Font size
Worksheetssejarah
Total questions: 40
Worksheet time: 21mins
Apakah faktor yang menyumbang kepada kejayaan perancangan bandar dalam Tamadun Indus?
Dana yang mencukupi
Tenaga Buruh yang ramai
Sokongan daripada pemerintah
Pemahaman tentang ilmu geometri
Apakah perubahan yang dilakukan oleh Tamadun Hwang Ho dalam pentadbirannya?
menukar corak pemerintahan monarki
Menghapuskan amalan putaran dinasti
Gelaran raja ditukarkan kepada maharaja
Pemerintahan monarki ditukarkan kepada aristokrasi
Mengapakah golongan Brahmin mendominasi urusan undang-undang dalam Tamadun India?
Golongan paling berpengaruh
Mahir dalam hukum-hakam
Mewakili golongan atasan
Merupakan wakil tuhan
Apakah tujuan Sukan Olimpik yang diadakan empat tahun sekali?
Memupuk semangat kesukanan masyarakat
Memperkenalkan sukan baharu
Memajukan negara bangsa
Menghormati Tuhan Zeus
Mengapakah kerajaan Srivijaya digelar sebagai kuasa maritim utama di Asia Tenggara?
Mewarisi perdagangan rempah ratus
Mahir menghasilkan kapal besar
Pengenalan sistem cukai
Pengaruh pemerintah
Pengaruh India telah meresap ke Asia Tenggara melalui peranan bahasa Sanskrit.
Apakah peranan bahasa tersebut di Asia Tenggara?
Pilih 2 jawapan
Bahasa ilmu
Bahasa kanak-kanak
Bahasa para pedagang
Bahasa komunikasi kerajaan
Apakah yang membezakan pencapaian antara masyarakat Arab Hadari dan Badwi?
Persefahaman pendapat antara kaum
Pegangan agama masyarakat
Lokasi petempatan
Jenis pendidikan
Apakah tanda yang menunjukkan berakhirnya Zaman Jahiliah dan bermulanya Zaman Islam?
Surah al-Alaq
Hijrah ke Madinah
Keruntuhan Empangan Maarib
Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Antara berikut, yang manakah masjid pertama dibina dalam sejarah perkembangan Islam?
Masjid al-Nabawi
Masjid al-Haram
Masjid al-Aqsa
Masjid Quba'
Apakah kedudukan kaum Yahudi dalam Piagam Madinah?
Diiktiraf sebagai rakyat
Ketua angkatan tentera
Pentadbir wilayah
Pemungut cukai
Apakah gelaran yang diberikan kepada Khalifah Uthman bin Affan?
Penyelamat Umat Islam
Amirul Mukminin
Zun Nurain
Al-Siddiq
Mengapakah kerajaan Bani Umaiyah menubuhkan baitulmal?
Mengurangkan cukai negara
Melunaskan beban hutang negara
Membayar gaji para tentera Islam
Mengimbangi pendapatan dan perbelanjaan negara
Berlaku perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy ke Asia Tenggara.
Siapakah yang mengemukakan teori tersebut?
S.Q.Fatimi
Gadinho Eridia
Snouck Hurgronje
Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas
Antara berikut yang manakah perkahwinan yang termasuk dalam kategori perkahwinan siasah?
Alim ulama
Kerabat diraja
Rakyat jelata
Pedagang asing
Syair Perahu
Syair Dagang
Syair Sidang Fakir
Siapakah tokoh bagi penulis karya tersebut?
Abu Ishak
Hamzah al-Fansuri
Syeikh Nurudin al-Raniri
Syeikh Syamsudin al-Sumaterani
Apakah ciri matrilineal yang terdapat dalam Adat Perpatih?
Mengutamakan keturunan sebelah bapa
Anak perempuan mewarisi harta
Perkahwinan sesama suku
Pelantikan ketua adat
Antara kesenian yang berikut, manakah dikaitkan dengan pengaruh India?
Telaga
Mihrab
Mimbar
Avalokitesvara
Siapakah tokoh yang digelar sebagai Bapa Humanisme?
Niccolo Machiavelli
Francesco Petrarch
Giovanni Bocaccio
Leonardo da Vinci
Apakah tujuan Perjanjian Tordesillas ditandatangani?
Meluaskan kawasan jajahan
Menjaga keselamatan pelaut
Mengawal perdagangan maritim
Menetapkan lingkungan pengaruh
Apakah kesan daripada pengenalan sistem pendidikan vernakular semasa penjajahan di Tanah Melayu?
Keadaan huru-hara
Perbezaan pendapat
Perpaduan sukar dicapai
Peningkatan institusi pengajian
Mengapakah penduduk Filipina menentang Sistem Encomienda?
Penghapusan sistem cukai
Perubahan dalam pentadbiran
Menggunakan kerahan tenaga rakyat
Menyusun strategi peperangan secara kejam
Gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina bermula dengan penubuhan Katipunan.
Apakah yang diperjuangkan oleh pertubuhan tersebut?
Memajukan bidang pendidikan di Filipina
Menjaga hak kaum wanita di Filipina
Membanteras gejala penyelewengan
Merdeka melalui revolusi
Apakah tujuan pertubuhan Muhammadiyah membina sekolah dan klinik di Indonesia?
Menaik taraf pendidikan di Indonesia
Menangkis ancaman sekularisme Barat
Menyiapkan Indonesia ke arah kemerdekaan
Memajukan sosioekonomi penduduk tempatan
Mengapakah penduduk tempatan menentang British?
Dasar penaklukan British
Dasar kepimpinan yang adil
Dasar keseimbangan ekonomi
Pentadbiran berlandaskan kemakmuran rakyat
Apakah kaitan amalan realpolitik dengan tokoh Count Camilio Benso di Cavour?
Memperjuangkan kebebasan bersuara
Menyatukan Itali menjadi negara
Menggabungkan negara bangsa
Membentuk kabinet baharu
Apakah persamaan antara Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor?
Pewaris takhta
Undang-undang baharu
Digubal oleh menteri
Menerapkan nilai-nilai murni
Apakah bentuk pentadbiran di Tanah Melayu sebelum pengisytiharan Malayan Union?
Diktator
Kuku besi
Realpolitik
Ketenteraan
Apakah kesan Piagam Atlantik 1945 terhadap dasar British di Tanah Melayu?
Bantuan ketenteraan
Latihan berkerajaan sendiri
Membentuk negara merdeka
Menjalinkan hubungan diplomatik
Antara berikut, yang manakah merupakan kandungan Perlembagaan Rakyat 1947?
Kerakyatan yang sama rata
Pertahanan negara diperketatkan
Singapura dipisahkan dengan Tanah Melayu
Merah dan putih menjadi warna bendera Tanah Melayu
Apakah yang ditekankan oleh Parti Kemerdekaan Malaya(IMP)?
Kerjasama kaum dalam sebuah parti
Kejayaan dalam perjuangan
Kepentingan berjuang
Kemajuan ekonomi
Apakah peranan utama yang dititikberatkan dalam mencapai kemerdekaan negara?
Semangat permuafakatan
Kelantangan bersuara
Semangat perkauman
Kegigihan berusaha
Apakah kesan daripada pengisytiharan Dasar Konfrontasi Indonesia ke atas Malaysia?
Meningkatkan kemajuan ekonomi Malaysia
Mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia
Mempercepatkan pembentukan Malaysia
Menaikkan imej Malaysia di mata dunia
Antara berikut, yang manakah merupakan inti pati dalam Akta Malaysia?
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Sarawak dan Sabah mengawal hal ehwal imigresen
Hanya Bahasa Melayu digunakan di Sarawak dan Sabah
Urusan hal ehwal luar Sabah ialah tanggungjawab kerajaan negeri
Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik
Mengapakah syarat berikut dikenakan?
Menentukan kesahihan undang-undang
Menjamin keadilan undang-undang
Memperkukuh kejujuran hakim
melicinkan pentadbiran
Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi bagi seseorang individu yang ingin menjadi wakil dalam pilihan raya di Malaysia?
Sempurna akal
Berumur 21 tahun ke atas
Mempunyai rekod jenayah
Berkhidmat dengan kerajaan
Mengapakah pencapaian Rancangan Malaya Pertama kurang memberangsangkan?
Tiada kerjasama daripada rakyat
Kejatuhan harga komoditi getah
Kelemahan agensi kerajaan
Kekurangan tenaga buruh
X - Menggalakan penyertaan bumiputera dalam bidang perusahaan dan perdagangan
Apakah X?
Koridor Raya Multimedia
Perbadanan Awam
Bank Bumiputera
Pakatan Bertiga
Apakah yang ditekankan dalam Rancangan Malaysia Kelima?
Memodenkan sektor perikanan
Meningkatkan sektor perindustrian
Merancakkan industri pelancongan
Merealisasikan aspirasi Wawasan 2020
Apakah jawatan penting yang pernah dijawat oleh Tunku Abdul Rahman dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)?
Setiausaha Agung
Ketua Pengarah
Ketua Menteri
Presiden
Antara yang berikut, yang manakah usul yang dikemukakan oleh Malaysia untuk membela kepentingan negara sedang membangun?
Kerjasama politik
Isu Benua Antartika
Kerjasama ekonomi
Isu pendatang asing
