wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu

Total questions: 40

Worksheet time: 1hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan duit kopi ?

a)

Rasuah

b)

Duit makan

c)

Duit belanja

d)

Wang Perlindungan

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan bau-bau bacang ?

a)

bau badan

b)

bau kentut

c)

bau busuk

d)

tali persaudaraan yang jauh

3.

Berikan makna kucing bertanduk ?

a)

Pencinta kucing

b)

Sesuatu yang mustahil akan berlaku

c)

Pembunuh kucing

d)

Penangkap makhluk ghaib

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan Kerang busuk?

a)

Makanan laut yang sedap

b)

suka tersengih-sengih

c)

Makanan laut yang sudah rosak

d)

Barang yang busuk

5.

Berikan makna berat tulang..

a)

pemalas

b)

individu bermasalah tulang

c)

tulang diletakkan besi semasa pembedahan

d)

kanser tulang

6.

Apakah yang dimaksudkan berpaling tadah

a)

memusingkan muka

b)

mengelak pandangan

c)

memandang ke hadapan

d)

tidak setia

7.

Apakah makna bangkai bernyawa ?

a)

Daging busuk yang berbau

b)

Individu sakit badan reput

c)

Orang yang tidak berguna

d)

Orang yang memakan ubat

8.

Berikan makna batu api

a)

Batu api neraka

b)

Orang yang sentasa badan panas

c)

Orang yang suka menghasut

d)

Orang yang pemarah

9.

Berikan makna akal kancil

a)

Pandai menipu

b)

berfikiran binatang

c)

Pandai berlari

d)

Pandai bersukan

10.

Ali adalah seorang yang kera sumbang? Apakah makna kera sumbang ?

a)

tidak suka bergaul

b)

kera kepanasan

c)

sakit badan

d)

tidak suka makan

11.

Apakah maksud gulung tikar

a)

Muflis

b)

Berniaga tikar

c)

Tikar yang lusuh

d)

Tikar solat

12.

Apakah maksud anak gahara ?

a)

Anak tiri

b)

Anak angkat

c)

Anak raja

d)

Anak buangan

13.

apakah yang dimaksudkan dengan buah tangan ?

a)

Hadiah

b)

Penumbuk

c)

Buah silat

d)

Buah-buahan

14.

Apakah makna alim kucing ?

a)

Kucing kuat solat

b)

Individu yang beriman

c)

Kucing yang warak

d)

Pura-pura baik dalam agama

15.

Apakah makna harga diri ?

a)

Maruah

b)

Harga jualan

c)

mas kahwin

d)

Harga diskaun

16.

Berikan maksud cakar ayam

a)

Urutan yang sedap

b)

cakar maut

c)

Tulisan yang buruk

d)

Lauk-pauk yang murah dan enak

17.

Berikan makna buta huruf

a)

tidak tahu membaca

b)

cacat penglihatan

c)

buta hati

d)

masalah mata

18.

Apakah yang dimaksudkan dengan angkat kaki ?

a)

Meninggalkan sesuatu tempat

b)

Meninggal dunia

c)

kaki yang bermasalah dan berbau

d)

Kaki anak remaja

19.

Berikan maksud buruk siku ?

a)

Siku yang buruk

b)

Meminta balik barang yang diberi

c)

Siku bermasalah

d)

Meminta belas kasihan

20.

apakah makna kecil hati?

a)

Suka ketawa

b)

Hati bermasalah

c)

Merajuk

d)

Gemar membantu orang

21.

Duit itu adalah hasil titik peluh ayah bekerja di ladang. Apakah yang dimaksudkan dengan titik peluh ?

a)

hasil usaha sendiri

b)

peluh yang berbau

c)

pekerjaan yang ikhlas dan tulus

d)

bersukan

22.

Ibu naik angin apabila Laila menghilangkan botol minuman yang berjenama itu. Maksud naik angin ialah...

a)

pening kepala

b)

Perut lapar lalu masuk angin

c)

Kena strok

d)

Marah

23.

Membeli di pusat membeli belah Aeon Big sangat berbaloi kerana barangan di sana alah membeli menang memakai. Apakah yang dimaksudkan dengan alah membeli menang memakai ?

a)

Membeli sehingga kehabisan wang

b)

Barang berkualiti mahal harganya tetapi dapat dipakai lama

c)

Menang dengan membeli belah

d)

Memakai barangan yang dibeli

24.

Apakah makna "biar putih tulang, jangan putih mata" ?

a)

Lebih baik berjuang mati-matian daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

b)

Mata dan tulang terkena sakit keputih-putihan yang teruk

c)

Mata putih bertukar menjadi hitam akibat salah makan

d)

Menyerah diri supaya nyawa diri sendiri selamat

25.

"Jangan campur tangan urusan polis" ! kata Inspektor Mazlan kepada banduan itu. Apakah makna campur tangan ?

a)

melakukan sesuatu dengan terburu-buru

b)

melakukan sesuatu dengan seikhlas hati

c)

bertaubat tidak akan melakukan sesuatu

d)

terlibat dalam urusan orang lain

26.

Ayah menasihati kakak supaya belajar hingga ke menara gading. Apakah makna menara gading ?

a)

Zoo negara

b)

Pusat pengajian tinggi

c)

Arkib Negara

d)

Sekolah

27.

Apakah makna di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung ?

a)

Mengikut adat dan aturan di mana tempat kita diami

b)

Membuat hal sendiri tanpa pedulikan apa yang berlaku di sekeliling

c)

Berimpian tinggi supaya senang mencapai apa yang dimahukan

d)

Memiliki sahsiah yang baik serta nilai murni yang boleh dicontohi

28.

Amin adalah ayam tambatan untuk SK Desa Tun Hussein Onn dalam acara tarik tali. Apakah makna ayam tambatan ?

a)

Mangsa keadaan

b)

Jurulatih sukan

c)

ayam goreng KFC

d)

Orang harapan dalam pertandingan

29.

Sofia seorang murid yang amat murah hati terutamanya apabila rakannya tidak membawa bekal ke sekolah. Apakah makna murah hati ?

a)

Tidak kedekut

b)

hati mudah untuk dimiliki

c)

Pendengki

d)

Suka menghasut

30.

"Jangan lah membuat sesuatu pekerjaan secara hentam kromo" kata Ibu Ali.Maksud hentam kromo adalah

a)

Buat kerja dengan tidak berhati-hati

b)

berterusan kerja tanpa henti

c)

kerja sambil membuat perkara lain

d)

Memukul sesuatu semasa bekerja

31.

Perniagaan Ah Liow telah gulung tikar kerana terlalu banyak hutang untuk dilunaskan. Maksud gulung tikar adalah....

a)

ditutup kerana bankrup

b)

menambah hasil jualan

c)

bertukar kepada perniagaan tikar

d)

menjual tikar mengkuang

32.

Aqif terpaksa bidan terjun untuk acara larian kerana Raju tidak dapat hadir akibat salah makan. Apakah makna bidan terjun ?

a)

menyambut kelahiran

b)

Bidan yang mahir terjun

c)

Menggantikan seseorang melakukan sesuatu kerja

d)

Terjun sebelum lari

33.

"Ada hati Afiq hendak berkawan dengan Farah anak penghulu itu" kata Komeng kepada Juno. Makna ada hati ialah...

a)

hati berkobar-kobar

b)

Keinginan melebihi kemampuan

c)

Hati berasa resah apabila bercakap dengan wanita

d)

Hati berdegup kuat secara tiba-tiba

34.

Hancur hati mak Minah apabila polis memaklumkan anaknya meninggal akibat kemalangan jalan raya. Berikan makna hancur hati

a)

sedih dan kecewa

b)

Hati bermasalah kerana masalah penyakit

c)

Hati tidak suka mendengar sesuatu

d)

Hati lembu

35.

Liana mendapat durian runtuh apabila beliau memenangi hadiah kereta dalam pertandingan karaoke peringkat belia-belia Kampung Banjar.Apakah makna durian runtuh ?

a)

Jualan runtuh harga sempena hari perayaan

b)

Durian yang ditinggal orang kerana sudah lama dan berbau busuk

c)

Jualan durian yang murah

d)

Keuntungan yang tidak disangka

36.

Apakah makna kutu embun ?

a)

Orang yang suka keluar hingga lewat malam

b)

Individu yang mempunyai masalah kutu

c)

Orang yang suka mendiamkan diri

d)

Orang yang suka mengambil kesempatan

37.

"Ibu berharap kamu dapat ikut jejak ayah kamu dan mewarisi kemahiran memasak ini" kata Ibu Maria kepada anak-anaknya.Apakah makna ikut jejak?

a)

Mencontohi seseorang

b)

Pandai memburu

c)

Suka tersenyum

d)

Kuat makan

38.

Datuk Kamil seorang yang buta huruf.Apakah makna buta huruf?

a)

Masalah rabun yang teruk

b)

Tidak pandai membaca

c)

Tidak pandai makan durian

d)

Suka menari

39.

Cikgu Maria jatuh hati apabila melihat cikgu Nasir bercakap seperti seorang perdana menteri. Apakah maksud jatuh hati ?

a)

Jatuh barang

b)

Jatuh cinta

c)

Jatuh kaki

d)

Jatuh lutut

40.

Apakah makna kera sumbang ?

a)

Pemburu berlesen

b)

Pencinta haiwan

c)

Tidak suka bergaul dengan orang lain

d)

Orang yang suka duduk di tepi tembok