NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU TAHUN 3
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
"Jangan beritahu ___________ rahsia kepada Ipin," pesan Akim kepada rakan-rakannya.
bila-bila
siapa-siapa
apa-apa
mana-mana
Pasu bunga yang dijual di pameran kraf tangan itu dihasilkan _____________ tanah liat.
dari
pada
akan
daripada
_________________ daripada makanan itu telah dihabiskan oleh murid-murid.
Semua
Segelintir
Separuh
Sesetengah
Dalam bekas itu terdapat_________ keris pusaka warisan keluarganya.
sebilah
sebuah
sekeping
setongkol
Puan Wan Khazanah berasa sungguh gembira apabila mendapat ___________ anak kembar perempuan.
sederet
sepasang
seorang
sepasukan
"____________ mestilah patuh kepada nasihat guru," kata Syafiq kepada kawan-kawannya.
Kita
Dikau
Kami
Beliau
Terdapat beberapa ______________ jagung di belakang lori itu.
sisir
tongkol
rumpun
tandan
Pak Cik Ismel _____________ lubang di belakang rumahnya untuk menanam tin-tin kosong itu.
menggali
mengolah
membina
memotong
Sikap Effa yang ________________ menyebabkan dia disukai oleh kawan-kawannya.
ramah
garang
hormat
kedekut
Ibu _____________ rambut Joyah dengan penuh kasih sayang.
menekan
menyelak
menampar
membelai
Alif ________________ kepalanya tanda tidak bersetuju dengan cadangan Sabri.
menanduk
menggeleng
menghentak
mengangguk
Cikgu Aznida membeli se___________ cincin di Kedai Emas Port Dickson.
utas
bentuk
tandan
gugus
Izni ialah anak ketiga _____________ lima orang adik-beradik.
dari
pada
akan
daripada
"________, berani kau kacau kekasih aku!" kata Dickie.
Hai
Cis
Aduhai
Nah
Fatihah tidak termakan buah jambu yang rasanya________itu.
kelat
masam
pahit
pedas
Ain seorang gadis yang agak kasar ____________ baik hati.
lalu
kecuali
sambil
tetapi
Alisya Maisarah menonton televisyen ________ menggosok bajunya.
sambil
namun
tatkala
kecuali
Cikgu Zarin menampal keputusan kuiz itu_______ papan kenyataan sekolah.
di
akan
pada
kepada
Puteri Shadiyah membeli_____________ pisang dan _______________ sayur kangkung di pasar tani itu.
sebiji.......seikat
setandan.......seikat
sesikat.......setongkol
sejambak......sesikat
Mak Cik Salmah pandai memasak ________ menjahit baju kurung.
dan
kecuali
setelah
manakala
Adam Daniel dipatuk oleh _________ ular.
sebuah
sekeping
seekor
sebiji
Seekor anjing sedang ___________ seketul tulang.
mengeram
mengunyah
menggonggong
mencengkam
Aqil seorang budak yang nakal. ________ suka melastik burung.
Dia
Saya
Kami
Kalian
Aleem__________ menunggu kawannya walaupun hari sudah lewat petang.
ingin
masih
hendak
akan
Jannah_____________ mee kicap untuk makanan sarapan pagi.
mengukus
memasak
mengawet
menggoreng
Kakak telah ________________ patung adik di bawah katil.
meletakkan
menyerahkan
menyorokkan
membekalkan
Amir terjumpa sebuah beg tangan. _________ menyerahkan beg tangan tersebut kepada polis.
Kami
Dia
Hamba
beta
Kebanyakan penduduk negara Somalia masih ______________ akibat kebulur.
merasa
meminta
menderita
mengalami
Semua penduduk Kampung Baru sibuk __________ sarung ketupat sempena sambutan Hari Raya.
menenun
menyirat
menganyam
memancing
Konsert amal Siti Nurhaliza akan bermula _____________ pukul 9.00 malam.
di
oleh
bagi
pada
Rosli menunggang basikal dengan berhati-hati ______ jalan itu sangat licin.
tetapi
bahawa
supaya
kerana
Kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal ______ sebuah lori.
atau
hingga
dan
kecuali
Encik Mahendran berbual-bual dengan rakan sekerja ______ menanti kedatangan ketuanya untuk bermesyuarat.
sementara
jika
manakala
kerana
Kakinya bengkak _____ disengat oleh seekor lebah.
kerana
agar
tetapi
kalau
Aiman menutup suis komputer ______ keluar dari makmal komputer.
dan
lalu
sambil
serta
Nor Dini membaca majalah kesukaanya _______ mendengar radio.
sambil
manakala
atau
hingga
Saya tidak akan menyertai perkhemahan itu _____ ibu bapa tidak memberi kebenaran.
jika
tetapi
walaupun
meskipun
Chin Leong mendapat 92 markah dalam peperiksaan Matematik ______ dia masih tidak berpuas hati.
tetapi
kerana
kalau
malahan
Tangan kita perlu sentiasa dicuci _____ tidak dijangkiti kuman.
jikalau
ketika
lalu
agar
Banjir ______ gempa bumi merupakan bencana alam yang sering berlaku di sesetengah negara.
seraya
dan
hingga
kecuali
