NEW
Font size
WorksheetsBengkel TS25-Modul 3
Total questions: 20
Worksheet time: 6mins
Apakah yang dapat anda terjemahkan dengan akronim 4K1N dalam PAK 21?
Kolaboratif, Koperatif, Komunikasi, Kreativiti dan Nilai murni.
Kolaboratif, Komunikasi, Kreativiti, Pemikiran Kritikal dan Nilai murni.
Kolaboratif, Kemahiran Membaca, Kreativiti, Pemikiran Kritikal dan Nilai murni.
Kolaboratif, Kognitif, Kreativiti, Pemikiran Kritikal dan Nilai murni.
Antara berikut, manakah BUKAN ciri guru abad ke 21?
Mengambil risiko
Menggunakan teknologi terkini
Menguasai subjek/kandungan kurikulum
Menggunakan hanya buku teks sebagai sumber utama
Di mana letaknya PAK 21 dalam kerangka Transformasi Sekolah 2025?
Pedagogi
Sokongan Ibu Bapa
Pemimpin Berkesan
Dokumen Standard
Berkongsi pemikiran, menyuarakan idea, menyatakan soalan dan jalan penyelesaian adalah komponen....
Kreativiti
Komunikasi
Kolaboratif
Pemikiran kritikal
Bekerjasama untuk mencapai matlamat menggunakan bakat,kepakaran dan kebijaksanaan...adalah penjelasan kepada __________
Kreativiti
Pemikiran kritikal
Komunikasi
Kolaboratif
Pelajar kelas saya berani mencuba pendekatan baharu (berinovasi) bagi menyelesaikan masalah yang diberikan....
Pada pendapat anda, sikap sebegini terkandung dalam elemen __________
Kreativiti
Komunikasi
Kolaboratif
Pemikiran kritikal
Melihat masalah dalam cara yang baharu dengan mengaitkan pembelajaran merentasi subjek dan disiplin....merupakan penerangan kepada ________
Kreativiti
Komunikasi
Kolaboratif
Pemikiran kritikal
Pedagogi Abad Ke21 menekankan aspek berikut KECUALI
Inkuiri Penemuan
Kolaborasi
Bekerja secara individu
Pembelajaran aktif
Bagaimanakah cara menggalakkan murid aktif semasa PdP ?
Perbanyakkan aktiviti
Aktiviti yang pelbagai
Menyediakan aktiviti yang menarik minat murid
Menyediakan aktiviti secara kumpulan
Pembelajaran berasaskan masalah adalah PdP yang mencabar pemikiran murid untuk menyelesaikan masalah berdasarkan situasi yang dicipta oleh guru.
Betul
Salah
RPH perlu disediakan dengan mengambil kira objektif yang bersesuaian dengan Standard Pembelajaran.
Betul
Salah
Tidak Semestinya
SKPMg2 bermaksud
Sistem Kualiti Pelajaran Malaysia Gelombang 2
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2
Sekolah Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2
Standard Kualiti Pelajaran Malaysia Gelombang 2
Standard 4 untuk..
PdPc
Kemenjadian Murid
Pengurusan Panitia
Kepemimpinan
Ada berapa aspek di dalam SKPMg2 Standard 4?
4
5
6
7
Yang berikut, manakah BUKAN penyataan bagi aspek murid sebagai pembelajar aktif semasa proses pembelajaran?
membuat keputusan berkaitan aktiviti pembelajaran
memberi respons berkaitan isi pelajaran
mengemukakan soalan yang tidak berkaitan objektif pembelajaran
mengaitkan isi pelajaran dengan isu global
Merangsang murid berkomunikasi dan berkolaboratif serta mengemukakan soalan adalah untuk aspek...?
guru sebagai penilai
guru sebagai pendorong
guru sebagai pengawal
guru sebagai pembimbing
Sebagai pengawal proses pembelajaran, guru haruslah melakukan perkara berikut, KECUALI
Mengawasi displin murid dalam Pdpc
Mengelola masa Pdpc selaras dengan aktiviti pembelajaran
Memberi peluang kepada penyertaan aktif murid
Mengelola isi pelajaran/skop pembelajaran yang dirancang
Tindakan guru mentaksir murid untuk mengesan tahap penguasaan murid dalam pembelajaran dilihat menerusi aspek...
Guru Sebagai Perancang
Guru Sebagai Pengawal
Guru Sebagai Pembimbing
Guru Sebagai Pendorong
Guru Sebagai Penilai
Aspek mana dalam SKPMg2 Standard 4 yang fokus kepada penerapan PAK21 dan KBAT?
Aspek 4.1 Guru sebagai perancang
Aspek 4.2 Guru sebagai pengawal
Aspek 4.3 Guru sebagai pembimbing
Aspek 4.4 Guru sebagai pendorong
Aspek 4.5 Guru sebagai penilai
PBD boleh berbentuk yang berikut, KECUALI....
Projek mudah
Ujian bertulis
Kuiz
Peperiksaan
