wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan SAINS PT3

Total questions: 40

Worksheet time: 2hrs 43mins

Name
Class
Date
1.

Tokoh astronomi yang manakah mencadangkan

bahawa Matahari adalah pusat sistem Suria?

a)

Galileo Galilei

b)

Nicolaus Copernicus

c)

Claudius Ptolemy

d)

Johannes Kepler

2.

Rajah menunjukkan simbol amaran bahan berbahaya. Manakah di antara berikut merupakan bahan bagi simbol seperti yang ditunjukkan dalam Rajah?

a)

Merkuri

b)

Metanol

c)

Ammonia

d)

Kloroform

3.

Rajah menunjukkan peringkat organisasi sel yang berbeza dalam hidupan.

Antara berikut, yang manakah adalah contoh bagi P?

a)

Sperma

b)

Jantung

c)

Perkumuhan

d)

Saraf tunjang

4.

Di antara organisma berikut, yang manakah dapat mengekalkan suhu badan pada 37oC walaupun suhu persekitaran berubah daripada 10oC hingga 35oC?

a)

Anjing

b)

Ikan keli

c)

Kura-kura

d)

Kumbang afid

5.

Berikut merupakan aktiviti lazim yang selalu dilakukan manusia ketika cuaca sejuk untuk meningkatkan suhu badan. Pilih jawapan yang betul.

I Meminum air

II Membaca buku

III Selimut badan

IV Gosok kedua-dua tangan

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

II dan III

d)

I dan IV

6.

Dalam kaedah persenyawaan in vitro, apakah proses yang berlaku di luar badan perempuan?

a)

Penempelan

b)

Persenyawaan

c)

Pengecutan uterus

d)

Perkembangan embrio menjadi fetus

7.

Apakah itu jirim?

a)

Bahan yang mempunyai jisim sahaja

b)

Bahan yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang

c)

Bahan yang tidak mempunyai jisim dan memenuhi ruang

d)

Bahan yang mempunyai jisim dan tidak memenuhi ruang

8.

Rajah menunjukkan pengelasan tumbuhan.

Apakah contoh tumbuhan yang mewakili P dan Q?

a)

P : Pokok pain

Q : Tebu

b)

P : Spirogira

Q : Padi

c)

P : Jagung

Q : Paku pakis

d)

P n: Lumut

Q : Rumpai laut

9.

Keimunan pasif boleh diperoleh secara semula jadi atau buatan. Apakah ciri-ciri lain keimunan pasif?

I Boleh diperoleh daripada ibu semasa kehamilan

II Bertahan hanya untuk beberapa bulan

III Antibodi berkembang dengan sendirinya

IV Terhasil selepas seseorang sembuh daripada serangan penyakit

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

II dan IV

d)

I dan IV

10.

Rajah menunjukkan satu eksperimen peneutralan yang dilakukan oleh Amin.

Apakah ciri-ciri yang betul berkenaan eksperimen yang dijalankan?

I Peneutralan merupakan satu proses menghasilkan campuran

II Peneutralan menghasilkan garam dan air

III Peneutralan menggunakan kaedah pengekstrakkan

IV Peneutralan melibatkan tindakbalas asid dan alkali

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

II dan IV

d)

I dan IV

11.

Rajah menunjukkan satu litar.

Hitungkan rintangan berkesan bagi Rajah.

a)

2.0 Ω

b)

4.0 Ω

c)

6.5 Ω

d)

11.0 Ω

12.

Rajah menunjukkan satu eksperimen tentang daya.

Cadangkan dua cara untuk menggerakkan bongkah kayu itu dengan lebih mudah?

I Menggunakan minyak

II Menggunakan tepung

III Menggunakan kertas pasir

IV Menggunakan bongkah kayu yang lebih berat

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

II dan III

d)

I dan IV

13.

Rajah menunjukkan kawasan deria rasa pada lidah manusia.

Berdasarkan Rajah, kawasan manakah yang paling peka terhadap kopi, jus oren dan ikan masin?

a)

Kopi : 1

Jus oren : 2

Ikan masin: 3

b)

Kopi : 1

Jus oren : 3

Ikan masin: 4

c)

Kopi : 4

Jus oren : 2

Ikan masin: 1

d)

Kopi : 4

Jus oren : 3

Ikan masin: 2

14.

Pernyataan manakah yang benar mengenai jantung manusia?

a)

Darah beroksigen dipam ke dalam aorta

b)

Atrium kanan mempunyai dinding berotot yang paling tebal

c)

Vena kava mengangkut darah terdeoksigen ke ventrikel kiri

d)

Darah beroksigen daripada peparu memasuki atrium kiri melalui arteri pulmonari

15.

Rajah menunjukkan kad laporan kesihatan bagi seorang pesakit.

Nama pesakit: Ahmad Bin Abdul

Simptom: Sesak nafas, Sakit ketika bernafas dan rasa letih.

Sebab: Struktur alveolus yang telah rosak akibat bahan perengsa dalam asap rokok.

Penyakit: _______________________________________

Berdasarkan maklumat dalam Rajah, namakan penyakit yang dihidapi oleh Encik Ahmad.

a)

Asma

b)

Bronkitis

c)

Emfisema

d)

Kanser peparu

16.

Ali telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan kehilangan darah yang banyak. Dia disahkan daripada darah berkumpulan A. Jadual 16 berikut menunjukkan 4 penderma darah.

Berdasarkan Jadual 16, siapakah yang layak menderma darah kepada Ali?

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

II dan III

d)

I dan IV

17.

Rajah menunjukkan sebuah transformer ringkas.

Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri transformer ringkas?

a)

Voltan input perlu disambungkan kepada beban

b)

Voltan input perlu disambungkan kepada bekalan kuasa arus terus

c)

Voltan input perlu disambungkan kepada bekalan kuasa arus ulang alik

d)

Bilangan lilitan gegelung primer mestilah melebihi bilangan liltan gegelung sekunder

18.

Apakah penemuan Marie dan Pierre Curie dalam keradioaktifan?

I Menemukan sinar-X

II Menemukan keradioaktifan

III Mengesan pancaran radioaktif

IV Mengekstrak elemen radium dan polonium daripada bijih uranium

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

II dan III

d)

I dan IV

19.

Rajah merupakan satu pernyataan berkenaan model suria.

“Copernicus telah membina model suria yang dikenali sebagai model heliosentrik.”

Pilih pernyataan yang benar berkenaan model suria seperti yang dinyatakan.

I Bumi berputar pada paksinya

II Bumi sebagai pusat sistem suria

III Bumi berada dalam keadaan pegun

IV Bumi beredar mengelilingi matahari dalam orbit yang membulat

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

II dan III

d)

I dan IV

20.

Bahan di dalam kehidupan seharian yang manakah mempunyai ciri-ciri alkali?

I. Soda kaustik

II. Lemon

III. Ubat gigi

IV. Gula

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan IV

d)

III dan IV

21.

Antara berikut yang manakah bukan faktor yang mempengaruhi kadar keterlarutan?

a)

Suhu

b)

Kadar kacauan

c)

Saiz zat terlarut

d)

Jenis zat terlarut

22.

Apakah vaksin untuk penyakit Tuberkulosis?

a)

tetanus

b)

japanese encephalitis(JE)

c)

inactive polio vaccine(IPV)

d)

basillus Calmette-Guerin(BCG)

23.

Apakah yang diuji melalui ujian Millon?

a)

Lemak

b)

Protein

c)

Kanji

d)

Glukosa

24.

Faktor yang manakah tidak menentukan keperluan kalori seseorang?

a)

Umur

b)

Jantina

c)

Cita-cita

d)

keadaan kesihatan

25.

Pencernaan yang manakah berlaku di mulut?

a)

protein

b)

lemak

c)

kanji

d)

glukosa

26.

Apakah nama kaedah yang menggunakan pemangsa semulajadi untuk mengawal populasi spesies perosak?

a)

kawalan kimia

b)

kawalan fizikal

c)

kawalan biologi

d)

kawalan sosiologi

27.

Nyatakan jenis interaksi yang ditunjukkan oleh organisma di atas.

a)

komensalisme

b)

persaingan

c)

mutualisme

d)

persaingan

28.

Nyatakan jenis interaksi yang ditunjukkan oleh organisma di atas.

a)

komensalisme

b)

persaingan

c)

mutualisme

d)

persaingan

29.

Antara berikut, yang manakah bukan tumbuhan tidak berbunga?

a)

paku pakis

b)

rumput

c)

lumut

d)

konifer

30.

Apakah ciri-ciri tumbuhan tidak berbunga?

I . Menghasilkan bunga

II. Pembiakan melalui spora

III. Tidak menghasilkan bunga

IV. Pembiakan melalui biji benih

a)

I dan III

b)

I dan II

c)

II dan III

d)

III dan IV

31.

Rajah menunjukkan Nicole terjun ke dalam kolam renang dari papan anjal.

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan dengan betul perubahan tenaga keupayaan gravity dan tenaga kinetik dari P ke Q?

I Tenaga keupayaan graviti bertambah

II Tenaga keupayaan graviti berkurang

III Tenaga kinetik bertambah

IV Tenaga kinetik berkurang

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

32.

Manakah antara berikut digunakan untuk meneutralkan asid berlebihan dalam perut?

a)

cuka

b)

susu magnesia

c)

larutan garam

d)

minuman bergas

33.

Rajah menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji suatu sifat cahaya. Antara sinar A, B, C dan D, manakah sinaran yang betul?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

34.

Sebuah ketuhar elektrik mempunyai kuasa 2000 W dan voltan sebanyak 240 V. Antara fius berikut, yang manakah sesuai digunakan bagi peralatan elektrik ini?

a)

1 A

b)

2 A

c)

5 A

d)

10 A

35.

Rajah menunjukkan Azwan berasa sejuk semalam bermalam di Genting Highlands.

Antara berikut, yang manakah merupakan mekanisme pembetulan yang berlaku pada badannya?

I. Salur darah mengembang

II. Bulu roma condong

III. Badan menggigil

IV. Bulu roma menegak

a)

I dan III

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

36.

Berdasarkan fenomena berikut, yang manakah fenomena yang berlaku di permukaan matahari?

I Prominen

II Nyalaan Suria

III Ribut geomagnet

IV Ribut pancaran suria

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan IV

d)

III dan IV

37.

Mengapakah penyejatan dikatakan sebagai proses endotermik?

a)

Gerakan molekul dilambatkan.

b)

Molekul air terurai untuk membentuk oksigen dan hidrogen.

c)

Tenaga haba dihasilkan apabila molekul terlepas ke permukaan.

d)

Tenaga haba diserap menyebabkan molekul air bergetar lebih kuat dan terlepas ke permukaan.

38.

Pernyataan berikut menerangkan tentang persenyawaan X.

Nukleus gamet jantan bercantum dengan nukleus gamet betina di luar badan induk betina.

Apakah contoh haiwan yang melakukan persenyawaan X?

a)

Burung

b)

Katak

c)

Singa

d)

Penyu

39.

Manakah antara berikut ialah ciri batu sedimen?

a)

Terbentuk daripada penyejukan magma.

b)

Mengandungi pelbagai mineral.

c)

Mengandungi fosil haiwan dan tumbuhan.

d)

Terbentuk apabila terdedah kepada tekanan dan suhu yang tinggi.

40.

Rajah menunjukkan dua keadaan apabila sebuah kapal terapung di atas muara sungai dan terapung di atas laut.

Mengapakah kedudukan kapal menjadi lebih tinggi di atas air laut?

a)

Permukaan air laut lebih tepu.

b)

Air laut mengandungi banyak garam mineral.

c)

Air laut mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada air sungai.

d)

Isipadu air laut lebih tinggi daripada air sungai.