NEW
Font size
WorksheetsSAINS SPM 2015
Total questions: 50
Worksheet time: 37mins
Rajah 1 menunjukkan struktur otak manusia.
Fungsi M adalah untuk mengawal
Pendengaran
Pemikiran
Denyutan jantung
Keseimbangan badan
Kelenjar manakah yang menyebabkan pembengkakan di bahagian leher?
Testis
Pankreas
Kelenjar tiroid
Kelenjar pituitari
Antara yang berikut, yang manakah terlibat dalam arka refleks bagi sentakan lutut?
Serebrum
Serebelum
Saraf tunjang
Neuron perantaraan
Rajah 2 menunjukkan sejenis neuron.
Apakah fungsi R?
Membawa impuls ke badan sel
Mengkoordinasi aktiviti badan
Menghantar impuls dari badan sel
Mempercepatkan penghantaran impuls
Seorang pelajar telah pergi ke sebuah salon rambut untuk mengkerintingkan rambutnya yang lurus. Selepas beberapa bulan, rambutnya kembali lurus.
Faktor yang manakah mempengaruhi keadaan itu?
Genetik
Persekitaran
Mutasi gen
Mutasi kromosom
Rajah 3 menunjukkan satu proses dalam badan manusia.
Apakah proses L?
Meiosis
Mitosis
Mutasi
Persenyawaan
Maklumat berikut menunjukkan gejala suatu penyakit baka.
Apakah penyakit itu?
Albinisme
Sindrom Turner
Sindrom Down
Sindrom Klinefelter
Rajah 4 menunjukkan satu proses yang melibatkan perubahan keadaan jirim.
Apakah proses yang terlibat?
Peleburan
Pemejalwapan
Penyejatan
Kondensasi
Maklumat menunjukkan ciri-ciri satu zarah subatom.
Apakah zarah subatom itu?
Proton
Elektron
Nukleon
Neutron
Jadual 1 menunjukkan bilangan proton dan bilangan neutron bagi zarah P, Q, R dan S.
Unsur-unsur yang manakah adalah isotop?
P dan Q
P dan S
Q dan R
R dan S
Rajah 5 menunjukkan Jadual Berkala unsur yang tidak lengkap.
Unsur yang manakah mempunyai nombor proton 6?
M
Q
R
T
Maklumat berikut menunjukkan tiga bahan.
Apakah sifat bahan-bahan itu?
Daya tarikan yang lemah antara zarah-zarah
Boleh mengkonduksikan elektrik dalam keadaan leburan
Konduktor haba yang baik
Takat lebur yang rendah
Apakah kaedah yang digunakan untuk memperoleh garam tulen daripada air laut?
Penghabluran
Peneutralan
Penyulingan
Penurasan
Antara yang berikut, yang manakah contoh perubahan fizik?
Telur mengeras apabila direbus
Kertas terbakar dengan lengkap di udara
Jus anggur berubah kepada wain melalui penapaian
Sekeping besi ditempa untuk membuat pisau
Rajah 6 menunjukkan tindak balas antara logam J, K dan L dengan asid sulfurik.
Pilih urutan yang betul bagi kereaktifan logam dalam tertib menaik.
J, L, K
J, K, L
K, L, J
L, J, K
Persamaan perkataan berikut menunjukkan suatu tindak balas kimia.
Apakah P?
Oksigen
Hidrogen
Karbon dioksida
Nitrogen dioksida
Apakah fungsi klorofil dalam tumbuhan hijau?
Membekalkan mineral
Menyerap tenaga cahaya
Memecahkan molekul air
Membebaskan karbon dioksida
Rajah 7 menunjukkan susunan radas bagi penghasilan arus elektrik.
Sekiranya jarum ammeter tidak terpesong, apakah M?
Besi
Plumbum
Zink
Kuprum
Rajah 8 menunjukkan kegunaan bahan radioaktif dalam industri.
Sinaran manakah yang paling sesuai digunakan?
Ultraungu
Sinar-X
Sinar alfa
Sinar gama
Sinaran radioaktif manakah yang mempunyai cas positif?
Sinar-X
Sinar alfa
Sinar beta
Sinar gama
Alatan optik manakah yang menggunakan cermin satah?
Kamera
Binokular
Periskop
Kanta pembesar
Rajah 9 menunjukkan pertindihan cahaya berwarna.
Apakah warna cahaya di kawasan berlorek?
Magenta
Kuning
Putih
Sian
Apakah yang menyebabkan langit kelihatan biru pada waktu tengah hari?
Pantulan cahaya
Pembiasan cahaya
Penyebaran cahaya
Penyerakan cahaya
Rajah 10 menunjukkan cahaya putih dipancarkan melalui turas warna sian dan turas warna magenta.
Apakah warna cahaya yang akan kelihatan pada skrin putih?
Biru
Sian
Hijau
Magenta
Satu kumpulan pelajar merancang untuk membina helikopter mainan kawalan jauh.
Apakah bahan yang paling sesuai digunakan untuk membuat badan helikopter mainan tersebut?
Besi
Gangsa
Piuter
Duralumin
Apakah kesan pengendalian sisa radioaktif yang tidak sempurna?
Mutasi
Hujan asid
Pemanasan global
Penipisan ozon
Persamaan perkataan berikut menunjukkan satu tindak balas kimia.
Apakah Q?
Ammonia
Ammonium sulfat
Hidrogen sulfat
Sulfur dioksida
Rajah 11 menunjukkan satu kelas mikroorganisma.
Apakah ciri bagi mikroorganisma tersebut?
Multisel
Boleh berespirasi
Boleh melakukan fotosintesis
Membiak dalam sel hidup
Graf berikut menunjukkan kuantiti antibodi dalam badan manusia selepas pemvaksinan pertama.
Graf manakah yang menunjukkan kuantiti antibodi dalam badan manusia selepas diberi pemvaksinan kedua?
Apakah yang perlu penduduk kampung lakukan untuk mengatasi masalah ini?
Membela ikan gapi di dalam akuarium
Memastikan tiada air bertakung di sekeliling kawasan perumahan
Memasang perangkap nyamuk pada tingkap
Menyembur asap ke rumah mereka setiap minggu
Daun suatu tumbuhan menjadi kuning. Ini dapat diatasi dengan menambah baja X.
Apakah fungsi baja X?
Mensintesis klorofil
Menggalakkan pembahagian sel
Memperkuatkan rintangan terhadap penyakit
Membantu penguraian kanji
Rajah 12 menunjukkan sejenis tumbuhan legum.
Antara A, B, C dan D yang manakah menunjukkan kedudukan bakteria pengikat nitrogen?
A
B
C
D
Rajah 13 menunjukkan satu rantai makanan di sawah padi.
Apakah yang akan berlaku kepada penghasilan padi dan populasi burung pipit jika belalang dihapuskan?
Penghasilan padi bertambah, populasi burung pipit bertambah
Penghasilan padi bertambah, populasi burung pipit berkurang
Penghasilan padi berkurang, populasi burung pipit bertambah
Penghasilan padi berkurang, populasi burung pipit berkurang
Antara yang berikut, yang manakah penggunaan yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar?
Tenaga solar
Tanaman bergilir
Kawalan biologi
Baja kimia
Jadual 2 menunjukkan bilangan kenderaan bermotor dan nilai pH bagi air hujan di suatu kawasan.
Apakah yang akan berlaku pada tahun 2020?
Seorang petani mendapati pengeluaran padinya berkurang manakala populasi tikus bertambah.
Apakah tindakan yang perlu diambil oleh petani bagi memastikan pengeluaran padinya tidak terjejas?
Tambahkan baja
Pengairan yang baik
Menggalakkan pembiakan burung helang
Penggunaan jentera moden
Antara persamaan perkataan berikut, yang manakah menunjukkan proses penapaian?
Maklumat berikut menunjukkan satu daripada peringkat dalam pengekstrakan minyak kelapa sawit.
" Tandan kelapa sawit distimkan"
Apakah tujuan peringkat ini?
Menghilangkan warna
Mengekstrak minyak kelapa sawit
Membunuh mikroorganisma
Menyingkirkan bau
Bahan yang manakah digunakan dalam pembuatan sabun?
Alkohol
Cuka
Minyak kelapa sawit
Asid organik
Seorang lelaki memandu kereta dengan halaju 10 m/s dan mengambil masa 10 saat untuk berhenti. Berapakah pecutannya?
-100 m/s
-20 m/s
-10 m/s
-1 m/s
Antara yang berikut, yang manakah meningkatkan inersia sesuatu objek?
Jisim bertambah
Halaju bertambah
Tekanan bertambah
Geseran bertambah
Empat bongkah dengan jisim berbeza berayun secara serentak dengan daya yang sama.
Antara bongkah berikut, yang manakah akan berhenti berayun paling awal?
Rajah 14 menunjukkan seorang lelaki melompat ke atas jeti daripada sebuah perahu.
Antara arah A, B, C dan D, yang manakah menunjukkan arah gerakan perahu itu?
A
B
C
D
Rajah 15 menunjukkan sebuah bongkah di atas sekeping kadbod.
Berat bongkah itu (daya) ialah 36N.
Berapakah tekanan yang dikenakan ke atas kadbod itu?
6 Ncm2
12 N/cm2
18 N/cm2
36 N/m2
Label makanan yang manakah mematuhi Peraturan Makanan 1985?
Apakah ciri getah sintetik?
Rapuh
Telap udara
Mudah teroksida
Ketahanan haba yang tinggi
Antara yang berikut yang manakah diperbuat daripada perspeks?
Baju hujan
Pemegang cerek
Pembungkus makanan
Tingkap kapal terbang
Rajah 16 menunjukkan satu simbol komponen elektronik dalam radio.
Apakah komponen itu?
Induktor
Transistor
Kapasitor
Perintang
Antara berikut, yang manakah mewakili gelombang modulasi amplitud (AM)?`
Siaran langsung perlawanan bola sepak dapat ditonton di seluruh dunia.
Kedudukan satelit yang manakah membolehkan liputan seluruh dunia?
