Font size
WorksheetsKATA BANYAK MAKNA SIRI 2
Total questions: 15
Worksheet time: 30mins
Pilih 2 ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Dia menjelaskan bil elektrik yang sudah tertangguh selama tiga bulan.
Najah cuba menjelaskan kedudukan yang sebenar kepada Hasliza agar tiada lagi persengketaan antara mereka.
Perbuatannya yang suka mengampu majikannya amat menjelaskan .
Azri cuba menjelaskan suasana yang keruh itu kepada rakan-rakan kelasnya.
Pilih 3 ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Tanah di kawasan itu lembut dan tidak sesuai untuk bercucuk tanam.
Gadis yang berwajah lembut itu sudah lama memikat hati Aaron Azli.
Baju yang dipakai oleh Puan Fatimah sungguh lembut bak sutera.
Gadis itu bukan sahaja cantik malahan tutur katanya juga sungguh lembut dan sopan.
Pilih 3 ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Tugu Peringatan Negara menjadi lambang berkorban perajurit kita yang terdahulu.
Kerajaan merayu kepada rakyat agar mereka sanggup berkorban bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara.
Guru itu telah banyak berkorban masa dan tenaga untuk mendidik anak muridnya.
Orang yang sanggup berkorban prinsip hidupnya selalunya akan menemui kebahagiaan.
Pilih 2 ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Naskhah lama itu menggunakan daun lontar sebagai kertas.
Pertandingan lontar lembing itu baru sahaja tamat.
Dia lontar puntung rokok ke halaman rumah.
Ahmad lontar kata-kata indah semasa menyampaikan syarahan.
Pilih 3 ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Katanya yang pekat itu menggores hatiku.
Hanif menelan kopi pekat yang disediakan oleh Hasif.
Malam yang gelap pekat itu menyukarkan dia untuk terus memandu kereta.
"Santan yang pekat itu perlu ditambah air sejuk," kata Chef Malim kepada anak didiknya.
Pilih 2 ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Dia menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas kematian bapanya.
Mak Som menggalas bungkusan kain itu di atas bahunya. amat.
Dia menggalas meja menggunakan kain bercorak flora.
Barangan yang dijaja olehnya menggalas turun kerana berat
Pilih 3 ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul
Kakak jarang memakai pakaian yang berwama cerah kerana cepat kotor.
Latihan bola sepak itu terpaksa ditangguhkan sehingga hari kembali cerah.
Ayah memasukkan kunci kereta dalam balang yang cerah agar mudah dilihat.
Kehidupan Pak Ramli sekeluarga semakin cerah sejak anak-anaknya mendapat pekerjaan tetap.
Pilih 3 ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul
Harga barang yang dibeli oleh kakak dan ibu berselisih RM3 sahaja.
Walaupun Anita dan Aliza adik-beradik kembar, mereka sentiasa berselisih faham.
Oleh sebab lorong itu sempit, dia sentiasa berselisih dengan orang lain ketika hendak ke sekolah.
Sungguhpun berselisih bahu dengannya, dia tidak menoleh ke arab saya.
Pilih 3 ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul
Semua wang simpanannya dilebur dalam pelaburan tetap.
Hatinya mula lebur apabila melihat kekasihnya berjalan dengan orang lain. .
Besi lebur mengambil masa beberapa jam untuk menyejuk.
Semua hasratnya lebur apabila anaknya menolak peminangan itu
Pilih 3 ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul
Makanan ini tidak berpantang kepada semua orang.
Buat masa ini Saiful terpaksa berpantang makanan laut.
Dengan tidak berpantang, Hang Jebat terus masuk ke dalam istana sultan.
Aliya sengaja berpantang untuk menjaga kecantikannya.
Pilih 3 ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul
Bisa paku be,rkarat harus dirawat dengan segera.
Bisa ular itu telah menjalar ke seluruh tubuhnya.
Kata-katanya yang bisa itu menyakitkan hatiku.
Kehandalan pasukan itu amat bisa.
Pilih 3 ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul
Pakcik Raman berasa selesa apabila duduk di kerusi yang enak ini.
Nasi lemak yang dijual di kantin sekolah sangat enak rasanya.
Sejak semalam badannya berasa tidak enak kerana diserang demam.
Gurunya memerhatikan muka mereka dengan pandangan yang kurang enak.
Pilih 3 ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul
Amin berasa tertekan kerana bertimbun-timbun kerja yang diberikan oleh majikannya tidak sempat disiapkan
Kesesakan berlaku akibat bertimbun-timbun kereta menggunakan lebuh raya.
Buku yang bertimbun-timbun ini akan dihadiahkan kepada perpustakaan desa.
Sabut yang bertimbun-timbun di bawah rumah itu telah dibakar oleh ibu.
Pilih 3 ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Kakak menampung kain batik yang koyak itu dengan kain perca.
Baldi itu digunakan untuk menampung air hujan.
Sekolah ini mampu menampung seribu orang pelajar.
Emak menampung seguni beras dari kedai.
Pilih 3 ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Bilik itu agak sesak untuk menampung kami yang seramai lima orang.
Orang tua itu segera dibawa ke hospital kerana sesak nafas.
Para penonton sesak untuk masuk ke stadium itu .
Kehidupannya menjadi sesak akibat dibuang kerja baru-baru ini.
