut semua pergerakan imam setelah imam sempurna pergerakannya

d)

Jarak saf terakhir di dalam masjid dengan saf pertama di luar masjid tidak melebihi 150 meter

26.

Makmum muafiq ialah...

a)

Makmum yang sempat membaca surah al-Fatihah dengan sempurna bersama imam sebelum imam rukuk rakaat pertama

b)

Makmum yang tidak sempat membaca surah al-Fatihah dengan sempurna bersama imam sebelum imam rukuk pada rakaat pertama

27.

Ahmad tertinggal tiga rukun panjang iaitu rukuk dan dua sujud ketika solat berjemaah. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Ahmad?

a)

Berniat keluar daripada mengikut imam (mufarraqah)

b)

Meneruskan solat seperti biasa sehingga kembali sama dengan pergerakan imam

c)

Terus mengikut pergerakan imam dan menggantikan rakaat tersebut selepas imam memberi salam

d)

Membatalkan solat berjemaah yang dilakukan

28.

Dua kaifiat solat bagi makmum yang masbuk ialah...

a)

tidak menambah bilangan rakaat yang tertinggal sebaliknya selesai solat bersama-sama imam

b)

tidak tergesa-gesa mendapatkan rakaat bersama-sama imam

c)

berdiri tegak, berniat, takbiratul ihram dan tomakninah serta terus mengikut pergerakan imam

d)

memberi salam bersama-sama imam semasa imam di rakaat yang terakhir

29.

Dua hikmah solat berjemaah ialah...

a)

melahirkan masyarakat yang tidak berdisiplin dan tidak mematuhi arahan pemimpin

b)

melatih diri menjadi seorang pemimpin yang berkualiti

c)

mendapat ganjaran pahala dengan kelebihan 20 kali ganda berbanding solat sendirian

d)

menyihatkan tubuh badan dan bertenaga melalui aliran cas elektrik positif dan negatif dalam badan

30.

Hukum Solat Jumaat ialah...

a)

Fardhu Ain bagi setiap lelaki yang mukallaf

b)

Fardhu Ain bagi setiap lelaki yang mumayyiz

c)

Fardhu Kifayah bagi setiap lelaki yang mukallaf

d)

Fardhu Kifayah bagi setiap lelaki yang mumayyiz

31.

Antara syarat wajib solat jumaat ialah...

a)

Kanak-kanak

b)

Hamba

c)

Perempuan

d)

Bermastautin

32.

Antara dua daripada yang berikut adalah syarat sah solat jumaat iaitu...

a)

Islam bukan kafir

b)

Didirikan di masjid

c)

Berakal bukan gila

d)

Bilangan jemaah sekurang-kurangnya 40 jemaah yang bermastautin termasuk imam

33.

Mastautin bermaksud...

a)

orang yang sedang dalam perjalanan yang melebihi 2 marhalah

b)

orang yang menetap di satu tempat melebihi 3 hari tidak termasuk perjalanan pergi dan balik

c)

orang yang tinggal tetap di sesuatu tempat

34.

Hukum mengerjakan solat jumaat bagi orang yang bermusafir ialah

a)

Wajib jika mendengar laungan azan

b)

Harus

c)

Wajib jika memulakan perjalanan selepas waktu subuh hari jumaat

d)

Sunat Muakad

35.

Dua syarat khutbah jumaat bagi Khatib ialah...

a)

berturut-turut antara rukun khutbah

b)

rukun khutbah didengari oelh 40 orang jemaah

c)

berdiri sekiranya mampu dan duduk antara dua khutbah

d)

rukun khutbah disampaikan dalam bahasa arab

36.

Antara berikut adalah rukun khutbah jumaat kecuali...

a)

memuji Allah SWT

b)

berselawat ke atas Rasulullah SAW

c)

memberi nasihat supaya bertakwa

d)

membaca ayat al-Quran pada satu daripada dua khutbah

e)

didahului dengan lafaz takbir

37.

Dua perkara sunat khutbah jumaat bagi seorang khatib ialah..

a)

berkhutbah di atas mimbar

b)

memanjangkan kedua-dua khutbah

c)

memberi salam setelah selesai menyampaikan khutbah

d)

menguatkan suara agar didengar sekurang-kurangnya 40 jemaah

38.

Pilih antara amalan sunat yang boleh dilakukan pada hari jumaat..

a)

membaca surah al-Kahfi

b)

memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW

c)

melambat-lambatkan datang ke masjid

d)

memakai pakaian yang terbaik dan berwangi-wangian

39.

Apakah yang dimaksudkan dengan tayamum?

a)

menyucikan najis dengan menggunakan air mutlak

b)

menyapu debu tanah yang suci ke muka dan dua tangan

c)

menyapu air ke beberapa anggota badan bagi tujuan mengerjakan sesuatu ibadah

d)

meratakan air ke seluruh anggota badan dan dimulai dengan niat

40.

Antara berikut adalah sebab diharuskan bertayamum iaitu...

a)

ada air yang melebihi keperluan

b)

sejuk yang boleh memudaratkan kesihatan

c)

tidak dapat menggunakan air kerana luka kecil

d)

air berada ditempat yang terlalu jauh

41.

Berikut adalah syarat bertayamum iaitu...

a)

yakin telah masuk waktu solat

b)

tidak perlu menentukan arah kiblat sebelum bertayamum

c)

menghilangkan najis terlebih dahulu sebelum bertayamum

d)

menggunakan debu tanah yang bercampur dengan bahan lain

42.

Berikut adalah kaifiyat yang betul dalam bertayamum iaitu...

a)

Niat - menyapu debu tanah kedua belah tangan - menyapu debu tanah ke muka - tertib

b)

Niat - menyapu debu tanah ke muka - menyapu debu tanah kedua belah tangan - tertib

c)

Tertib - menyapu debu tanah kedua belah tangan - menyapu debu tanah ke muka - niat

d)

Tertib - menyapu debu tanah ke muka - meyapy debu tanah kedua belah tangan - niat

43.

Antara syarat debu yang boleh digunakan untuk bertayamum ialah...

a)

Suci dan tidak bernajis

b)

mustakmal

c)

bercampur dengan bahan lain

d)

abu kayu

44.

Ali bertayamum sebelum masuk waktu solat. Apakah hukum tayamum tersebut?

a)

Sah

b)

Tidak Sah

45.

Zakiah boleh menggunakan air setelah sembuh daripada lukanya tetapi Zakiah tetap bertayamum ketika hendak menunaikan solat. Apakah hukum bagi situasi tersebut?

a)

Sah

b)

Tidak sah

46.

Rukhsah dari segi bahasa ialah...

a)

cepat dan tangkas

b)

mudah dan ringan

c)

senang dan cepat

d)

mudah dan senang

47.

Konsep rukhsah dari segi istilah ialah...

a)

keringanan hukum

b)

dalam apa jua keadaan

c)

bagi seseorang mukallaf

d)

keuzuran tertentu

48.

Hukum menyapu balutan dengan air ketika berwuduk dan mandi wajib adalah....

a)

harus

b)

sunat

c)

wajib

d)

makruh

49.

Pernyataan di atas merujuk kepada tatacara berwuduk apabila...

a)

seluruh anggota wuduk tidak boleh terkena air

b)

sebahagian besar anggota wuduk tidak boleh terkena air

c)

sebahagian kecil anggota wuduk tidak boleh terkena air

50.

Solat Jamak bermaksud "menghimpunkan dua Solat Fardhu dalam satu waktu". Ianya terbahagi kepada dua bahagian iaitu...

a)

Jamak Tertib dan Tartil

b)

Jamak Ain dan Kifayah

c)

Jamak Fardhu dan Sunat

d)

Jamak Taqdim dan Ta'khir

51.

Pilih jawapan yang betul berdasarkan jadual di atas...

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

52.

Solat Qasar ialah...

a)

menghimpunkan dua solat fardhu dalam satu masa

b)

memendekkan solat fardhu empat rakaat kepada dua rakaat

53.

Tentukan tiga syarat diharuskan solat qasar

a)

Dilakukan ketika sedang bermusafir

b)

boleh berjemaah mengikut imam yang bermukim

c)

telah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal

d)

tidak berniat untuk menetap melebihi tiga hari tidak termasuk perjalan pergi dan balik

54.

Berikut adalah syarat perjalanan yang diharuskan solat jamak dan qasar kecuali...

a)

Mengetahui destinasi yang dituju

b)

jarak perjalanan sehala melebihi 81 kilometer

c)

berniat untuk tinggal di suatu tempat melebihi tiga hari

d)

perjalanan bukan untuk tujuan maksiat

55.

Hukum solat ketika sakit dan tidak mampu berdiri ialah...

a)

wajib

b)

makruh

c)

sunat

d)

harus

56.

Antara berikut adalah tatacara solat ketika sakit yang betul kecuali...

a)

Solat secara duduk

b)

Solat secara mengiring

c)

Solat secara meniarap

d)

Solat secara menelentang

57.

Puasa dari segi bahasa bermaksud...

a)

mencuba diri

b)

menyeksa diri

c)

menahan diri

d)

mempertahankan diri

58.

Waktu berpuasa adalah bermula dari..

a)

terbenam matahari sehingga terbit fajar

b)

terbit fajar sehingga terbenam matahari

c)

waktu pagi sehingga ke waktu malam

d)

terbit matahari sehingga terbenam matahari

59.

Antara yang berikut adalah syarat wajib puasa kecuali...

a)

Islam bukan kafir

b)

baligh bukan kanak-kanak

c)

berakal bukan gila

d)

pitam seketika

e)

musafir

60.

Antara yang berikut adalah syarat sah puasa kecuali

a)

Islam bukan kafir

b)

tidak haid atau nifas

c)

tidak gila walaupun seketika

d)

pitam sepanjang hari

e)

tidak bermusafir

61.

Tentukan tiga perkara yang boleh membatalkan puasa..

a)

makan dan minum dengan sengaja

b)

hilang akal

c)

mengorek telinga dan lubang hidung

d)

murtad

62.

Tentukan tiga perkara makruh ketika berpuasa daripada pilihan jawapan yang diberikan di bawah...

a)

merasa makanan dengan lidah tanpa menelannya

b)

memasukkan sesuatu ke dalam anggota badan melalui rongga yang terbuka

c)

mandi wajib selepas fajar

d)

melakukan permulaan persetubuhan antara suami dan isteri

63.

Antara berikut adalah perkara sunat ketika berpuasa kecuali...

a)

mendahulukan kurma, air atau makanan manis ketika berbuka puasa

b)

beriktikaf di masjid terutama pada 10 akhir Ramadhan

c)

mandi wajib sebelum fajar jika berjunub

d)

mandi secara berlebihan untuk menyegarkan badan

64.

Tentukan tiga puasa yang diwajibkan oleh syariat daripada pilihan jawapan di bawah...

a)

puasa Ramadhan

b)

puasa Kaffarah

c)

puasa pada hari Arafah

d)

puasa nazar

65.

Hukum berpuasa pada Hari Tasu'a dan A'syura ialah...

a)

wajib

b)

sunat

c)

makruh

d)

haram

66.

Hukum berpuasa sepanjang tahun ialah....

a)

wajib

b)

sunat

c)

makruh

d)

haram

67.

Hukum berpuasa pada hari Syak iaitu berpuasa pada 30 Sya'ban ialah...

a)

wajib

b)

sunat

c)

makruh

d)

haram

68.

Antara yang berikut adalah golongan yang diharuskan berbuka puasa kecuali...

a)

Musafir yang tidak diharuskan syarak

b)

Ibu yang mengandung atau menyusukan anak yang bimbang akan kesihatan diri atau anaknya

c)

Orang yang terlalu lapar atau dahaga sehingga boleh membahayakan diri

d)

Orang yang melakukan pekerjaan berat sehingga boleh memudaratkan dirinya jika meneruskan puasa

69.

Denda yang dikenakan kepada suami yang membatalkan puasa pada bulan Ramadhan dengan melakukan persetubuhan.


Pernyataan di atas merujuk kepada...

a)

Qada'

b)

Fidyah

c)

Kaffarah

d)

Tasyrik

70.

Kadar fidyah bagi setiap sehari puasa yang ditinggalkan adalah..

a)

segantang makanan asasi sesebuah negara

b)

secupak makanan asasi sesebuah negara

c)

sekarung makanan asasi sesebuah negara

d)

500 gram makanan asasi sesebuah negara

71.

# Pesakit yang tiada harapan untuk sembuh

# Orang tua yang tidak mampu berpuasa

# Orang yang mati sebelum sempat qada' puasa, jika tidak di qada' oleh warisnya


Pernyataan di atas merujuk kepada...

a)

Wajib Qada'

b)

Wajib Fidyah

c)

Wajib Qada' dan Fidyah

d)

Wajib Qada' dan Kaffarah

72.

Dua kelebihan berpuasa dari sudut sains ialah...

a)

merupakan satu proses detoksifikasi yang sangat baik

b)

mengakibatkan penyakit anemia

c)

kurma yang dimakan mengandungi Glukosa, Fruktosa dan Asid Amino yang tinggi

d)

membantu proses mempercepatkan penyakit asma, radang sendi dan melambatkan proses penghadaman.

73.

Dua kelebihan berpuasa dari sudut sains ialah...

a)

merupakan satu proses detoksifikasi yang sangat baik

b)

mengakibatkan penyakit anemia

c)

kurma yang dimakan mengandungi Glukosa, Fruktosa dan Asid Amino yang tinggi

d)

membantu proses mempercepatkan penyakit asma, radang sendi dan melambatkan proses penghadaman.

74.

11, 12 dan 13 Zulhijjah adalah hari ____________ yang diharamkan berpuasa padanya.

a)

raya Aidiladha

b)

tasyrik

c)

Ayyamul Baido'

d)

Arafah

75.

Solat sunat yang dilakukan untuk mengiringi solat fardhu dan waktunya mengikut waktu solat fardhu.


Pernyataan di atas merujuk kepada...

a)

Solat Terawih

b)

Solat Witir

c)

Solat Rawatib

d)

Solat Istikharah

76.

Solat Rawatib terbahagi kepada dua bahagian iatu...

a)

Solat Sunat Qabliyah

b)

Solat Sunat Kifayah

c)

Solat Sunat Ba'diyah

d)

Solat Sunat Fadhiyyah

77.

Ali mengerjakan solat terawih sebelum solat Isyak dilaksanakan. Hukum pelaksanaan solat yang dikerjakan Ali ialah...

a)

Sah

b)

Tidak sah

c)

Sunat

d)

Makruh

78.

Solat witir hanya dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja. Betul atau Salah?

a)

Betul

b)

Salah

79.

Zuhairi mengerjakan solat Rawatib secara berjemaah. Apakah hukum melaksanakan solat tersebut?

a)

Sah

b)

Tidak Sah

c)

Sunat

d)

Wajib

80.

Solat Witir dilakukan dalam bilangan yang ganjil. Betul atau Salah?

a)

Betul

b)

Salah

81.

Solat Terawih boleh dilakukan secara sendirian dan berjemaah. Betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

82.

Bilangan rakaat solat sunat witir adalah...

a)

Dalam bilangan genap iaitu 2 rakaat (1 salam) hingga 12 rakaat (6 salam). Makruh dilaksanakan 1 rakaat sahaja.

b)

Dalam bilangan ganjil iaitu 1 rakaat (1 salam) hingga 11 rakaat (6 salam).

c)

Dalam bilangan genap iaitu 4 rakaat (2 salam) hingga 12 rakaat (6 salam).

d)

Dalam bilangan ganjil iaitu 3 rakaat (2 salam) hingga 11 rakaat (6 salam). Makruh dilaksanakan 1 rakaat sahaja.

83.

Ramli mengerjakan solat sunat witir selepas terbit fajar. Apakah hukum pelaksanaan solat tersebut?

a)

Sah

b)

Tidak Sah

c)

Sunat

d)

Harus

84.

Zaki mandi junub sebelum fajar tiba semasa bulan Ramadhan. Apakah hukum perbuatan tersebut?

a)

Makruh

b)

Harus

c)

Wajib

d)

Sunat