NEW
Font size
WorksheetsAsas Pertolongan Cemas
Total questions: 10
Worksheet time: 7mins
Luka ialah koyakan pada permukaan kulit seseorang mangsa. Antara berikut ialah tanda-tanda atau gejala yang mungkin dialami oleh mangsa KECUALI:
Pening
Muka pucat
Nadi cepat
Pernafasan dalam
Luka ini tidak mengalami pendarahan yang banyak kerana akibat geseran haba. Luka ini dikenali sebagai……
Luka Terhiris
Luka Terkoyak
Luka Melecet
Luka Tembakan
Berikut ialah urutan yang betul dalam merawat luka biasa:
Bersihkan, Mencuci, Membebat, Membalut
Mencuci, Bersihkan, Membebat, Membalut
Bersihkan, Mencuci, Membalut, Membebat
Mencuci, Bersihkan, Membalu, Membebat
Kenapa mangsa yang dipatuk ular perlu ditenang dengan segera serta diminta jangan bergerak?
supaya tidak menyebab pendarahan yang lebih serius.
agar orang lain dapat merawat luka dengan lebih mudah.
supaya peredaran darah mangsa tidak menjadi lebih laju.
agar tidak mencetuskan kemarahan ular yang masih berdekatan.
Melecur dan Selaran adalah akibat daripada haba. Antara yang berikut adalah punca-punca berlakunya selaran.
teh panas, nitrogen cair dan asid pekat
kopi panas, geseran dan racun rumpai
minyak panas, elektrik dan pancaran matahari
alkali pekat, disambar petir dan pancaran radioaktif
Pantai merupakan salah satu tempat pelancongan yang diminati oleh rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapatnya kes sengetan ubur-ubur telah berlaku di sesetengah pantai. Apakah larutan yang sesuai untuk rawatan kecemasan sebelum mangsa dihantar ke hospital?
Cuka
Kicap
Air Suam
Air Garam
Melecur tahap ini akan menyebabkan kulit mangsa melepuh sehingga terhasilnya lecur pada kulit mangsa.
Melecur Tahap 0
Melecur Tahap 1
Melecur Tahap 2
Melecur Tahap 3
Pitam adalah keadaan tidak sedar yang sementara. Rawatan kecemasan untuk mangsa yang pengsan ini adalah seperti yang berikut, KECUALI:
Dudukan mangsa
Tinggikan kaki mangsa
Pindahkan mangsa ke tempat yang redup
Longgarkan pakaian yang ketat pada bahagian leher dan pinggang
Seseorang mungkin mengalami keracunan tanpa disedari. Terdapat berapa cara racun boleh memasuki tubuh badan kita?
2
3
4
5
Kenapa mangsa keracunan yang disebabkan tertelan racun tidak dibenarkan untuk muntah keluar bahan racun?
Supaya rawatan dapat diberikan dengan secepat mungkin.
Supaya tidak menyebabkan kecederaan kali yang kedua.
Supaya mangsa dapat diberikan minuman air sejuk.
Supaya dapat dihantar ke hospital dengan cepat.
