NEW
Font size
WorksheetsPERIBAHASA
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
Subramaniam seperti _____________________________________ kerana
banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.
katak di bawah tempurung
ayam disambar helang
kera mendapat bunga
murai tercabut ekor
Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-muridnya
_________________________________ kerana semua nasihatnya tidak
mereka endahkan.
bagai haruan makan anak
bagai kambing dihalau ke air
bagai mencurah air ke daun keladi
bagai melepaskan batuk di tangga
Encik Tarmizi ________________________________ kerana beliau menuruti
semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.
seperti lembu dicucuk hidung
seperti anjing menyalak bukit
seperti tikus membaiki labu
seperti murai tercabut ekor
Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya
kerana dia yakin _________________________________ .
lain di mulut lain di hati
tepuk dada tanya selera
indah khabar daripada rupa
belakang parang diasah lagikan tajam
Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah
kerana dia _______________.
buta hati
buta huruf
buta kayu
buta gaji
Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap
___________________ .
anak buah
anak emas
anak tunggal
anak bongsu
Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual
kerana adik seorang yang ___________________.
otak cair
otak udang
mulut murai
mulut tempayan
Kunding mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum
pergi ke sekolah
alas perut
ikat perut
perut busuk
perut kosong
Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai
jamuan mula dihidang.
langkah kanan
langkah bendul
langkah seribu
langkah kiri
Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya
walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
geli hati
makan hati
cekal hati
isi hati
Yoke Lan ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah
dicerobohi pencuri.
pekak badak
tidur mati
makan hati
lepas tangan
Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para
penonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.
banyak mulut
berat sebelah
angkat kaki
lepas tangan
Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.
bagai ayam disambar helang
bagai anjing dengan kucing
bagai katak di bawah tempurung
bagai melepaskan batuk di tangga
Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya
_________________________________ .
bagai mendukung biawak hidup
bagai ayam mengeram telur
bagai pahat dengan penukul
bagai wau putus tali
Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Kumaresan telah
melupakan ibu bapanya di kampung seperti _________________________ .
enau dalam belukar
kacang lupakan kulit
aur dengan tebing
dakwat dengan kertas
Pada cuti hujung minggu, Encik Zaiman membawa keluarganya _____________
ke taman bunga.
ambil hati
ambil langkah
ambil ringan
ambil angin
Kejayaan perenang Malik Mydin merentasi Selat Inggeris telah menjadi
_______________________ rakyat Malaysia.
buah tangan
buah mulut
buah hati
buah pena
___________________ Puan Anita apabila mendapat berita bahawa suaminya
telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Makan hati
Hancur hati
Besar hati
Jatuh hati
___________________ budak itu pucat lesi ketika dijumpai terikat di sebuah
rumah kosong.
Air muka
Ada hati
Ada harapan
Air tangan
Perbuatan memberi atau menerima _________________ ketika menjalankan
tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib.
duit hantaran
duit pecah
duit raya
duit kopi
