wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu KOMSAS

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah hulubalang kerajaan Majapahit?

a)

Laksamana

b)

Patih Gajah Mada

c)

Kertala Sari

d)

Raja Melaka

2.

Apakah tema bagi drama Kepimpinan Melalui Tauladan

a)

Kepahlawanan seorang Laksamana yang mempertahankan negara daripada ancaman musuh

b)

Semangat cinta akan agama, bangsa, bahasa dan budaya yang tersemai dalam jiwa masyarakat

c)

Cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh para pahlawan dalam menentang musuh

d)

Kehebatan Laksamana dalam menyelamatkan negeri Melaka

3.

Apakah maksud rangkap 1 dalam sajak Aku Membaca Lagi?

a)

Penyajak kembali mendongak ke langit. Kali ini, penyajak turut menyaksikan langit menangisi nasib bahasa Melayu yang kian tenat dan semakin dilupakan oleh anak bangsa

b)

Penyajak memandang ke langit. Penyajak berasa kerdil melihat kebesaran Ilahi yang mencipta berbagai-bagai fenomena alam

c)

Penyajak menelusuri alam yang terbentang dan menyaksikan gambaran berbagai-bagai fauna dan kejadian alam yang dicipta Ilahi bagi melengkapi kehidupan manusia

4.

Apakah persoalan bagi sajak Aku Membaca Lagi

a)

Persoalan usaha membangunkan negara memerlukan kerjasama daripada semua pihak

b)

Persoalan mencintai bahasa ibunda

c)

Persoalan perlunya perancangan dan persediaan untuk mengharungi cabaran hidup

d)

Persoalan peranan bangsa mendaulatkan bahasa

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan personifikasi?

a)

Bahasa kiasan yang tidak menggunakan kata bandingan. Terdiri daripada konsep logik dan abstrak

b)

Kiasan yang membandingkan dua benda berbeza tetapi mempunyai persamaan

c)

Sifat manusia kepada suatu kepada satu benda, keadaan dan suasana.

d)

Pengulangan kata dalam baris yang sama

6.

Dimanakah latar tempat yang menunjukkan Seri Betara Majapahit menitahkan Kertala Sari ke Melaka untuk membunuh Ratu Melaka dan Laksamana?

a)

Rumah Petala Bumi

b)

Majapahit

c)

Bukit Cina

d)

Melaka

7.

"Hakim menuntut hak datuknya melalui saluran yang betul, iaitu melalui proses mahkamah".

Nyatakan nilai yang ditunjukkan di atas?

a)

Berdikari

b)

Tanggungjawab

c)

Kegigihan

d)

Rasional

8.

Nyatakan perwatakan Mel dalam cerpen Munsyi?

a)

Patuh akan nasihat dan arahan bondanya

b)

Berpengetahuan tentang selok-belok sejarah tanah air

c)

Kuat mempertahankan agama,bahasa,budaya dan adat resam turun-temurun

d)

Mengagumi tokoh-tokoh dahulu yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara

9.
  • Orang gaji kepada keluarga Khir Ghazali
  • Berhemah tinggi dan berperwatakan lemah lembut
  • Seorang penyayang
  • Seorang penyabar

Siapakah yang memiliki ciri-ciri perwatakan di atas?

a)

Nek Sinah

b)

Masnah

c)

Aiman

d)

Cikgu Dahari

10.

Apakah faktor yang menyebabkan sesebuah negara dijajah?

a)

Wujud perbuatan belot daripada pihak dalaman

b)

Tidak ada kerjasama antara pemimpin dengan rakyat

c)

Wujud perbalahan dan persengketaan sesama sendiri

d)

Rakyat tidak bersatu padu