wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TMK Tahun 5

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Sistem rangkaian adalah ....................

a)

komputer yang dihubungkan dengan aksesori komputer.

b)

sekumpulan komputer yang diletakkan secara bersebelahan.

c)

sekumpulan komputer yang ditempatkan di dalam satu organisasi.

d)

sekumpulan komputer yang dihubungkan antara satu sama lain secara elektronik.

2.

Ciri-ciri bagi rangkaian tanpa wayar adalah.............

a)

setiap peranti dihubungkan secara fizikal.

b)

kedudukan peranti yang dihubungkan adalah tidak tetap.

c)

penghantaran isyarat dilakukan secara elektronik

d)

tidak membenarkan perkongsian perisian dan perkakasan

3.

Antara berikut merupakan tujuan menggunakan rangkaian, kecuali.........

a)

perkongsian kos

b)

perkongsian fail

c)

perkongsian perisian

d)

perkongsian maklumat

4.

Aimi ingin menghantar folio Sejarah berbentuk mel kepada guru Sejarahnya. Apakah perkhidmatan Internet yang boleh digunakan oleh Aimi?

a)

Jaringan Sejagat (WWW)

b)

E-mel

c)

Protokol Pindah Fail (FTP)

d)

Pemesejan segera

5.

Apakah nama peranti berikut?

a)

suis

b)

modem

c)

hab

d)

penghala

6.

Penghala berfungsi sebagai penghubung antara rangkaian yang berlainan. Fungsi tersebut dapat ...........

a)

membolehkan pemindahan data antara komputer dengan komputer dan peranti lain dalam rangkaian tanpa wayar.

b)

membolehkan sambungan ke Internet melalui talian telefon.

c)

mempercepatkan penghantaran data ke destinasi melalui pemilihan laluan yang terbaik

d)

menyambungkan beberapa komputer dan peranti dalam satu rangkaian kawasan setempat (LAN).

7.

Pernyataan di atas merujuk kepada ___________________________________.

a)

salah laku penggunaan Internet

b)

kebaikan penggunaan Internet

c)

kebaikan teknologi mel elektronik

d)

kemudahan mailing list

8.

Apakah jenis laman web dalam rajah tersebut?

a)

Laman web organisasi

b)

Laman web peribadi

c)

Laman web berita

d)

Laman web sosial

9.

Antara isu-isu berikut, yang manakah melambangkan keburukan Internet?

a)

Berkongsi maklumat peribadi dengan ramai orang dalam laman web sosial

b)

30 kes penipuan cinta siber dalam sebulan

c)

Peluang meningkatkan pendapatan melalui e-dagang untuk peniaga kecil

d)

Menemui kenalan lama di laman blog setelah 10 tahun terputus hubungan

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan data?

a)

Data ialah fakta mentah mengenai sesuatu perkara yang belum diproses dan disusun

b)

Data ialah koleksi maklumat

c)

Data ialah maklumat yang telah diproses

d)

Data ialah kenyataan dalam bentuk teks, nombor atau simbol yang belum diproses menjadi maklumat

11.

Ain mengumpul data-data seperti Nama, Alamat, Tarikh lahir dan Nombor telefon rumah. Apakah jenis-jenis data yang dikumpul oleh Ain?

a)

Teks sahaja

b)

Teks dan Nombor

c)

Teks dan Tarikh/Masa

d)

Teks, Tarikh/Masa dan Nombor

12.

Apakah perbezaan antara data dengan maklumat?

a)

Data ialah kenyataan yang belum diproses dan maklumat ialah data yang telah diproses menjadi maklumat yang berguna

b)

Data ialah simbol-simbol yang tidak memberi makna dan maklumat ialah simbol-simbol yang bermakna.

c)

Data boleh disunting tapi maklumat tidak boleh disunting

d)

Data hanya terdiri daripada teks, tarikh dan nombor manakala maklumat terdiri daripada teks sahaja

13.

Pernyataan merujuk kepada

a)

data

b)

maklumat

c)

output

d)

storan

14.

Antara berikut, yang manakah bukan ciri-ciri pangkalan data?

a)

Data disusun dan disimpan dalam jadual

b)

Data disusun dan disimpan dalam fail

c)

Data disimpan mengikut medan

d)

Data boleh dikongsi oleh pelbagai kategori pengguna

15.

Dalam pangkalan data Buku Daftar Murid, setiap data pada lajur yang sama adalah.....

a)

satu set data bagi murid

b)

ciri yang sama

c)

ciri maklumat yang berlainan

d)

susunan data

16.

Antara yang berikut, yang manakah bukan pangkalan data?

a)

Sistem maklumat murid

b)

Maklumat Pelanggan Bank

c)

Maklumat Stok Buku

d)

Rencana dalam majalah

17.

Manakah antara berikut merupakan laman web carian?

a)

www.facebook.com

b)

www.bernama.gov.my

c)

www.google.com.my

d)

www.firefly.com

18.

Koleksi data berkaitan dalam pangkalan data yang disimpan dalam bentuk lajur dan baris disebut......

a)

medan

b)

rekod

c)

nombor

d)

jadual

19.

Amirah ingin memasukkan pilihan “Ya/Tidak” dalam pangkalan data. Apakah jenis medan yang mungkin digunakan untuk data jenis ini?

a)

Menerima RMT?

b)

Bilangan adik beradik?

c)

Nombor kad pengenalan?

d)

Jarak dari rumah ke sekolah?

20.

Apakah medan-medan yang mungkin digunakan dalam pangkalan data markah dan gred murid dalam sebuah kelas?

a)

Nama murid, Kelas, Markah dan Gred

b)

Nama murid, Markah dan Gred

c)

Nama murid, Kelas, Subjek, Markah dan Gred.

d)

Nama murid, Kelas dan Markah