WorksheetsKATA ADJEKTIF
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Semua seluarnya sudah menjadi _____ kerana badannya sudah berisi.
ketat
besar
singgah
longgar
Buah-buahan tempatan sungguh _____ dan berpatutan pula harganya.
kelat
enak
manis
masam
Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah _____.
tajam
kasar
kesat
tumpul
Pengawas lelaki itu sering membawa buku _____ di dalam poket bajunya.
kecil
tebal
besar
panjang
Air sungai itu _____ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.
jernih
hitam
kotor
bersih
Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau _____ ikan air tawar.
hapak
hanyir
tengik
hancing
Penyanyi yang mempunyai suara _____ itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
serak
garau
merdu
nyaring
Roziah yang ringan mulut itu sungguh _____ dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.
ramah
kasar
sombong
senang
Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam _____ pagi tanpa berputus asa.
kegelapan
kedinginan
kemalapan
kepanasan
Jalan Bandaraya Kuala Lumpur menjadi _____ apabila menjelang Hari Raya Aidil Fitri.
lengang
senyap
muram
suram
Jambatan yang _____ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Semangat.
luas
sempit
senang
besar
Tapak tangan Pak Abu _____ selepas mencangkul tanah di kebunnya.
menggelupas
menggerutu
melecur
melecet
Nana berasa _____ apabila ternampa seekor ulat di dalam buah mangga yang dikupasnya itu.
geli
haru
kelam
gundah
Pak Tamin begitu _____ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam.
terkilan
runsing
murung
sedih
Ahmad menunggang basikalnya dengan _____ apabila dia dikejar oleh seekor anjing liar.
laju
cepat
berani
pantas
Cuaca pada waktu tengah hari itu sangat __________.
keras
runcing
terik
tajam
Tong sampah di tepi bangunan itu berbau _________ dan dihinggapi lalat.
hamis
busuk
hamis
hanyir
Salmi tidak tahan dengan rasa masak lemak cili padi itu yang sungguh _________.
pedas
payau
masam
kelat
Adik mengambil segelas jus oren yang _________ itu di dalam peti ais.
lembut
keras
sejuk
panas
Suara penyamar dalam rancangan 'I Can See Your Voice' sangat __________ sehingga menyakitkan telinga penonton.
merdu
lunak
nyaring
garau
