wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MODUL SPM (3)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Mempelajari sesuatu dengan tujuan untuk memudaratkan orang lain


Pernyataan di atas merujuk kepada_____

a)

Riddah

b)

Sihir

c)

Syirik

d)

Kufur

2.

Ali terpaksa membuat bayaran lebih daripada jumlah hutang yang diambil daripadasebuah syarikat kewangan.


Tindakan yang dilakukan oleh Ali tersebut termasuk dalam amalan :

a)

riba

b)

mencuri

c)

peras ugut

d)

makan harta orang lain

3.

Berikut adalah akibat fitnah kepada individu kecuali

a)

dipandang hina

b)

dimurkai oleh Allah

c)

tidak dipercayai oleh masyarakat

d)

menimbulkan perselisihan faham

4.

Mengatakan Allah SWT mempunyai anak


Kesan daripada lafaz di atas akan mengakibatkan

a)

iman terbatal.

b)

iman akan berkurang.

c)

tergolong dalam golongan a’si.

d)

tergolong dalam golongan mulhid.

5.

Nama Ahli Sunnah Wal Jamaah dimasyhurkan oleh

a)

Hussin Ali al-Mazandarani

b)

Zaid bin Ali Zainal Abidin

c)

Abu Hassan al-Asya’ari

d)

Abu Musa al-Asya’ari

6.

Antara berikut yang manakah kesan melakukan perbuatan syirik jali

a)

Sukar menerima pandangan orang lain

b)

Rosak akidah dan terbatal iman

c)

Dibenci oleh masyarakat

d)

Hidup dalam kesusahan

7.

Antara berikut yang manakah padanan yang betul antara istilah dan akibatnya?

a)

Nifak - Menghilangkan sikap percaya mempercayai

b)

Sihir - Kekeliruan ibadah dan akhlak

c)

Khurafat - Kekeliruan dalam amal

d)

Riddah - Hubungan suami isteri terfasakh

8.

Antara berikut yang manakah syarat bagi barang yang dijual

a)

ijab dan kabul

b)

bersih dan suci

c)

beragama Islam

d)

dengan kemahuan sendiri

9.

- Melambai-lambai kaabah

- Berlarilari anak Berwuduk


Pernyataan di atas merujuk kepada amalan-amalan saie.

a)

sunat

b)

wajib

c)

harus

d)

makruh

10.

Di antara berikut merupakan tanggungjawab seorang suami

a)

memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri

b)

memberi pendidikan dan asuhan agama kepada isteri

c)

memberi layanan yang baik kepada isteri

d)

menyediakan rumah yang mewah kepada isteri

11.

Fatimah telah diceraikan oleh suaminya ketika beliau suci daripada haid dan tidak disetubuhi ketika suci


Namakan jenis talak bagi situasi di atas

a)

Ba’in

b)

Raj’i

c)

Bid’i

d)

Sunni

12.

Harta yang diperolehi dalam masa perkahwinan seorang suami dengan isterinya, hasil daripada sumber atau usaha mereka


Pernyataan di atas ialah

a)

Harta pewarisan

b)

Harta bersama

c)

Harta sepencarian

d)

Harta pusaka

13.

Antara berikut yang manakah tidak benar implikasi perkahwinan yang tidak mengikut undang-undang keluarga Islam

a)

Pernikahan tidak sah

b)

Nama baik keluarga tercemar

c)

Menimbulkan masalah dalam keluarga

d)

Terkecuali daripada tindakan undang-undang

14.

Encik Fadzil telah mengerjakan umrah dalam bulan haji dan kemudian mengerjakan haji dalam bulan yang sama


Pernyataan di atas merujuk kepada cara mengerjakan haji secara

a)

Ifrad

b)

Qiran

c)

Tamattuk

d)

Umrah wajib

15.

Hukum mengadakan walimatulurus adalah

a)

Sunat

b)

Harus

c)

Wajib

d)

Sunat muakkad

16.

 Pentadbiran yang cekap.

 Mempunyai wawasan yang tinggi.

 Menghindari daripada unsur-unsur khurafat.


Pernyataan di atas merujuk kepada faktor kecemerlangan kerajaan Bani Umaiyah dari aspek

a)

kestabilan politik

b)

kebijaksanaan khalifah

c)

kekuatan tentera

d)

hubungan baik kerajaan dengan rakyat

17.

Digelar al- Hakim kerana menghafaz 700 ribu hadis


Namakan tokoh yang dimaksudkan di atas.

a)

Imam Bukhari

b)

Imam Ahmad

c)

Imam Hanafi

d)

Imam Ghazali

18.

Pernyataan manakah yang tidak benar mengenai Sheikh Muhammad Abduh.

a)

Tokoh Islah yang penting dalam sejarah umat Islam

b)

Mendapat pendidikan awal daripada bapanya

c)

Hasil penulisan yang terkenal ialah al-Umm

d)

Seorang tokoh ulama yang berketerampilan

19.

Antara berikut yang manakah bukan adab yang perlu diamalkan oleh orang berjihad pada jalan Allah?

a)

Memiliki sifat ihsan

b)

Istiqamah dalam perjuangan

c)

Mempunyai semangat berpasukan

d)

Mematuhi arahan-arahan pemimpin.

20.

Apakah tindakan terbaik bagi seseorang pemimpin untuk memelihara kesucian agama Islam?

a)

Menegakkan hukum dan peraturan Allah SWT.

b)

Menubuhkan pusat pendidikan agama

c)

Mencegah maksiat

d)

Membina masjid