wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KSSM PENDIDIKAN ISLAM T2 (SOLAT KETIKA SAKIT)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Solat ketika sakit ialah solat yang dilaksanakan oleh pesakit yang...

a)

Tidak dapat menyempurnakan sebahagian rukun solat dengan sempurna dan dilakukan mengikut kemampuan

b)

Tidak dapat menyempurnakan sebahagian perkara sunat solat dengan sempurna dan dilakukan mengikut kemampuan

c)

Malas untuk solat secara sempurna

d)

Sengaja mahu menyempurnakan solat dalam keadaan duduk, mengiring, menelentang.

2.

Berikut adalah cara-cara solat ketika sakit KECUALI

a)

Menelentang

b)

Duduk kaki melunjur

c)

Mengiring

d)

Berdiri dengan sempurna

3.

Bagaimanakah cara ruku' bagi solat secara duduk?

a)

Bangun dan ruku' seperti biasa

b)

Tundukkan badan sehingga dahi setentang dengan tempat sujud

c)

Tundukkan sedikit kepala

4.

Ketika solat secara mengiring, pesakit perlulah...

a)

Mengiringkan badan atas rusuk kanan

b)

Mengiringkan badan atas rusuk kanan, muka dan dada memandang hadapan

c)

Mengiringkan badan atas rusuk kiri, muka dan dada menghadap arah qiblat.

d)

Mengiringkan badan atas rusuk kanan, muka dan dada menghadap arah qiblat.

5.

Noah menggunakan isyarat mata ketika menelentang. Ketika sujud, Noah perlulah ...

a)

Memejamkan seluruh kelopak matanya

b)

Menutup separuh kelopak mata

6.

Hud boleh melakukan solat secara mengiring dengan menggunakan isyarat dalam hati sekiranya dia tidak mampu untuk menundukkan kepalanya ketika sujud.

a)

Betul

b)

Salah

7.

Anda telah melecur seluruh badan. Apakah cara yang terbaik untuk anda menunaikan solat fardhu?

a)

Solat secara mengiring

b)

Solat secara menelentang

c)

Solat secara syarat mata

d)

Solat secara isyarat hati

8.

Setelah pulang bermain bola sepak bersama rakan-rakan, anda telah mengalami sakit sendi di bahagian kaki. Bagaimanakah anda menyempurnakan rukun takbiratul ihram?

a)

Berdiri

b)

Duduk di atas bangku

9.

Pilih kenyataan di bawah yang menunjukkan hikmah Allah memberikan rukhsah dalam ibadah khususnya solat ketika sakit.

a)

Umat Islam dapat merasai kasih sayang Allah SWT

b)

Menunjukkan Islam adalah agama yang mudah untuk dilaksanakan dan tidak membebankan

c)

Menunjukkan Islam adalah agama yang meringan-ringankan hukum mengikut hawa nafsu manusia.

d)

Umat Islam dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang mukallaf walaupun berada dalam kesulitan

10.

Berdasarkan gambar di atas, cadangkan cara-cara solat secara duduk yang sesuai.

a)

Secara duduk iftirasy

b)

Secara duduk di atas kerusi/ tepi katil

c)

Secara duduk tawarru'

d)

Secara duduk melunjur

e)

Secara duduk bersila