Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

pengajian perniagaan 1.3

Total questions: 31

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Pengeluaran ialah..

a)

sebarang aktiviti, kegiatan atau pekerjaan berkaitan dengan mengeluar, mencipta, menyiapkan bahan mentah dan memberi perkhidmatan

b)

Suatu proses pengurusan yang melaksanakan aktiviti perancangan, pengendalian, penyusunan, penggabungan dan pengawalan sumber-sumber organisasi perniagaan.

c)

proses yang mengawal selia kelancaran proses pengeluaran mengikut jadual yang telah ditetapkan

d)

proses yang mengawal kecekapan penggunaan sumber tanpa pembaziran

2.

Berikut merupakan cabaran pengurus pengeluaran kecuali...

a)

peningkatan teknologi

b)

isu penjagaan alam sekitar

c)

perubahan citarasa pengguna yang pelabagai

d)

sumber semakin bertambah

3.

Jabatan X mendapatkan tempahan poduk daripada pelanggan berdasarkan kapasiti pengeluaran dan memaklumkan tempahan kepada jabatan pengeluaran..Jabatan X ialah...

a)

jabatan kewangan

b)

jabatan pemasaran

c)

jabatan pengeluaran

d)

jabatan sumber manusia

4.

Reka bentuk pengeluaran yang menggunakan bahagian yang seragam dan biasanya boleh ditukar ganti dengan mudah.Reka bentuk ini merujuk kepada...

a)

simplification

b)

standardization

c)

modular

d)

reka bentuk selular

5.

ciri-ciri pengeluaran ini

-darjah piawaian yang rendah

- mengambil tempoh masa yang lama untuk disiapkan -produk dihasilkan dalam kuantiti kecil dan

bernilai tinggi


jenis pengeluaran di atas merujuk kepada...

a)

pengeluaran secara massa

b)

pengeluaran secara berkelompok

c)

pengeluaran secara tempahan

d)

pengeluaran secara tetap

6.

pengeluaran ini menghasilkan kuantiti produk yang standard secara besar-besaran dan mempunyai permintaan yang stabil mengikut kehendak pasaran..

a)

pengeluaran secara massa

b)

pengeluaran secara tempahan

c)

pengeluaran secara tetap

d)

pengeluaran secara tempahan

7.

Semua input pengeluaran seperti tenaga kerja, mesin, bahan mentah dan peralatan disusun khusus mengikut urutan penghasilan sesuatu produk. susun atur ini merujuk kepada..

a)

susun atur selular

b)

susun atur produk

c)

susun atur proses

d)

susun atur tetap

8.

Susun atur ini merupakan satu pendekatan yang membantu membina pelbahai produk dengan hanya menggunakan bahan dan alatan sedikit.

a)

susun atur selular

b)

susun atur produk

c)

susun atur tetap

d)

susun atur proses

9.

Kawalan kualiti merupakan usaha yang diambil untuk memastikan produk yang dikeluarkan mematuhi piawaian pemantauan kualiti dari segi keandungan, saiz, kekuatan da berat produk. proses kawalan kualiti merujuk kepada...

a)

rancang-buat-semak-tindakan

b)

rancang-semak-buat-tindakan

c)

rancang-sampel-semak-tindakan

d)

rancang-semak-sampel-tindakan

10.

Kelebihan pelan ini adalah dapat menjimatkan masa dalam pemeriksaan dan sesuai untuk pengeluaran produk yang berskala besar. Kaedah pemeriksaan ini merujuk kepada..

a)

pemeriksaan secara menyeluruh

b)

pelan persampelan

c)

pelan produk

d)

pelan sistem pengeluaran

11.

Alat kawalan ini menggunakan skala had atas dan had bawah bagi tahap kualiti yang perlu dipatuhi bagi suatu produk yang telah dikeluarkan. Alat kawalan ini merujuk kepada..

a)

analisis tambah nilai

b)

carta kawalan

c)

kawalan proses statistik

d)

penanda aras

12.

Mengambil sampel produk daripada proses pengeluaran yang sedang dijalankan,memantau sejauh mana produk memenuhi spesifikasi bagi kualiti dan hasil pemantauan direkodkan dalan bentuk carta.

a)

analisis tambah nilai

b)

carta kawalan

c)

kajian kualiti/kos

d)

pasukan penambahbaikan kualiti

13.

Jenis-jenis inventori adalah seperti di bawah. yang manakah bukan jenis inventori yang terlibat..

a)

bahan mentah

b)

kerja dalam proses

c)

produk siap

d)

modal

14.

Alat ini digunakan untuk menentukan kuantiti pesanan optimum bagi sebuah organisasi dengan meminimumkan kos pegangan dan kos pesanan inventori .

a)

analisi ABC

b)

Model EOQ

c)

Sistem JIT

d)

kitaran PDCA

15.

Merujuk kepada satu kaedah kawalan inventori menggunakan pengelasan tahap penggunaan inventori mengikut nilai ringgit penggunaan.

a)

Analisis ABC

b)

Model EOQ

c)

Sistem JIT

d)

Kitaran PDCA

16.

Kebaikan Alat kawalan ini ialah

. mengurangkan kos penyimpanan inventori

.mengelakkan pembaziran masa,tenaga dan kos

.meningkatkan kecekapan pengeluaran

Alat ini merujuk kepada...

a)

sistem JIT

b)

ROP

c)

model EOQ

d)

Analisis ABC

17.

Berikut merupakan tujuan atau faedah ISO 9000..kecuali..

a)

boleh mengenalpasti dan mengatasi masalah serta mengelakkannya daripada berulang

b)

membolehkan pembuatan keputusan yang lebih baik dan tepat

c)

menjadi bukti kepada pembuat penilaian ke atas kualiti perkhidmatan

d)

dapat memberi manfaat kepada pelanggan dan organisasi sendiri

18.

standard yang menekankan aspek pencegahan daripada pemulihan dan skopnya adalah terhad kepada satu-satu proses pengeluaran.

a)

ISO 9001

b)

ISO 9002

c)

ISO 9003

d)

ISO 9004

19.

Standard yang memberikan garis panduan mengenai tafsiran terhadap kepiawaian kualiti produk bagi menjayakan sesuatu prosedur

a)

ISO 9001

b)

ISO 9002

c)

ISO 9003

d)

ISO 9004

20.

Kelebihan TQM kepada sesebuah syarikat ialah..

a)

dapat meningkatkan kos

b)

dapat memaksimumkan pembaziran

c)

dapat mengurangkan keberkesanan operasi syarikat

d)

dapat memberi manfaat kepada syarikat dan pelanggan sendiri

21.

Antara berikut merupakan kelemahan TQM. kecuali...

a)

pelaksanaanya memerlukan kos yang tinggi

b)

memerlukan pekerja yang berkemahiran untuk melaksanakanya

c)

mengambil masa yang lama untuk proses TQM

d)

dapat meningkatkan daya saing dan prestasi pelanggan

22.

Merekayasa merupakan proses semula secara menyeluruh proses-proses kerja yang kritikal dalam organisasi supaya proses kerja akan menjadi lebih cekap dan boleh memberi kualiti yang lebih baik. Antara berikut yang manakah merupakan kebaikan merekayasa..

a)

dapat memuaskan kehendak pelanggan.

b)

dapat menurunkan kos yang tinggi

c)

dapat meningkatkan keberkesanan operasi syarikat

d)

dapat menurunkan kos yang tinggi

23.

Penggunaan komputer untuk mengawal robot dan juga pengaliran bahan dan bekalan dalam proses pengeluaran barang.

a)

Merekayasa

b)

CAD & CAM

c)

CIM

d)

Sistem pembuatan Luwes

24.

proses pemasaran yang ketiga ialah..

a)

menilai peluang-peluang pemasaran

b)

membina campuran pemasaran

c)

memilih sasaran pasaran

d)

mengurus usaha pemasaran

25.

kadar pemasaran yang tinggi dan syer pasaran relatif yang tinggi.

Dalam Matriks BCG ini merujuk kepada..?

a)

Bintang

b)

Lembu Kontan

c)

Tanda Tanya

d)

Anjing

26.

kadar pertumbuhan pasaran rendah dan syer pasaran relatif yang rendah.

Matriks BCG ini merujuk kepada..

a)

Bintang

b)

Lembu Kontan

c)

Tanda Tanya

d)

Anjing

27.

Strategi pemasaran dibawah adalah benar..kecuali..

a)

strategi penembusan pasaran

b)

strategi pembangunan pasaran

c)

strategi pembangunan produk

d)

strategi pelaksanaan

28.

Proses pembelian produk pengguna yang ke empat ialah..

a)

mengenal pasti keperluan

b)

membuat keputusan pembelian

c)

mencari maklumat

d)

menilai alternatif

29.

Produk baharu merupakan barang atau perkhidmatan yang dianggap baharu oleh pengguna..


proses yang ke dua dalam pembelian produk baru ialah..

a)

meminati

b)

menyedari

c)

mencuba

d)

menerima

30.

Produk industri merujuk kepada barang yang dibeli oleh organisasi tertentu untuk digunakan secara langsung atau tidak langsung bagi tujuan pemprosesan dan penambahnilaian dalam mengeluarkan barang akhir..


Proses pembelian produk industri yang ke tujuh ialah..

a)

memesan produk

b)

memilih pembekal

c)

membuka tender

d)

mencari pembekal

31.

proses pengumpulan maklumat secara sistematik yang relevan dengan sesuatu masalah pemasaran yang dihadapi oleh sesebuah perniagaan.


Antara berikut yang manakah merupakan proses ke empat?

a)

menginterpretasikan data dan melapor penemuan

b)

melaksanakan penyelidikan dan menganalisis data

c)

membentuk rancangan penyelidikan

d)

mengenal pasti masalah dan menetapkan objektif penyelidikan