NEW
Font size
WorksheetsLatihan UPSR Bahasa Melayu 13
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
"____________ mestilah berdiri tegak semasa menyanyikan lagu kebangsaan". Kata Qazimin kepada rakan-rakannya.
Mereka
Dia
Awak
Kalian
“____________ mahu bersiar – siar di taman bunga.” titah Tuan Puteri Gunung
Keriang kepada dayang – dayangnya.
Beta
Patik
Tuan hamba
Adinda
_____________ yang cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran mereka
ke Australia.
Kanak-kanak
Pelajar-pelajar
Laki-laki
Calon-calon
Ayam – ayam itu _____________ apabila dikejar oleh abang.
berkejaran
berserakan
bertempiaran
bertempikan
Para pelancong asing itu sedang mendengar taklimat _______________ wakil syarikat pelancongan yang mengurus percutian mereka.
dari
daripada
oleh
kepada
Samimi dinaikkan pangkat oleh majikannya _____________ dia seorang pekerja yang rajin dan gigih.
padahal
lantaran
walaupun
mahupun
Hamimah memarkir keretanya di _______ padang bola.
dalam
atas
tepi
bawah
Setelah berpisah agak lama, hubungan antara ayah dengan abang sulunya __________ semula.
jalinan
terjalin
menjalinkan
memperjalin
Pergaduhan antara Sudin dengan Ajis terjalin semula setelah mereka saling bermaafan.
Peribahasa yang sesuai dengan ayat di atas....
Berpatah arang berkerat rotan
Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa
Jauh di mata, dekat di hati
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
____________ dia kuat makan, ________ badannya tetap kurus.
Adapun ......... walhal
Biarpun ........ namun
Sebaiknya ........ oleh itu
Kendatipun ....... sememangnya
Kawasan terbiar di sebelah rumah saya akan dibangunkan dengan bangunan rumah kedai.
Perkataan seerti bagi dibangunkan ialah
dinaikkan
diproses
dibina
ditanam
Ribut yang melanda kawasan ini telah menyebabkan beberapa batang pokok kelapa ________.
jatuh
tumpas
tumbang
luruh
Pilih ayat yang betul
i. Ayah mahu membesarkan ruang tamu rumah kami.
ii. Ayah mahu perbesarkan ruang tamu rumah kami
III. Ayah mahu memperbesarkan ruang tamu rumah kami.
i sahaja
ii sahaja
i dan ii sahaja
i, ii dan ii sahaja
Setelah mendengar hujah pendakwa raya, hakim telah ___________ pesalah itu dengan hukuman penjara selama 1 bulan.
menjatuhkan
menjatuhi
dijatuhkan
dijatuhi
“ Harga ____________ rambutan ini cuma RM3.00. Rasalah ____________ .” kata penjual itu kepada Salwa.
seguni ...... seulas
selambak .... sebutir
selonggok .... sepotong
seikat .... sebiji
“________ datang ke rumah saya pada hujung minggu ini,” kata Sulaiman kepada jirannya.
Usahlah
Tolonglah
Undanglah
Jemputlah
Kebanyakan peserta yang terlibat dalam karnival itu berasal dari Kedah.
Ayat di atas betul atau salah
Betul
salah
Kebanyakan para peserta yang terlibat dalam karnival itu berasal dari Kedah.
Ayat di atas betul atau salah
betul
salah
Pilih ayat yang betul
Setengah peserta yang terlibat dalam karnival itu ialah murid sekolah.
Sesetengah peserta yang terlibat dalam karnival itu ialah murid sekolah.
Pilih ayat yang betul
Jauhari menggosok jejari basikalnya hingga berkilat.
Ayah mengecat jejari jendela rumah dengan cat berwarna hitam.
