NEW
Font size
WorksheetsSAINS SPM 2018
Total questions: 50
Worksheet time: 50mins
Apakah tindakan refleks?
Gerak balas automatik terhadap rangsangan tanpa berfikir
Gerak balas bahagian badan tanpa perlu melihat
Gerak balas yang dikawal oleh serebelum
Gerak balas yang dikawal oleh serebrum
Rajah 1 menunjukkan struktur otak manusia.
Aktiviti manakah dikawal oleh P?
Menunggang basikal
Membaca
Sentakan lutut
Denyutan jantung
Rajah 2 menunjukkan suatu kelenjar endokrin. Apakah X?
Kelenjar pankreas
Kelenjar adrenal
Kelenjar tiroid
Kelenjar pituitari
Maklumat berikut menunjukkan kesan-kesan sejenis dadah.
Melambatkan tindak balas terhadap rangsangan Mengurangkan tekanan Membantu seseorang supaya tenang
Apakah jenis dadah itu?
Narkotik
Inhalan
Depresan
Halusinogen
Apakah faktor luaran yang mempengaruhi minda?
Masalah keluarga
Pengambilan dadah
Kerosakan otak
Ketidakseimbangan hormon
Rajah 3 menunjukkan kacukan antara dua pokok, bunga berwarna ungu dengan bunga berwarna kuning. Jika F mewakili gen dominan bagi bunga ungu dan f mewakili gen resesif bagi bunga kuning, apakah genotip kedua-dua induk tersebut?
ff x FF
FF x ff
Ff x ff
Ff x Ff
Antara berikut, yang manakah betul tentang kembar tidak seiras?
Rupa yang sama
Maklumat genetik yang berbeza
Jantina yang sama
Berkongsi plasenta
Penyakit baka manakah yang berkaitan dengan mutasi kromosom?
Hemofilia
Buta warna
Albinisme
Sindrom Down
Rajah 4 menunjukkan suatu graf bagi sejenis variasi. Apakah contoh lain bagi variasi yang sama?
Warna kulit
Kepintaran
Cap jari
Ketinggian
Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri satu zarah subatom.
- Bercas positif
- Jisim relatif = 1
Apakah zarah itu?
Elektron
Proton
Neutron
Nukleon
Antara bahan A, B, C dan D, yang manakah terdiri daripada ion?
Rajah 5 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji kekonduksian elektrik bagi dua jenis bahan. Apakah bahan X dan bahan Y?
Seorang murid dsediakan dengan segelas air tebu dan dia diminta untuk menghasilkan gula dalam bentuk pepejal. Apakah proses yang perlu dilakukan oleh murid tersebut?
Penyulingan
Penurasan
Kondensasi
Penghabluran
Pernyataan manakah yang menerangkan perubahan kimia?
Menghasilkan bahan baharu
Tndak balas berbalik
Melibatkan perubahan fizikal sahaja
Sedikit tenaga diperlukan
Logam manakah yang bertindak balas dengan air?
Zink
Natrium
Plumbum
Aluminium
Rajah 6 menunjukkan susunan radas bagi proses penyaduran yang dijalankan oleh seorang murid. Apakah yang menyebabkan proses penyaduran tersebut gagal?
Elektrolit mengandungi ion argentum
Argentum tidak boleh digunakan sebagai penyadur
Terminal bateri dipasang secara salah
Cincin besi terkakis dalam larutan argentum nitrat
Rajah 7 menunjukkan satul sel ringkas. Antara pasangan elektrod yang berikut, yang manakah menghasilkan tenaga elektrik?
Zink dan plumbum
Sulfur dan kuprum
Besi dan fosforus
Aluminium dan Aluminium
Rajah 8 menunjukkan sinar Z yang menembusi dua bahan berbeza.
Tidak bercas
Kuasa pengionan tinggi
Terpesong oleh medan elektrik
Halaju rendah
Rajah 9 menunjukkan proses pembelahan nukleus. Apakah Y?
Tenaga keupayaan
Tenaga kinetik
Tenaga elekrik
Tenaga nuklear
Rajah 10 menunjukkan sebuah lori yang terbabas di atas jalan. Jika anda melalui jalan tersebut, apakah langkah terbaik yang perlu anda lakukan?
Menjauhi kawasan kemalangan
Menularkan melalui media sosial
Menghampiri kawasan kemalangan
Membantu membersihkan tumpahan tersebut
Fenomenon manakah yang melibatkan penyerakan cahaya?
Laut kelihatan biru
Pembentukan pelangi
Langit gelap sebelum hujan
Langit kelihatan kemerahan semasa senja
Rajah 11 menunjukkan penolakan cahaya berwarna melalui turas warna sekunder. Apakah warna bagi Q?
Sian, hijau dan merah
Magenta, merah dan biru
Magenta, merah dan hijau
Sian, biru dan hijau
Rajah 12 menunjukkan seorang penyanyi yang memakai baju biru sedang membuat persembahan di atas pentas. Cahaya lampu berwarna kuning dipancarkan kepadanya semasa dia sedang menyanyi. Apakah warna baju penyanyi tersebut yang dapat dilihat oleh penonton?
Merah
Hijau
Hitam
Kuning
Mengapakah sesumpah menukarkan warna kulitnya untuk menyamai persekitaran?
Penyamaran
Isyarat amaran
Menarik perhatian pasangan
Mengawal suhu badan
Kapal terbang boleh membawa ramai penumpang pada satu-satu masa. Untuk keselamatan penumpang, badan kapal terbang perlu dibina dengan bahan yang kuat. Keluli adalah sejenis aloi yang sangat kuat dan digunakan secara meluas untuk membina rangka kenderaan. Mengapakah keluli tidak boleh digunakan untuk membina badan kapal terbang?
Jisim yang besar
Tidak boleh ditempa
Kos yang tinggi
Mudah terkakis
Persamaan perkataan berikut menunjukkan suatu tindak balas kimia. Apakah R?
Asid etanoik
Asid sulfurik
Asid hidroklorik
Asid nitrik
Rajah 13 menunjukkan dua contoh mikroorganisma. Kumpulan manakah mewakili mikroorganisma ini?
Virus
Kulat
Protozoa
Bakteria
Rajah 14 menunjukkan empat piring petri P, Q, R dan S yang disimpan dalam gelap selama tiga hari pada suhu yang berlainan. Piring petri manakah yang menunjukkan bilangan koloni bakteria yang paling banyak?
P
Q
R
S
Penyakit manakah yang disebarkan melalui makanan tercemar?
Taun
Sifilis
Malaria
Gonorea
Antara tumbuhan yang berikut, yang manakah digunakan untuk merawat kegatalan dan kudis pada kulit?
Lidah buaya
Bawang putih
Halia
Limau nipis
Rajah 15 menunjukkan keratan rentas arteri seorang lelaki. Apakah penyakit yang akan dihidapi oleh lelaki itu?
Kwasyiorkor
Anemia
Skurvi
Strok
Rajah 16 menunjukkan dua batang pokok, X dan Y. Pokok X merupakan pokok yang sihat manakala pokok Y adalah pokok yang tidak sihat. Apakah kekurangan nutrien yang dialami oleh pokok Y?
Nitrogen
Kalium
Fosforus
Kalsium
Rajah 17 menunjukkan suatu kitar nitrogen yang tidak lengkap. Apakah proses Q?
Penitritan
Penguraian
Pendenitritan
Pengikatan nitrogen
Rajah 18 menunjukkan satu piramid nombor. Antara yang berikut, yang manakah pengguna primer?
Burung
Ular
Pokok padi
Belalang
Maklumat berikut menunjukkan gas-gas yang menyebabkan pencemaran alam sekitar.
- Sulfur dioksida
- Nitrogen dioksida
Apakah kesan gas-gas tersebut?
Eutrofikasi
Hujan asid
Pemanasan global
Penipisan lapisan ozon
Rajah 19 menunjukkan keadaan hutan semula jadi. Antara berikut, kaedah manakah yang terbaik untuk mengekalkan keadaan hutan tersebut?
Kawalan biologi
Pemeliharaan dan pemuliharaan
Memperbaharui sumber tenaga
Kawal penggunaan pestisid
Maklumat berikut menunjukkan ciri bagi bahan R.
- Terdiri daripada karbon dan hidrogen sahaja
- Berasal daripada haiwan dan tumbuhan yang mati
Apakah R?
Susu
Intan
Grafit
Petroleum
Persamaan perkataan berikut menunjukkan suatu tindak balas kimia. Apakah Y?
Garam
Alkali
Asid organik
Asid tak organik
Antara berikut, padanan manakah yang betul antara struktur molekul dengan contohnya?
Seorang murid mengambil masa 0.5 jam untuk mengayuh basikal dari rumahnya ke bandar. Jika laju puratanya ialah 15 km/j, berapakah jarak dari rumahnya ke bandar?
2.0 km
4.5 km
7.5 km
15.0 km
Rajah 20 menunjukkan seorang perempuan sedang mengeringkan payungnya. Apakah konsep yang digunakan oleh perempuan tersebut apabila dan memutarkan payung itu berulang kali?
Inersia
Tekanan
Momentum
Pecutan
Rajah 21 menunjukkan momentum bagi suatu objek yang sedang bergerak. Berapakah jisim objek itu?
12 kg
55 kg
65 kg
300 kg
Rajah 22 menunjukkan sebuah kenderaan di udara. Apakah daya yang menyebabkan kenderaan tersebut terbang ke hadapan?
Daya angkat
Daya tujah
Daya seretan
Berat
Rajah 23 menunjukkan brek hidraulik sebuah kereta. Daya sebanyak 1000N dikenakan ke atas tayar. Berapakah daya X?
Tekanan = Daya / Luas
50 N
200 N
500 N
1000 N
Kaedah manakah yang paling sesuai digunakan untuk mengekalkan kesegaran susu segar?
Pengetinan
Penyinaran
Pempasteuran
Pembungkusan vakum
Kaji maklumat di bawah.
Bagan Serai : Lebih 100 orang petani di Kampung Parit mengalami kerugian apabila 200 hektar sawah padi telah diserang oleh haiwan perosak.
Apakah tindakan yang sepatutnya diambil oleh Jabatan Pertanian untuk menyelesaikan masalah ini?
Membekalkan pestisid kepada petani
Membekalkan benih padi kepada petani
Membayar pampasan kepada petani
Menyediakan jentera moden kepada petani
Maklumat berikut menunjukkan kegunaan suatu termoplastik.
- Sarung kusyen
- Rak cakera padat
- Paip air
Apakah termoplastik itu?
Polietena
Polistirena
Polivinil klorida
Polimetil metakrilat
Apakah kesan pembuangan sisa plastik ke dalam sungai?
Menyebabkan pencemaran udara
Merosakkan sistem keimunan
Membebaskan gas beracun
Menyekat sistem perparitan
Rajah 24 menunjukkan suatu sistem penerima radio. Apakah fungsi penyahmodulasi?
Menguatkan isyarat audio
Mengesan gelombang radio termodulasi
Memilih frekuensi gelombang radio termodulasi
Mengasingkan gelombang radio termodulasi kepada gelombang radio dan isyarat audio
Rajah 25 menunjukkan suatu sistem komunikasi maklumat. Apakah R?
Inframerah
Gelombang mikro
Gelombang bunyi
Sinar gama
