wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU 1 UPSR

Total questions: 52

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Puan Salmah berasa ___________ dengan sikap anak-anaknya yang jarang menjenguknya di kampung.

a)

buta hati

b)

gelap hati

c)

jauh hati

d)

ada hati

2.

Pasukan bola sepak itu terpaksa memilih pemain secara _____________ sahaja kerana kesuntukan masa untuk perlawanan itu.

a)

bidan terjun

b)

serkap jarang

c)

membuta tuli

d)

tangkap muat

3.

Pak Yahya digelar ____________ oleh penduduk kampung kerana dia selalu memeras ugut para nelayan yang menyewa bot-botnya.

a)

lintah darat

b)

cekik darah

c)

lipas kudung

d)

paku belanda

4.

Encik Azmi menjadi _____________ apabila ditawarkan habuan ribuan ringgit jika beliau meluluskan projek tersebut.

a)

gelap mata

b)

makan suap

c)

bunga dedap

d)

menongkat langit

5.

Anak-anak Puan Anita semuanya _____________ kerana mudah menerima pelajaran yang diajarkan oleh guru-guru.

a)

cekal hati

b)

terang hati

c)

lembut hati

d)

makan hati

6.

Sebagai seorang perantau, kita hendaklah menghormati adat resam penduduk setempat kerana _____________.

a)

di mana ada gula, di situ ada semut

b)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

c)

di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

d)

kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

7.

Lengkapkan peribahasa berikut :

Kalau tidak dipecahkan ruyung, _________________________.

a)

lama-lama menjadi kain

b)

manakan dapat sagunya

c)

bulat manusia kerana muafakat

8.

Sehari selembar benang , __________________________.

a)

manakan dapat sagunya

b)

lama-lama menjadi kain

c)

bulat manusia kerana muafakat

9.

Maksud perumpamaan di bawah ialah :


Bagai aur dengan tebing

a)

Tolong-menolong atau bantu-membantu antara satu sama lain (hubungan yang baik)

b)

Orang yang tidak tahu mengenang budi

c)

Melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh

10.

Pilih perumpamaan yang sesuai :


Orang yang tidak tahu mengenang budi.

a)

Bagai aur dengan tebing

b)

Bagai kacang lupakan kulit

c)

Bagai melepaskan batuk di tangga

11.

Pilih perumpamaan yang sesuai :


Melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh.

a)

Bagai aur dengan tebing

b)

Bagai kacang lupakan kulit

c)

Bagai melepaskan batuk di tangga

12.

Pilih pepatah yang sesuai :


Bagaimana ibu bapa, begitulah juga anak-anaknya. Perkara yang mengikut asalnya.

a)

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya

b)

Ikut resmi padi, makin berisi semakin tunduk

c)

Berani kerana benar, takut kerana salah

13.

Maksud bidalan :


Alah bisa tegal biasa

a)

Perkhabaran yang selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya.

b)

Perkara yang susah akan menjadi mudah jika selalu dilakukan

14.

Maksud bidalan :


Indah khabar daripada rupa

a)

Perkara yang susah akan menjadi mudah jika selalu dilakukan.

b)

Perkhabaran yang selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya.

15.

Halim memilik idea untuk membuat robot itu.

a)

ada bakat

b)

ada idea

c)

baik budi

16.

Salim sangat berkebolehan dalam bidang lukisan.

a)

ada bakat

b)

ambil berat

c)

ada jalan

17.

Raiyan ada hati ingin pergi ke London untuk bertemu bapanya apabila dia sudah mempunyai cukup wang.

a)

ada kemahuan atau keinginan atau cita-cita untuk melakukan atau memiliki sesuatu

b)

ada kemahuan atau keinginan atau cita-cita untuk melanjutkan pelajaran

c)

ada kemahuan atau keinginan atau niat untuk melakukan atau memiliki sesuatu

18.

Ibu mengatakan bahawa saya pasti ada jalan untuk setiap cabaran yang saya hadapi.

a)

mempunyai idea untuk melakukan sesuatu

b)

mempunyai peraturan untuk melakukan sesuatu

c)

mempunyai cara untuk melakukan sesuatu

19.

Cikgu Hamdan bertanya kepada Hakim yang tidak datang ke sekolah kerana beliau sering mengambil tahu tentang keadaan murid-muridnya.

a)

ambil berat

b)

anak emas

c)

berat sebelah

20.

Seorang ketua yang berwibawa tidak boleh menyebelahi sesautu pihak sahaja ketika cuba meleraikan permasalahan yang timbul di dalam kelas.

a)

berat sebelah

b)

baik budi

c)

ambil berat

21.

Naila memujuk kawannya yang ambil hati kerana Naila telah terlupa untuk berjumpa dengannya di perpustakaan.

a)

berasa kecewa atau bingung kerana kelakuan atau perbuatan seseorang

b)

berasa kecewa atau terluka kerana kelakuan atau perbuatan seseorang

c)

berasa kecewa atau tersinggung kerana kelakuan atau perbuatan seseorang

22.

Alif anak emas kerana dia merupakan anak bongsu.

a)

orang yang sangat dibelai

b)

orang yang sangat dihormati

c)

orang yang sangat disayangi

23.

Ustaz Kasim dihormati kerana beliau mempunyai peribadi yang baik.

a)

anak emas

b)

baik budi

c)

besar hati

24.

Puan Aisyah berasa besar hati kerana menerima bantuan kewangan daripada Kelab Masyarakat Tanglin.

a)

perasaan bangga atau gembira terhadap sesuatu penghargaan atau pertolongan

b)

perasaan bangga atau gembira terhadap sesuatu pemberian atau perkongsian

c)

perasaan bangga atau gembira terhadap sesuatu pemberian atau pertolongan

25.

Pengawas itu campur tangan dalam pergaduhan antara Zaidi dan Alif.

a)

masuk campur dalam sesuatu hal

b)

masuk campur dalam sesuatu urusan

c)

masuk campur dalam sesuatu pergaduhan

d)

masuk campur dalam sesuatu perbincangan

26.

Hakim membawa barang sebagai hadiah ketika dia menziarahi nenek di hospital.

a)

buah tangan

b)

campur tangan

c)

ikat perut

d)

hati emas

27.

Ibu selalu berpesan agar saya tidak sombong walaupun saya pandai.

a)

lurus akal

b)

hidung tinggi

c)

membawa nasib

d)

orang tengah

28.

Kita harus sentiasa hati-hati apabila bercakap supaya kawan kita tidak berasa tersinggung

a)

jaga mulut

b)

leas tangan

c)

ringan mulut

d)

tolak ansur

29.

Guru yang menyelesaikan masalah itu tidak memihak kepada sesiapa.

a)

ada jalan

b)

jalan tengah

c)

cari jalan

d)

muka tembok

30.

Budka yang keras hati itu menangis dan tidak mahu mengikut kata ibunya.

a)

sangat nakal

b)

sangat marah

c)

sangat degil

d)

sangat geram

31.

Maya dimarahi guru kerana dia tidak mahu bertanggungjawab dalam sesuatu perkara yang telah berlaku di dalam kelas.

a)

lepas tangan

b)

campur tangan

c)

ringan tulang

d)

orang tengah

32.

Suyin muka tembok kerana selulu meminjam kawannya wang.

a)

tidka tahu malu

b)

tidak ada duit

c)

tidak ada perasaan

d)

tidak ada akal

33.

Haziq menjadi orang tengah kerana kawan-kawannya bergadu.

a)

pendamai antara dua pihak

b)

penonton antara dua pihak

c)

pengadil antara dua pihak

d)

penasihat antara dua pihak

34.

Siti dipuji oleh ibu bapanya kerana dia ringan tulang.

a)

rajin bekerja

b)

penat bekerja

c)

selalu bekerja

d)

pantas bekerja

35.

Kita harus jujur agar orang akan percaya kita.

a)

tajam akal

b)

lurus akal

c)

cari jalan

d)

ada bakat

36.

Siit membelikan saya tanda mata sebelum pulang dari London.

a)

hadiah yang diberikan sebagai kenangan

b)

surat yang diberikan sebagai kenangan

c)

wang yang diberikan sebagai kenangan

d)

pujian yang diberikan sebagai kenangan

37.

Adik-beradik selalu mesti bersefahaman.

a)

jalan tengah

b)

tolak ansur

c)

keras hati

d)

ambil berat

38.
dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan 
a)
air dicencang tiada putus 
b)
seperti anjing dengan kucing 
c)
seperti kacang melupakan kulit 
d)
bagai isi dengan kuku 
39.
Jelaskan maksud peribahasa, "Bagai buluh ditarik songsang"?
a)
Seseorang yang mendapat harta pusaka yang banyak, tidak tahu menggunakan harta itu.
b)
Orang yang mendapat sesuatu barang yang disukai akan bersifat tamak dan tidak akan memberikan barang itu kepada orang lain.
c)
Orang yang tidak mahu mengikut perubahan masa, pada hal keadaan di sekelilingnya telah berubah.
d)
Menunjukkan kesukaran mempengaruhi seseorang atau sesuatu kumpulan mengikut seperti yang dikehendaki.
40.
Nyatakan peribahasa yang berkaitan gambar berikut?
a)
Malas berdayung, perahu hanyut.
b)
Biduk lalu, kiambang bertaut.
c)
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
d)
Seperti mencurah air ke daun keladi.
41.
Berikan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa berikut:-
"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
a)
Ibarat mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
b)
Burung terbang dipipiskan lada
c)
 Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.
d)
Rusa masih di hutan, kancah sudah dijerang
42.
Nyatakan peribahasa yang berkaitan gambar berikut:-
a)
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
b)
Bagaimana tepuk, begitulah tarinya
c)
Kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai yang tak rata
d)
Bagaimana contoh begitulah gubahannya
43.
Jelaskan maksud peribahasa  berikut:-
Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
a)
Makin kaya (berilmu) makin sombong
b)
Orang besar atau mulia tidak akan hilang atau jatuh martabatnya.apabila merendah diri
c)
Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.
d)
Orang yang jahat, jika bergaul dengan orang yang baik-baik tidak akan berubah tabiatnya.
44.
Nyatakan jenis peribahasa bagi peribahasa berikut:-
"Seperti pungguk rindukan bulan"
a)
Bidalan
b)
Pepatah
c)
Simpulan bahasa
d)
Perumpamaan
45.
Antara peribahasa berikut yang manakah tergolong dalam peribahasa jenis Bidalan?
a)
 Bersatu teguh bercerai roboh
b)
Busuk macam bangkai
c)
 Sudah terhantuk baru tengadah
d)
Rambut sama hitam, hati lain-lain 
46.
tidak pernah bercerai, sangat cocok 
a)
bagai aur dengan tebing 
b)
bagai dakwat dengan kertas
c)
seperti anjing dengan kucing 
d)
seperti pahat dengan penukul 
47.
pendiam tetapi berfikir atau banyak pengetahuan
a)
ringan mulut 
b)
kata putus 
c)
diam-diam ubi 
d)
jaga mulut
48.

tangan terbuka

a)

satu sama lain bantu-membantu

b)

menerima kedatangan seseorang dengan gembira atau sukacita

c)

berasa senang atau mempunyai perasaan yang sabar

d)

menerima rasuah

49.

tajam ingatan

a)

apa yang diketahui ialah hal-hal yang ada di sekelilingnya sahaja

b)

sentiasa ingat apa yang berlaku di sekitarnya

c)

bijaksana

d)

berfikir

e)

tidak cepat lupa

50.

seperti garam jatuh di air

a)

masuk campur dalam sesuatu urusan

b)

cepat meresap atau segera dimengerti nasihat atau pelajaran

c)

mengurangkan makan kerana hendak berjimat

d)

mempunyai cara untuk melakukan sesuatu

51.

putih hati

a)

berikhtiar

b)

ikhlas

c)

jujur

d)

sombong

52.

mengorak langkah

a)

jujur

b)

tidak adil

c)

berikhtiar

d)

memiliki idea